Siapa yang tak makan pekasam bagi saya orang itu adalah kerugian dalam nikmat makan
(^_^)
Mula lah mood sentap ni...bukan sentap pe tapi teringat la kat mak dan ayah di kampung. Ayah suka pegi menjala ikan pastu hasil tangkapan ikan tu mak mesti akan buat ikan kering dan yang paling best buat pekasam. Kesukaanku...dan terbang ke bumi perantauan ni pun tetap di bekal kan dengan ikan kering dan pekasam.
~Sentap kejap~
Semalam my fren masa study kat UITM dulu - Mek Ani minta resepi pekasam. Selama ni tau makan je dan tau tengok jer camne mak buat...ofcos resepinya pun tau tapi tak pernah buat sendiri lagi..
~Senyum-senyum~
Ok bagi Mek Ani dan sesapa yang nak resepi buat pekasam cara mak saya boleh ambil kat sini ya!
PEKASAM BONDA
Bahan-bahan :
6 ekor ikan talapia / puyu / haruan dll - lebih sesuai ikan sungai
1 cawan garam kasar
1 cawan beras - disangai dan dikisar kasar
Air masak
Buat camni :
- Bersihkan ikan, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit pun takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
- Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat.
- Kemudian masukkan ikan kedalam bekas semula sedikit-sedikit dimana ikan tersebut dilumurkan beras dan sedikit garam. Buat sehingga habis ikan tersebut.
- Tuangkan air masak hingga ikan tenggelam - Mak saya cakap kalau ikan tak tenggelam dalam air nanti ikan akan jadi kehong (busuk)
- Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
- Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama
- Selepas 3-4 hari boleh lah keluarkan ikan pekasam tu dan goreng dengan sedikit cili kering dan bawang merah. Goreng hingga garing.
No comments:
Post a Comment