Agak-agak korang lah kan...bila tengok tajuk entry ni apa yang terlintas di fikiran anda sekarang?
Tak boleh nak agak?? Okey...okey...saya tak lah sebegitu kejam nak suruh korang fikir banyak-banyak kan.
Sebenarnya entry ni saya buat khas untuk saya...somi saya dan korang-korang yang kadang-kadang tak seberapa kenal bahan-bahan rempah ratus yang selalu di gunakan dalam masakan. Teringat saya semasa baru-baru mak nak ajar saya memasak dulu...banyak benda yang saya tak kenal. Ya lah...dah nama pun baru belajar..heheh.
Moga-moga bila dah makin kenal bahan-bahan memasak ni senang lah somi saya nak belikan kat kedai tanpa saya menyertainya bersama dan mudah lah untuk saya belajar lagi memasak yang sedap-sedap.
Ok jom kenali bahan...
Bahan pertama yang sebelum ni selalu saya tertukar adalah JINTAN MANIS dan JINTAN PUTIH.
Jintan Manis
Cara saya senang nak kenal - jintan manis lebih besar dan warna lebih cerah dari jintan putih
Jintan Putih
Warnanya lebih gelap dari jintan manis dan lebih halus
Buah Keras
Selalunya buah keras
digunakan sebagai rempah atau perasa (untuk mendapatkan rasa berlemak)
dalam masakan terutamanya masakan Melayu dan Indonesia. Ia juga sering
digunakan sebagai pemekat kuah. Selain darpada kegunaan dalam masakan,
buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh,
buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu
dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan
sebagai sumber minyak lampu.
Halba
Selalu guna dalam kari ikan. Mengandungi 1001 khasiat - sila klik SINI
Bunga Lawang
Alhamdulillah...sekarang dah mengenali semua bahan rempah-ratus ni. Jangan korang ketawa dengan kejahilan saya dulu yang tidak kenal dengan bahan-bahan ni semua sebab saya percaya korang pun ada juga yang mengalami keadaan yang sama suatu masa dulu kan?!
No comments:
Post a Comment