Kalendar Dcomey

Showing posts with label Kedah - Kuala Muda / Yan. Show all posts
Showing posts with label Kedah - Kuala Muda / Yan. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Cinta KITA di Pantai Merdeka

Assalamualaikum...

Jangan mata tu terbeliak2 dengan apa yang bakal anda lihat kejap lagi..sebab yang pasti akan mengundang pertanyaan pada hati kecil anda..benarkah?? Benar-benar belaka...

Ceewahh...bunyi serius cam misteri nusantara..hahaha. Takde mende lah...saja nak wat kecoh. walhal cite dah basi bertahun-tahun dah pun cuma baru sekarang teringat nak tempek kat sini. Apa yang benar kat sini...berat saya masih di tahap TIDAK MELAMPAU sangat dengan berat 63kg sahaja!hahaha...

Cerita semasa masih menjadi tunangan suami lagi..rasanya klau dah ada rezeki kami, dah beranak pinak dah sekarang ni. Sekarang ni berat pun dah melampau-lampau dah...


Kisahnya...selepas pegi try baju kahwin kami kat Butik Pengantin Vouge - Bakar Arang, Sg Petani, saya ajak la chenta hati saya pegi dating kat Pantai Merdeka. Ya lah...kami ni bertunang jarak jauh dulu baru berjumpa. Jadi kena start bercinta semula la..hehehe. Walhal sesama kelas jer kami dulu tapi musuh x boleh rapat!


Kalau nak di ikutkan peta, dekat jer rumah kami di kampung dengan Pantai Merdeka ni. Tapi kena melalui jalan laut di Tanjung Dawai lah. Apa yang menjadi dekat di jauh-jauhkan adalah faktor alah sikit dengan bot kecil di laut..mengada-ngada kau mak jemah! Serius...seingat saya hanya sekali saja saya pernah naik bot kat Tanjung Dawai tu menyeberangi ke Pantai Merdeka. Tu pun mabuk laut x henggat dah!

Jadi nasihat pakar kepada yang mabuk laut seperti saya...redah jer jalan darat! Tak yah nak siksa diri menahan isi perut dari keluar tatkala naik bot.

Bait-bait cinta kami di Pantai Merdeka sebelum di ijabkabul....tapi haruslah batas pergaulan di jaga hokey!


Jangan tak tau ya...Pantai Merdeka pernah di jadikan lagu suatu masa dulu hokey! Jadi saya pun nak buat lagu gak untuk chenta hati saya. Mana lah tau pasni boleh buat album..ahak! ahak!

Selamat datang ke Pantai Merdeka

Pemandangan yang cukup indah

Di saat cincin pertunangan masih melekat muat di jari manis 

 Suka sangat saya memakai kasut kayu bertumit ni...tahan hentak plak tu! Hilang masa hari kenduri saya..huhu

Kami dah sampai...korang bila lagi?? 

Malu-malu tapi mahu...kini baru ku tahu
Diam-diam berpandangan...aku jatuh cinta 

 Jangan tak percaya ya...masa ni saya masih boleh memakai baju bersaiz M gitu...

Chenta hatiku...muah! muah! sayang kamu...

Best rupanya bila dapat dating bersama orang yang kita sayang.. Tima kasih kekasih hatiku kerana mengikut kemahuan manja mu ini...hehehe

:: Mood : kerinduan yang teramat sangat pada kamu suamiku ::

Friday, March 9, 2012

Selamat Hari Wanita

Edisi 08 Mac 2012

Selamat hari wanita buat semua wanita di dunia dan juga diriku.

Hubby bawa jalan-jalan petang kat Pantai Murni...Tq hubby. Muahh!
 Indahnya ciptaanMU



 Kesukaanku...mik gambar srg2

 Suka sgt dengan teknik-teknik camni


 Teman karib yg susah sgt nk berenggang

 Buah hati kesayanganku

 En somi tengah sibuk tu...jangan di kacau

 apa yg sya cuba focuskan...air terjun perigi..nuuuuu nmpak x?

Pas sonok-sonok mik angin laut teringin plak tekak ni nk makan pasembur
 pasembur best kt arked sg yan...tapi anda perlu ada tahap kesabaran yg tinggi untuk menunggu pasembur anda...tempoh menunggu utk 3 bungkus pasembur sya - 1 1/2 jam!

Semoga wanita ini tetap tabah menghadapi semua dugaan...moga wanita ini bahagia disisi orang-orang yang disayang...moga kehadiranku sebagai wanita di dalam hidup mereka yang bergelar lelaki dihargai dan disayangi...

SELAMAT HARI WANITA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...