Kalendar Dcomey

Showing posts with label Petua Dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua Dapur. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Cara Siang Ayam

Waaa...tengok tajuk macam tersangat lah tak tahunya saya ni kan..Ya! Memang saya tak malu untuk mengaku yang saya ni memang tak pandai lansung nak menyiang sekor ayam. 

~senyum-senyum~

Tu lah...dulu mak suruh belajar cara nak siang ayam dan ikan besar-besar saya tak nak. Selalu mak marah..katanya nanti dah kahwin sapa nak buat semua tu. 


Alasan penyedap yang saya selalu bagi
 "Nanti suruh orang yang jualkan ayam / ikan tu siangkan siap-siap."
Nahhhh!!! Sekarang bila dah berhijrah ke Kudat ni baru ku rasa kata-kata hikmat bonda tu. 
Ampun kan anakanda...
Kenapa bila kat Kudat baru nak merasa?? Sebab masa masih dok bujang dulu kalau beli ayam / ikan yang besar-besar...ada en penjual yang akan tolong siangkan. Pastu lepas dah kahwin dan menetap kat Kuching pun masih ada en penjual siangkan juga tapi...bila di Kudat ni takde pula en penjual yang buat semua tu. Bekalan ayam 2-3 ekor selalunya en asben akan dapat dari unit operasi dia. Memang tak payah membeli lah ayam / daging. Ikan pula selalu jer ada rezeki dari kawan-kawan asben yang memberi.Alhamdulillah...

Haa...korang bayangkan lah ayam-ayam yang diberi tu bukannya dah dipotong siap comel-comel ya. So...bermula lah pembelajaran saya menyiang ayam. Gelabah dibuatnya!! 1st time siang ayam
H.A.N.C.U.R 
2nd time sifu yang merangkap en asben saya...dia lah yang ajar dan demontrasi kan sekali untuk saya.
And now...setelah berkali-kali buat praktikal maka saya dah mahir potong ayam.
Alhamdulillah...dapat lah makan ayam dalam potongan yang comel-comel dah.
(^_^)
Saya dengan bermurah hatinya kat sini nak kongsikan dengan korang yang pernah mengalami keadaan tak tahu seperti saya...ni saya tempek video camna nak siang ayam dengan cara yang betul.

P/s : Anak-anak dara patut belajar nih!


Tuesday, June 12, 2012

Hilangkan Panas Tangan

Perkara yang selalu juga ku alami...


 
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.

Monday, June 11, 2012

Lagi petua lembutkan DAGIING

Selepas saya share petua-petua berguna kat laman mukabuku, alhamdulillah dapat lagi sumbangan petua dari kawan-kawan dan dapat lagi dari sumber jelajah kat internet. 

 Sebelum ni dah masukkan petua cara lembutkan daging kat SINI.

Jom tengok dan praktikkan

Sumber : http://www.interactive1.jpa.gov.my/puspanita/petua/77

Daun pandan sering digunakan dalam pelbagai masakan khususnya utnuk mendapatkan bau yang wangi serta jus hijau asli. Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu sebenarnya batang pokok pandan dapat melembutkan daging yang liat ataupun ayam tua. 


 Caranya adalah dengan menumis bahan masalan seperti biasan dan kemudian masukkan batang pandan yang telah diketuk tetapi jangan sampai hancur. Masak seperti biasa, insyaAllah daging empuk dan enak dimakan.


Petua dari my mom


Ada juga petua lain untuk melembutkan daging. Caranya dengan merebus daging dengan memasukkan tempurung kelapa yang sudah dibersihkan ke dalam air rebusan.



 Petua dari my fren Azlina Berahim


Petua dari mak dia yang selalu rebus daging dengan betik muda.hasilnya daging lembut.

Cuba lah cara mana-mana pun yang uols rasa nak ye...

Saturday, June 9, 2012

Ikan Tetap Segar

Apa yang saya selalu buat sebelum ni untuk mengekalkan kesegaran ikan semasa nak menyimpan di dalam peti dinginbeku adalah dengan cuci ikan bersih-bersih. Kemudian masuk dalam bekas dan bekukan. Tapi simpan dalam 2-3 hari camtu mesti ikan dah jadi cam medak.



  Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.

Elak Biskut Lemau

Menyimpan biskut di dalam bekas atau balang kadang-kadang menjadi masalah biskut menjadi lemau dan tidak rangup lagi. Saya juga sebelum ni pernah berdepan dengan masalah ini.
 

  Biskut yang disimpan di dalam bekas kadangkala mudah lemau. Bagi mengelakkannya , sebelum menyimpan biskut, taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas berkenaan. Kemudian barulah masukkan biskut dan tutup ketat.

Mudahnya di dapur

Sumber petua dari majalah WANITA : 16 Jun 2011

TELUR TAHAN LAMA

 Jika anda membeli telur dalam kuantiti yang banyak, pasti telur cepat busuk jika tidak cepat menggunakannya. Untuk lebih tahan lama caranya dengan menyapukan minyak di kulit telur. Hasilnya telur akan tahan lebih lama dan juga segar


 MELEMBUTKAN DAGING

 Cara mudah dan menjimatkan gas semasa memasak daging adalah dengan menambahkan sedikit serbuk soda ke dalam rebusan daging. Ia dapat melembutkan daging tanpa merebus atau menggoreng terlalu lama.

Ada juga petua lain untuk melembutkan daging.  
(Dari apa yang pernah di dengar)  
 Caranya dengan merebus daging dengan memasukkan tempurung kelapa yang sudah dibersihkan ke dalam air rebusan


 HILANGKAN HANYIR IKAN KELI

 Bagi menghilangkan hanyir ikan keli , ambil daun pisang dan ramas bersama ikan keli tersebut.Kemudian bilas dengan air bersih dan ikan boleh di masak mengikut kegemaran anda


 TOMYAM SEMAKIN ENAK

Bagi menambahkan keenakan hidangan tomyam, letakkan satu sudu kecil rempah kari ke dalam masakan tomyam. Rasanya akan menjadi lebih sedap dan menambahkan kepekatan kuah tomyam

WANITA : 13-Nov-2009

AYAM GORENG CEPAT GARING

Masukkan sediki air perahan limau nipis ke dalam minyak yang sedang panas. Gorenglah ayam seperti biasa. Anda akan mendapati ayam boleh di balikkan tanpa menunggu lama dan proses memasak lebih singkat.


MENGHALAU SEMUT

 Sekiranya bekas menyimpan gula dimasuki semut, masukkan sehelai daun sirih ke dalam bekas penyimpanan gula. Biarkan beberapa minit dan semua semut akan keluar dari bekas tersebut.


 HILANGKAN BAU HANYIR PADA PINGGAN

 Penggunaan sabun untuk membersihkan pinggan mangkuk yang hanyir disebabkan masakan selalunya masih tidak berkesan. Untuk itul air perahan limau nipis boleh digunakan. Rendamkan pinggan mangkuk tersebut di dalam air perahan limau yang di campurkan dengan air suam. Pinggan bukan saja hilang bau hanyir malah lebih cantik berkilat.

HILANGKAN BAU NASI HANGIT

Bagi menghilangkan bau nasi hangit, ambil beberapa helai daun limau purut carik-carikkan dan masukkan ke dalam nasi hangit. Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum

Saturday, May 26, 2012

Lobak Merah

Orang kata kalau makan lobak merah banyak boleh manghalang kerabunan pada mata kn? Tapi aku ni memang peminat lobak merah a.k.a carrot yang tegar namun tetap mengalami kerabunan. 

Arghhh....kita hanya berusaha dan merancang tapi DIA yang lebih mengetahui kn?!

Walau apa sekalipun keadaan...aku tetap bersyukur sebab ada pancaindera yang sempurna dan boleh menikmati keindahan alam...dan aku tetap akan menjaadi penggemar lobak merah! 
Yeahhhh! Hidup lobak merah!


Nak share sikit kebaikan lobak merah ni hasil dari godek-godek kat google tu!

