Kalendar Dcomey

Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Kek besday mereka...

Assalamualaikum...

Haaa...hari tu dok cerita pasal satu hari satu malam sambut harijadi my chenta hati dan my kazen yang panjang lebar tu kan. Sampai nak masuk mencelah gambar-gambar kek pun macam makin panjang berjela ja...heheh

Untuk keadilan pada kek-kek itu maka aku buatkan entry ni ya!


Kek kedua - cheese cake untuk incik somi ku selepas brownies kedut yang tak berapa nak kedut tapi super sedap dan kek bunga-bunga cinta untuk my kazen ku Hamizah.

Cantik tak? Cantik tak?
Teringin nak makan cheese cake dan teringin nak bermain aising buttercream maka dapat lah di tunaikan dengan 2 biji kek mereka.

Cheese cake my incik somi...



Konon-konon nak surprise la buat kek ni kat dia..tapi mana mungkin sebab masa buat kek ni dia ada ja kat rumah. Hehehe...

Tapi takpa lah, walau takdak la kejutan lagi....dia tetap peluk cium aku juga. Hihi...Alhamdulillah perut aku pun kenyang juga kena cheese cake incik somi.

Kek bunga-bunga cinta my kazen Hamizah...


Percubaan pertama bermain aising buttercream selama berjam-jam demi sebuah keinginan nak mencuba buat kek bunga-bunga.


Kembang hidung-hidung bila dapat buat bunga yang sangat menjadi seperti yang di idamkan.


Bunga daisy ke apa ntah la tapi sangat-sangat suka dengan kejadian nya.

Selalu dok tengok ja kawan-kawan buat bunga k-pop dan macam-macam jenis bunga yang cantik-cantik. Aku pun nak mengasah juga jari jemari yang dah berkarat ni buat juga bunga-bunga walau tak secantik teman-teman lain.


Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Azlita Masam Manis yang tak jemu-jemu berkongsi resepi dan buat tutorial untuk banyak jenis bunga yang cantik-cantik.

Saya kongsikan resepinya di sini pula ya.

AISING BUTTERCREAM (BUNGA)
Sumber dan tutorial : Azlita Masam Manis

150gm shortening
200gm gula icing
Perasa nenas @ strawberry yang tiada warna
Pewarna

Ayak gula icing.
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental.
Jangan pukul lama sangat nanti lembik.
Lepas tu boleh la letak pewarna.

Nota :
Buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek saja dan bukan untuk melepa kek atau melapis kek ya...sebabnya ia agak kental.

Selamat mencuba!

Monday, July 1, 2013

Kak Leynee

Assalamualaikum
Kali ni tempahan dari Kak Leynee tokey D'orchid SPA. Bila lah nak bermanja-manja ke SPA Kak Leynee ni..cantik jer tengok spa dia. Tuan dia pun cantik comey lotey ja.

Kak Leynee tempah cream puffs dan snow cheese cake.


Tengkiu Kak Leynee

Tuesday, June 25, 2013

Ciskek 2 rupa...lain rasanya

Assalamualaikum

Tempahan kek keju dari Adik Derry yang memang sudah pernah tempah dengan saya. Kali ni dia tempah marble cheese cake dan snow cheese cake

Ni rupa marble cheese cake yang saya hasilkan dengan rasa cheese dan coklat...




Cam xde idea jer saya mendeco marble dengan coklat di tepi tu kan..huhuh. Ya ampunnnn!!

Ok ni pula snow cheese cake yang sejak dua menjak ni menjadi kesukaan pelanggan saya...baru jer saya belajar buat snow cheese cake ni sebenarnya (^_^)



Tengkiu ya Derry tempah dengan akak...hope sangat2 memenuhi selera Derry

Thursday, June 20, 2013

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum...

Tempahan kek keju oreo dari Kak Cya - Taman Lavendar.



Terima kasih Kak Cya...

Tuesday, June 18, 2013

Talha

Assalamualaikum
Tempahan snow cheese cake dari Talha untuk majlis makan-makan di sekolahnya.


Tengkiu Talha...

Gerimis salju...

Assalamualaikum...
Si putih gerimis salju lak...hihih. Kompem korang blur lah tu apa benda kan?! Kek keju yang penuh dengan keju lah...hihih. Ni di order dari Ratu Keju si adik Mawar Biru....





Sepotong yang pertama ni wajiblah untuk tekak sendiri...hihihi. Terima kasih ya Dik Dah order dgn akak ni.

Monday, February 18, 2013

Oreo Ciskek

Assalamualaikum...

