Kalendar Dcomey

Showing posts with label Jom Buat Kek. Show all posts
Showing posts with label Jom Buat Kek. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

Kek Marble Pandan

Assalamualaikum

Berhari-hari dah si tekak ni teringin nak makan. Hari-hari buka Facebook tengok gambar kek aje kekdahnya. Tak cukup di FB, rajin pula google gambar-gambar kek pandan yang tak kira dah dari versi camna pun janji ada pandannya.


Sampukkan dari pokok pandan yang merimbun bawa balik dari kampung hari tu la ni! Terendam dalam baldi ja 3 pokok pandan tu sebab nak biakkan akarnya dulu baru nak di tanam kat bawah pokok nangka belakang umah ni haa..

Macam-macam dah aku buat dengan daun pandan yang banyak tu...buat potpuri la, semburan dapur la, wangian halau tikus dan lipas la tapi masih banyak lagi.


Buat pati pandan juga...resepi pati pandan sila ambil di sini ya!


Bila sehari berkali-kali dok buka tutup peti ais tu dan dok nampak ja pati pandan tu maka lagi la keinginan tekak nak makan kek pandan memuncak-muncak tahap 'meqecik' ayaq lioq dah weh!

Kena kumpulkan kerajinan juga ni buat kek pandan untuk penuhi keinginan tekak ni. Dia punya tahap ngidam tu boleh kalah orang yang mengandung ooooo!


Godek-godek resepi kat Mr Google tu...terbekenan dengan hasil airtangan Cik Mat Gebu yang sangat femes itu. Sangat gebu dan mengiurkan tengok kek marble dia buat.

Terima kasih ya Cik Mat Gebu berkongsi resepi kek yang sedap, gebu dan lembut itu.

KEK MARBLE PANDAN
Sumber : Cik Mat Gebu

Bahan-bahannya:
4 biji telur (Gred A)
100 gm gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (aku ikut Cik Mat Gebu guna susu segar)
50 gm minyak jagung
1 camca teh pati pandan
1 camva teh serbuk koko
1/2 camca teh esen vanila
1 camca teh coklat emulco

Gaul sekali dan ayak:
100 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh baking powder

Cara membuatnya:

  1. Putar gula dan ovallet hingga rata. Masukkan telurdan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan bahulu) 
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuangkan minyak jagung dan pati santan / susu segar. Gaul hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (CMG buat 2 bahagian ja). Bahagian 1 - dicampurkan esen vanila dan di gaul rata. Bahagian 2 - dicampurkan serbuk koko dan coklat emulco dan gaul rata. Bahagian 3 - dicampurkan pati santan dan gaul rata.
  4. Sediakan loyang kek yang di sapu mentega dan di alaskan dengan kertas minyak di dasarnya. 
  5. Masukkan adunan dalam anggaran 3 camca besar ke dalam loyang di tengah-tengahnya  secara bertindih dan berselang seli warnanya. Buat sampai habis.
    Akhir sekali untuk menghasilkan corak, buat beberapa pusingan dengan menggunakan chop stick.
  6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180°c selama 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan kek sebelum di hidangkan.

Kek sangat lembut, moist dan sedap...alhamdulillah keinginan tekak dapat ditunaikan.

Friday, October 2, 2015

Jus Pati Pandan

Assalamualaikum

Hari tu balik kampung ambil banyak pokok pandan bawa balik Jerteh ni. Hajat mula tu nak buat benih nak tanam belakang rumah kami ni...maka rendam dulu dalam baldi supaya keluar akar baru nak tanam.

Sementara nak tunggu akar dia bertunas, segala daun-daunnya yang banyak tu aku buat pati pandan.


Buat sendiri senang nak guna bila-bila nanti tak payah nak beli dah. Lagipun bagus juga produk homemade ni sebab takda bahan pengawet, pewarna dan bahan-bahan terlarang kan. 