Ni dari penulisan di blog SHASHA

101 Khasiat Karot (Lobak Merah)

Kesihatan boleh diperolehi salah satunya dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.

Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah:
  • Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  • Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
  • Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
  • Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
  • Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
  • Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
  • Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.


Oleh itu...mari lah kita ramai-ramai makan karot!

Wednesday, April 13, 2011

WANITA : 27-Ogos-2010

Sumber : Mingguan Wanita - 27 Ogos 2010

Karipap Lebih Rangup
 Bagi mendapatkan karipap yang rangup pastikan sebelum mengadun tepung gandum bersama marjerin, panaskan marjerin yang telah disukat terlebih dahulu bersama setengah cawan minyak masak. Biarkan mendidih dan selepas itu barulah tuangkan minyak cair tadi ke dalam adunan tepung dan uli seperti biasa


 Sayur Dicelur Tetap Segar

 Bagi menampilkan sayur seperti sawi dan kangkung kelihatan segar, sebelum mencelurnya masukkan sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk mencelur. Setelah dicelur, tos airnya.


Kurangkan Pedas Cili

 Sebelum mengisar cili, goreng seketika dengan sedikit minyak. Kemudian tos dan barulah kisarkan cili tersebut. Pedasnya bukan sahaja berkurangan malahan warnanya akan kelihatan lebih cantik.


Santan Tidak Pecah Minyak

Menyediakan masakan yang menggunakan santan dikatakan remeh kerana terpaksa menunggu untuk mengacaunya bagi mengelakkan santan pecah minyak. Bagi memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan kecilkan api. Anda tidak perlu terlalu kerap mengacau gulai lagi.

Selamat Mencuba!

WANITA : 04-Ogos-2006

Tgk tajuk sure korang gempak kn? Tarikh ape tu ya? Hmmmm...dah2...x yah nk kasi korang fenin-fenin... xde mende pun...xtualy bt masa skrg mode membaking blm mai lgi kt umah baru ni. so...belek2 la apa yg ada dlm simpanan kitab masakan aku tu..bleh la kongsi sesama ya!
Saje nk buka 1 bilik baru kt umah dcomey ni...
PETUA DAPUR
drpd petuanya ilang dlm simpanan jer lebih baik disharekan kt sini kn...

jom nengok sesama yer...

Sumber : Mingguan WANITA - 04 Ogos 2006
(ooohhh...ni la yg kuar tajuknye yg konpius tu..hikhik)


Perahan Limau Segarkan Tauge
Tauge yg kita beli biasanya tak tahan utk disimpan semalaman. Namun bagi yg ingin kekalkan kesegarannya boleh cuba petua ini.
Rendam tauge tadi di dalam besen bersama air. Kemudian potong beberapa biji limau kasturi dan perah airnya ke dalam rendaman tadi. Selepas itu boleh la dimasukkan ke dalam peti sejuk. Insyaallah tauge anda akan kekal segar keesokan harinya.


Memutihkan Nangka Muda
 Nangka muda yg direbus utk dibuat kerabu atau sebagainya akan megeluarkan getah hitam. Ini menjadikan nangka itu lebam dan tidak cntik.
Cara mengatasinya ialah dengan memasukkan beberapa helai daun ubi kayu kedalam periuk dan rebuslah bersama nagka muda tadi sehingga empuk. Nangka muda itu akan putih bersih dan rasanya bertambah enak. Cara ini juga memudahkan kita mencuci periuk keran asemua getahnya terkumpul ditepi.


Melembutkan Nasi Lemak
Sebagai makanan kegemaran rakyat negara ini, ada kalanya nasi lemak yang dibuat akibat kekurangan santan akan menjadikan nasi lemak itu keras. Sedangkan penggunaan santan yang berlebihan pula tidak baik untuk kesihatan. Untuk mengimbangkan santan dan menjadikan nasi lemak lembut,
caranya dengan menambah setengan cawan beras pulut. Insyaallah nasi lemak yang dimasak bukan sahaja lembut malahan sedap pula rasanya.

Selamat Mencuba!

**Gambar klau x brape nk best tu sbb main mik dgn enpon jer...ampun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...