Tempahan oreo cheese cake dari Kak Siti yg buka Taska kat Taman Lavendar. Tima kasih banyak2 ya Kak Siti.




Untuk makluman pelanggan-pelanggan saya, kek keju oreo ni 100% TIDAK menggunakan tepung ya!

Wednesday, February 6, 2013

Kak Emma

Assalamualaikum

Tempahan blueberry cheese cake dan kek coklat moist kali ni dari Kak Emma Selimah - Taman Lavendar.




Kak Emma cuma gitau nak kek coklat letak badam dan coklat jer. Tak bagitau pun kek ni semua untuk besday dia..hikhik. Kalau tak boleh pacak lilin 2 tahun (^_^)




Bila tengok Kak Emma letak gambar kek ni kat FB dia..baru tahu 05 Feb tu besday dia. Anyway...hepy belated besday Kak Emma

Tima kasih banyak-banyak ya Kak Emma

Monday, February 4, 2013

Kak Cya

Assalamualaikum

Kak Cya dari Taman Lavendar ni mula-mulanya selalu tempah crepe dengan saya. Tapi kemudian beralih rasa pula mencuba cheese cake dan kek coklat moist ketul.





Alhamdulillah...sedap katanya Kak Cya. Risau betul dia dengan berat badannya...takut bila dah jatuh cinta dengan kek-kek keluaran Dcomey berat badannya bertambah. Bertambah pun xpe akak, masih cun lagi wlaupun dah ada anak 2...

Terima kasih byk2 ya Kak Cya

Sunday, February 3, 2013

HDU Dinner

Assalamualaikum

Tempahan cheese cake dari Kak Dayang - Hospital Kudat.



Tima kasih banyak-banyak Kak Dayang...sememeh jer rupa cheese cake tu. Bukan pe..mula-mula lukis macam lain pastu masuk jer peti magik kejap..kluar dah rupanya jadi cam lain plak. Adehhh...maka kena lah mekap lagi.

Apa pun...sib baik Kak Dayang kata cantik dan sedap. Alhamdulillah...

Saturday, February 2, 2013

Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum

Blueberry cheese caka tempahan dari Sister HDU - Kak Dayang. Dah banyak support bisnes Dcomey ni dah Kak Dayang ni..



Blueberry cheese cake dengan inti blueberry di dalam..topping blueberry juga di atas dan cream cheese. Alhamdulillah sedap kata Kak Dayang...

Tima kasih kak

Monday, January 14, 2013

Penangan durian crepe di Kudat...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...setelah bertarung dengan demam panas melampau hampir 1 minggu akhirnya hari ni kesihatan saya dah semakin pulih.


Apa yang paling menggembirakan hati bila dah boleh urus rumahtangga sendiri dan dah boleh masak untuk chenta hati saya. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kesihatan yang DIA berikan kepada saya...


Tiada nilainya kasih sayang suami saya yang mnjaga saya siang dan malam...dari A-Z semasa saya sakit di perantauan ni dan tak dapat nak uruskan umahtangga kami. 100% urusan umahtangga dia yang uruskan...tima kasih sgt2 abg...syg abg..muah.

Allah dah atur elok sangat dah setiap kejadian tu. DIA merancang dan DIA juga lah yang menentukan....

Macam saya juga... Pagi hari chenta hati saya baru sampai balik ke rumah setelah 3 hari outstation ke pulau kemudian tengahari selesai jer siap dan hantarkan semua tempahan pertama durian crepe dan cheese cake di bumi Kudat ni...petang jer terus saya down dan admit hospital Kudat.

Alhamdulillah...DIA permudahkan semua urusan saya.

Ni durian crepe + cheese cake tempahan dari Ustazah Dik Dah @ Mawar Biru...Terima kasih Ustazah
 Saya kasi testing 2 biji jagung crepe yang warna oren tu.


 
Dia minta cheese cake kosong jer tapi saya bermurah hati toppingkan dengan blueberry..FOC jer saya bagi untuk dia. Alhamdulillah...katanya durian crepe dan cheese cake dari saya semuanya sedap. Alhamdulillah..


Ni pula durian crepe tempahan dari Kak Aminah dari Jab. Tenaga Kerja Kudat. Terima kasih banyak-banyak ya Kak Aminah

Selesai jer tempahan pertama...saya terus berehat hampir seminggu. In shaa Allah...jika kesihatan sudah pulih sepenuhnya esok atau lusa saya akan buka lagi termpahan untuk durian crepe. Kesian kawan-kawan yang bertanya...Tunggu ya kawan-kawan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...