Alaaa...kali ni ja la buat, habis stok nanti dan kemalasan melanda maka beli juga. Kikiki...

Jom tengok cara nak buat pati pandan hasil dari carian ku ke blog Makcik Manggis.

JUS & PATI PANDAN
Sumber : Makcik Manggis

30 helai daun pandan
Air secukupnya
  • Bersihkan daun pandan dan potong sederhana kecil (agak-agak senang muat dalam blender)
  • Kisar daun pandan dengan air secukupnya sehingga halus dan tapis. Kisar beberapa kali menggunakan air yang sama (yang sudah ditapis). Buat hingga habis daun pandan tu.
  • Masukkan air pandan yang di tapis tadi ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hari sehingga jus yang pekat itu mendap ke bawah
  • Tuangkan dan buang air yang jernih di atasnya perlahan-lahan hingga habis. Berhati-hati agar tidak terbuang bahagian yang pekat tu.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk. Siap untuk di gunakan
  • Jika ingin di jadikan pati pandan, simpan lagi jus ini dalam peti ais bahagian biasa selama 2 minggu. (Jangan letak di bahagian beku pula ya!)

Friday, September 18, 2015

Aising Buttercream

Assalamualaikum

Lamanya nak berkongsi khabar berita dengan kalian semua. Alhamdulillah masih diberikan waktu untukku mencoretkan sedikit catitan di warkah maya ini.

Wahh! Dah macam tulis cerpan la pula mukaddimah nya....

Okey, hari tu dah kongsi kan cerita harijadi Incik somi dan my kazen kan...


pastu bersambung pula pada cerita kek besday mereka dan berkongsi juga resepi buttercream bunga-bunga cinta yang berjaya juga aku hasilkan dengan sekembang hidong ni hahh!

Hari ni nak kongsi pula resepi buttercream yang aku guna untuk melepa kek pula. Temanya masih lagi dari sumber yang sama iaitu dari blogger terkenal dengan jemari magiknya - Kak Azlita.


Sebelum ni kalau melepa kek, buttercream yang aku gunakan banyak dari campuran shortening dan krimwell ja dan tak pernah lagi buat guna butter. Jadi kena juga mencuba pelbagai resepi yang ada kan!


Alhamdulillah...hasilnya tetap sedap dan lebih sedap dari biasa kot!

Resepinya aku kongsi kat sini ya...

AISING BUTTERCREAM
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan A :
120 gm butter - aku guna buttercup ketul tu
170 gm susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
330 gm gula icing
2 sudu teh esen vanila @ perasa yang tidak bewarna

Bahan B :
400 gm shortening
600 gm krimwell

Caranya :
  1. Masukkan kesemua bahan A dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna.
  2. Campurkan shortening dan krimwell dalam adunan butter (A) tadi dan pukul dengan speed sederhana sebentar sahaja. JANGAN pukul lama-lama nanti krim lembik.
  3. Sedia untuk di warna dan di lepa pada kek.


Nota :
  • Resepi ni dapat menghasilkan krim yang banyak - anggaran 2 @ 3 biji kek bergantung pada saiz kek. Kalau nak buat untuk sebiji kek saja, boleh buat setengah dari adunan.
  • Resepi ini hanya untuk melepa kek, membuat hiasan di tepi kek seperti corak cengkerang, tali dan juga untuk tulisan di atas kek.
  • Resepi ini bukan untuk membuat bunga.

Cara aku meletak buttercream dan inti coklat di dalam kek. Ikit cara macam Buddy Valastro dalam Cake Boss.


Geram pula tengok kek bogel-bogel camni. Macam minta di potong segera ja...hehehe

Maka setelah siap melepa...di mekap dengan bunga-bunga cinta, jadi lah sebegini rupa kek besday my kazen hari tu.


Alhamdulillah....

