Kalendar Dcomey

Wednesday, June 20, 2012

Sotong Cili Padi Berempah

Semalam hari Selasa adalah hari yang selalu di tunggu-tunggu setiap minggu. Tahu kenapa?? Sebab hari selasa saya boleh pergi membeli bahan-bahan mentah kat Pasar Tamu Tomborungus.

Banyak pilihan sayur-sayuran dan bahan-bahan mentah yang lain boleh di dapati kat sini dengan harga yang murah. Malam ni saya tak nak membeli banyak-banyak sangat seperti selalu sebab kalau terlalu banyak yang saya beli maka saya kena hadap stok tu la berminggu-minggu.


Dengan bajet yang tak keterlaluan yang di hadkan en chenta hati maka si isteri ini mesti bijak membeli...Ya lah...saya ni tak bekerja so rezeki kami hanya dari kerja en somi jer. Hidup dengan bersederhana janji kami bahagia.

Hasil tangkapan saya di pasar tamu semalam...

Sayur Sawi + Cili hidup : RM 3.00
Cili padi : RM 2.00
Bunga kobis : RM 4.00
Kunyit hidup : RM 1.00
Tomato (2 jaras) : RM 3.00
Limau kasturi (4 biji yang gemuk) : RM 1.00
Ikan sardin (gemuk-gemuk) 1kg - RM 5.00
Sotong 1kg - RM 5.00

Perbelanjaan hanya sebanyak RM 24.00 sahaja...kau ade?? Cukup bijak kan...rasanya kalau kat Penang dulu dengan RM 24.00 tu apa sangat lah yang saya boleh dapat...Bawa RM 50.00 pun belum tentu boleh beli stok yang mencukupi untuk 1 minggu.Tu lah nikmat yang ALLAH berikan kepada kami yang merantau ke bumi Kudat ni. Perbelanjaan yang sikit tapi hasil yang banyak.Syukur alhamdulillah...

Lunch hari ni saya masak sotong jer. Selalu kalau sotong mesti masak sambal jer sebab sambal memang kegemaran en chenta hati. Hari ni saya ubah sotong jadi menu lain pula.

 Sungguh harum bau kunyit hidup yang digunakan

Tak sabarnya menunggu en chenta hati balik nak makan lunch bersama

Nak try buat sotong cili padi berempah ni...jom tengok resepi kat bawah ni.

SOTONG CILI PADI BEREMPAH

Bahan yang diperlukan :
Sotong - di cuci bersih + potong kecil-kecil
1 biji bawang besar - di mayang
2 biji tomato - buang biji + potong panjang
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 bji buah pelaga
1 sudu kecil cuka
Secubit gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang putih
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Secubit jintan manis
5-6 biji cili padi - ikut tahap kepedasan masing-masing

 Buat camni :
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga hingga naik bau
  • Masukkan sotong dan gaul dengan bahan tumis sehingga sotong kembang sedikit
  • Masukkan garam + gula + cuka (Kalau nak berkuah sedikit bolehlah masukkan sedikit air dari lesung tumbuk tadi)
  • Masukkan bawang besar + tomato
  • Gaul hingga semua diperasakan dengan elok maka siaplah dihidangkan bersama nasi putih
Rugi kalau korang tak cuba...sebab tekak ku kata sedap!
(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...