Saturday, September 12, 2015

Brownies Kedut

Assalamualaikum

Sambung entry pasal kek besday my chenta hati kat sini la ya. Bukan pa...nak tempek kat entry besday depa kemaqin tu macam banyak pula gambar nak tempek. Heheh...


Kek pertama untuk besday incik somi yang di buat awal dari tarikh besdaynya, aku buatkan brownies sebab tahu sejak akhir-akhir ni dia teringin nak makan brownies.


Rasanya ni kali ke-5 dah kot cuba buat brownies sekedut yang boleh tapi tetap juga tak mau kedut sangat. Memang rasa brownies sedap sangat dah...tapi pelik tiap kali buat mesti tak kedut juga.


Tak kisah lah walau kedut sikit ja jadinya...asalkan ianya sedap. Brownies dah pakai dynars ni tu yang susah kedutnya. Hihi...

Kali ni try buat brownies resepi dari blog Kak Su Juicy Cafe yang baik hati selalu berkongsi resepi.

Tima kasih Kak Su...

COKLAT BROWNIES KEDUT
Sumber : Juicy Cafe

400 gm coklat compound - aku guna jenama beryl's yang coin tu
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko*


Tambahan ku :
100 gm badam biji - di bakar hingga perang dan cincang kasar
50 gm badam keping - di bakar hingga perang sedikit
Coklat compound yang di cairkan

Cara-caranya :
Satukan bahan bertanda (*) dan ayak
Satukan coklat compound dan mentega di dalam bekas stainless steel.Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Bila dah cair, tutup api dan angkat.



Dalam mangkuk lain...satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Tuang ke dalam adunan coklat yang di cairkan tadi dan gaul kesemua adunan rata dan sebati.

Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata. *Aku masukkan badam biji yang di cincang dan gaul sebati.

Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk di tarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.


Tuang dalam loyang dan ratakan. *Aku taburkan badam keping sebagai hiasan atas.

Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 160c selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka sedikit selama lebih kurang 15 minit.


Keluarkan dan potong. *Aku zig zag kan coklat cair atas nya.


Nota :
  • Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci
  • Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Gunakan mentega dan coklat compound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap
  • Boleh di tambahkan kekacang 100 gm jika suka

Friday, January 9, 2015

Kek Minyak

Assalamualaikum

Lama dah teringin nak buat kek minyak berwarna-warni macam kek Kak Azlita Masam Manis tu. Blogger yang sangat berjari jemari kreatif. Tengok hasil-hasil kerjanya sangat lah awesome sekali.


Resepi dari Kak Azlita ni lama benar dah simpan...tapi tiap kali nak buat je masih berdondang sayang lagi.


Blanje muka tuan tanah setempek! 1st selfie in year 2015

Banyak kali sangat dah kot aku dok belek resepi ni nak buat...sebabnya bila sampai waktu teringin tu datang memuncak, mula lah fikirkan telur kena guna sebaik-baiknya. Padahal setiap satu resepi pakai 5 biji telur je pun! Hihihi...Bukannya apa, sejak pantai timur di uji musibah banjir terutamanya negeri Kelantan...makanya banyak bekalan telur di Jerteh ni kehabisan.


Kesian saudara-saudara kita yang dilanda banjir khusunya di negeri Kelantan. Meraka sangat-sangat memerlukan segala bekalan makanan dan keperluan harian.

Moga kalian semua kuat dan tabah hadapi ujian Allah. Tahu....kalau aku pun tak mampu setabah mereka disana.

Semalam baru dapat top-up stok telur kat rumah ni, jadi perasaan membuak-buak nak buat kek minyak tu kembali lagi. Jadi dengan gigihnya buat lah kek minyak yang sedap itu.

Terima kasih Kak Azlita dan kawan-kawan lain yang kongsi kan resepi kek minyak kat blog dan google.

KEK MINYAK 
Rujukan resepi : Azlita Masam Manis

5 biji telur
3/4 cawan gula halus - 160gm
2 cawan tepung gandum - 300gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat manis - 300gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak - 200gm
Perasa nenas atau pisang (aku tak letak pun)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna

Loyang : 8 inci - lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak - ketepikan
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu
Masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Pukul hingga sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tuang adunan berselang seli warna hingga habis
Bakar dalan oven yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170c selama 45-60 minit bergantung kepanasan oven masing-masing


Pilihan warna kek minyak ku yang ceria sangat rupanya dan diselang-seli kan dengan gembira hati. 


Alhamdulillah....sedap sekali. Incik somi mula-mula tengok dan makan kek ni, dia cakap kek hari raya. Hihihi.... ok lah tu kan, boleh mengimbau selera kepada hari raya.

Tuesday, January 6, 2015

Kek coklat moist tanpa telur

Assalamualaikum

Teringin nak buat kek coklat pula la hari ni. Tapi masih dalam mood berdondang sayang juga ni, sebabnya telur masih menjadi bahan kawalan kat rumah ni.

Jadi misi nak makan kek coklat kena teruskan juga cuma kena buat yang takde telur la ya.


Dulu pernah buat dah kek coklat tanpa telur ni, tapi bila sampai masa nak buat lagi mula lah mencari tak jumpa resepi.

Sebenarnya.. hati ni kesian kat Incik Somi ku sebab dah lama kot dia dok cakap nak makan kek coklat tapi masa dia dok minta tu barang- barang nak buat kek semua belum balik ke Terengganu lagi kan.


Now, bila barang-barang semua dah selamat sampai Terengganu...tak juga si isteri ni buat ya! Huhhh...nampak tak kekejaman si isteri di situ? Kikiki....


Okey lah Incik Somi...si isteri kamu ni dah jumpa resepi kek coklat tanpa telur yang nak di cuba lagi. Harap-harap menjadi dengan jayanya

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR
Sumber : DayangJack
Oleh : ItaComey

130gm @ 1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
50gm @ 1/2 cawan serbuk koko
20gm @ 2 sudu besar susu tepung
250gm @ 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
150gm @ 1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco - aku letak 1 peket nescefe 3 in 1
90gm @ 1/2 cawan minyak masak atau mentega cair
Secubit garam
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Panaskan oven pada suhu 160c. Sediakan loyang kek, gris dengan mentega dan alas kertas minyak
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
Masukkan susu tepung, garam dan gula perang ke dalam bekas tepung tadi dan di kacau rata-rata dengan menggunakan hand whisk je.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan tidak berketul
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus di kacau serta-merta sehingga sebati


Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak
Sejukkan kek setelah masak.


Nota : 1 adunan resepi ni sesuai untuk 1 loyang tu je..bila masuk dalam 2 loyang, kek tak berapa tinggi.







Wednesday, December 17, 2014

Blended Aprikot Muffin

Assalamualaikum

Teringin nak makan kek ke, muffin ke...tapi malas nak keluarkan mixer. Godek-godek resepi cari yang pakai blender ja, jumpa dari blog Kak Azlita Masam Manis.


Tapi resepi yang ada tu oren blended kek, aku takde stok buah oren ni....takpa-takpa, gantikan ja dengan aprikot. Boleh la kan janji kek senang di buat dan cepat di makan.

Tapi nak buat kek jadi muffin ja lah senang nak makan sambil-sambil layan tv. Kisah betulnya malas nak keluarkan juga loyang-loyang yang masih dalam kotak tu.


Taknak tulis panjang-panjang dah, jom kita buat muffin

BLENDED APRICOT MUFFIN
Sumber resepi asal : Azlita Masam Manis

10 biji buah aprikot kering (rendam 1/2 jam)
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri (ayak)
1 sudu besar oren sunquick
Badam keping (Bakar hingga perang sedikit)
Coklat chip




Toskan buah aprikot dan potong kecil
Masukkan separuh darinya ke dalam blender bersama minyak, telur dan gula halus. Kisar hingga halus kesemuanya
Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati
Masukkan lebihan aprikot tadi, separuh badam dan coklat chip ke dalam adunan


Sudu kan ke dalam bekas muffin dan taburkan lebihan badam & coklat chip atas muffin


Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 20 minit atau sehingga masak

Friday, November 16, 2012

Lapis Cheezy Sunquick

Assalamualaikum

Langsaikan hutang lagi untuk sorang kawan FB saya - Rosalina Burhan. Kali ni nak kongsi resepi lapis cheezy pula.



Resepi ni saya dapat dari sorang kakak masa menetap di Kuching dulu - Kak Rosni isterinya CP Mat Noor. Makan masa dia buat raya dulu...sedap sangat! Jadi...saya klau makan yang sedap-sedap ni harus lah minta resepi. Dah posting balik Subang dah diorang ni...kami jer masih bertapa di Kudat ni. Huhuhu...



Ok ni resepinya ya...tapi saya dah derhaka kan sikit yer.

LAPIS CHEEZY
Resepi : Kak Rosni
Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :

500gm cream cheese - saya guna brand tatura
250gm mentega
1 tin kecil susu pekat
4 bungkus biskut cheese - boleh gantikan dengan biskut merrie

bahan yang saya tambahkan :
Jus oren sunquick
Air suam 

Cara :
Putarkan mentega, cream cheese & susu hingga sebati
Susunkan biskut cheese dlm Loyang 4 segi - saya bancuhkan sedikit jus oren dengan air suam dan celup biskut kedalam jus oren bancuhan tadi dan susun dalam bekas kecil-kecil (senang nak makan..hehehe)
 Lapis biskut dgn adunan cheese berselang seli hingga habis. - saya susun adunan cheese dulu kemudian biskut...cheese...kemudian titik kan sedikit jus oren sunquick pekat
Sejukkan dlm peti ais

Ada juga yang saya campurkan dengan choc chip. Boleh saja jika mahu di lapis selang seli bersama jem buah atau apa saja kesukaan anda. Kita yang buat dia idok!!

Selamat mencuba!

Thursday, July 19, 2012

Brownies Kacang

Menu minum petang hari ini adalah brownies kacang + teh tarik untuk kami berdua. Saya tahu chenta hati saya tengah kerinduan nak makan kek coklat kukus yang isteri dia buat tapi si isteri ni buat tak tahu jer..hahahah...kejamnya saya!

Takpa saya gantikan dengan brownies ya cik abang!

 nah mik spotong utk kamu ya...

 Hajat di hati nak letak almond dlm brownies ni tp xde stok la pula kt umah. Yang ada kacang jer..hmmm...kacang pun kacang lah...

Tambah parutan coklat putih kat atas dia...sedap juga. Cam salji jatuh atas tanah jer...

Thanks kepada tuan punya resepi Yani@myresepi.com. Jom tengok resepi...

BROWNIES
Sumber : Yani@myresepi.com
Oleh : ItaComey@http://dcomey.blogspot.com

Bahan-bahan : (20x20cm)
70 gm butter
130 gm gula halus - Lain kali saya buat saya nak kurangkan sikit sebab bagi saya manis sangat
2 biji telur
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
55 gm walnuts - saya gantikan dengan kacang tanah yang di sangai
1 bar coklat - saya tambahkan sedikit parutan coklat putih

Cara-cara :
  • Panaskan oven sehingga 190c. Butter dan telur di biarkan dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko
  • Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih
  • Masukkan telur dan pukul hingga kembang
  • Masukkan bahan ayak dan walnut. Kacau hingga bergaul rata
  • Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit
  • Bila dah siap, keluarkan brownies dari oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies. Masukkan semula ke dalam oven yang masih panas. Bila coklat cair, keluarkan dari oven dan ratakan.
  • Bila dah sejuk dan coklat hampir keras boleh lah di potong.


SELAMAT MENCUBA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...