Kalendar Dcomey

Showing posts with label Ayam & telur. Show all posts
Showing posts with label Ayam & telur. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Ngidam nasi minyak...

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat buat semua...

Dah lunch ke belum? Alhamdulillah...saya dan suami baru jer lepas makan kenduri.hikhik... Nak cite makan nasi minyak la tu hari ni...

 Ngidam sangat dah ni...nk tunggu bulan 3 nanti balik kg makan nasi minyak adik kawin terasa cam lambat jer lagi maka...terjadilah kejadian yang sangat diinginkan hari ni :)


Makan pula dengan ayam mayonis...perghhhh! Melompat-lompat lah perut dengan kekenyangan. Terjadinya kisah ayam mayonis ni sebab stok ayam banyak pastu stok mayonis pun banyak sangat lah kat dalam peti magik tu. Pagi-pagi lagi dah selongkar kat dapur En Google cari resepi ayam mayonis.

Nahh...terjumpa kat dapur Kak Anim. Tergodanya saya dengan ayam mayonis Kak Anim ni...jadi saya pun kena try lah juga kan.

Ok..mula-mula saya nak kongsi resepi wat nasi minyak dulu. Nanti melalut cerita yang lain-lain, lupa pula resepi nasi minyak saya ni.. Dah la bahan-bahan main campak sesedap rasa jer jadi akan mengundang keterlupaan nanti.


NASI MINYAK ALA COMEY
Untuk 2 orang makan

Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :
2 cawan beras - di cuci bersih dan toskan
3 cawan air
2 cubit garam
Kismis
Bawang goreng - buat sendiri jer...tengok SINI ya
1 helai daun pandan - simpulkan

Bahan tumis :
2 camca makan planta
1 biji bawang besar - di hiris nipis
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Buat camni :
Panaskan kuali dan masukkan planta. Biar planta sampai cair kemudian tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau
Masukkan beras dan gaul-gaul sekejap supaya beras sebati dengan bahan tumisan kemudian tuang beras dan kesemua bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik
Masukkan air, daun pandan, garam dan kismis ke dalam beras dan masak lah seperti biasa
Setelah nasi masak...taburkan bawang goreng dan tutup tudung periuk supaya aroma bawang terperangkap di dalam nasi.
Siap!


Okey...ni resepi ayam mayonis yang saya dapat dari Kak Anim pula. Tima kasih ya Kak Anim untuk perkongsian resepi akak tu...sedap lak tu!

Saya copy & paste jer ya...


Ayam Mayonis
Resepi : Kak Anim - Cookery Pot
Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :
4 ketul peha ayam di goreng - saya guna kepak ayam 
1 batang seleri - potong serong - xde stok jadi saya guna daun bawang jer sebagai hiasan
2 sudu besar cedawan hiris dalam tin - xde stok juga jadi saya guna cendawan leper segar
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

bahan hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan hiasan:
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong

Cara buat :
Panaskan minyak dalam kuali tumiskan cili kisar. Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan hiris dan kacau hingga naik bau. Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).
Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.
Hidangkan bersama nasi panas.


Selamat mencuba!


Saturday, July 14, 2012

Tomyam Campur

Hari ni saya pula yang ngidam okey!
Saya ngidam nak makan tomyam. Semalam berkias-kias kepada chenta hati nak makan tomyam, tapi bila keluar makan kat luar mula lah selera tekak tak tetap pendirian. Jadi tak dapat lah makan tomyam semalam. 

Dengan keinginan yang terus membuak-buak, hari ni kena lah buat tomyam sendiri.
Alahhh...bukannya susah sangat pun kan nak buat tomyam kan...Dapat sikit bantuan jer siap lah!

Ni lah bantuan yang menyedapkan tomyam saya hari ni. Mudah....cepat dan sedap!

Dapat makan semangkuk dah kenyang sampai ke malam hari. Ya ke kenyang sampai ke malam hari?? Tuuu...terbau jer megi goreng yang chenta hati tengah buat kat dapur tu..hehehe

Nak share juga resepi kat sini

TOMYAM CAMPUR ADABI

Bahan-bahan :
Sotong
Ayam
Udang
1 peket pes tomyam adabi
2 cawan air
2 batang serai - di titik
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah
2 biji tomato
6 biji cili padi
2 helai daun limau purut
1 biji limau kasturi - ambil airnya
Garam

Cara - cara :
  • Masak air hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan pes tomyam adabi dan serai.
  • Kemudian masukkan sotong, udang dan ayam dan masak hingga empuk
  • Setelah empuk masukkan lobak merah, cili padi, bawang besar, tomato, daun limau purut, air limau kasturi dan garam
  • Rebus sekejap dan siap
CUKUP MUDAH MEMBUAT TOMYAM


Friday, July 13, 2012

Ayam Goreng Tepung

Rentetan dari juadah puasa Sya'aban


Ayam goreng ala-ala KFC. Walaupun rasanya tak berdiri sama gagah dengan KFC tapi bagi saya rasanya tetap sedap dan rangup.

Ni resepi saya yang tak seberapa tapi tetap nak kongsi juga...

AYAM GORENG TEPUNG

Bahan yang diperlukan :
Ayam
Garam
Kunyit
Serbuk lada hitam
Lada sulah
Jintan Manis

Tepung gandum
Tepung beras
Telur - di kocak

Buat camni :
  • Ayam di cucuk-cucuk sedikit dengan garpu.
  • Gaul ayam bersama garam + kunyit + lada hitam + lada sulah + jintan manis dan perap sekejap
  • Panaskan minyak untuk menggoreng
  • Campurkan tepung gandum + tepung beras
  • Celupkan ayam ke dalam telur kemudian celup pula ke dalam tepung
  • Goreng ayam dalam minyak panas dengan api yang sederhana hingga garing
  • Siap!
SELAMAT MENCUBA



Friday, June 22, 2012

Nasi Ayam Penyet

Salam hari jumaat semua!
Hari ni saya nak bawa mata dan tekak melawat dan mengimbau kenangan ke Kuching sekejap. 

Nak bawa ke mana?
Bawa makan nasi ayam penyet. 

Terliur tak?

Pertama kali makan nasi ayam penyet ni masa mula-mula pegi bercuti ke Kuching. Sedap sampai teringat-ingat bila balik bercuti tu. Masa tu belum jadi puan lagi. Lepas tu bila dah kahwin dan mengikut somi menetap di Kuching maka nasi ayam penyet ni lah selalu menjadi pilihan tekak bila makan kat luar.

Adik-beradik yang tak berapa lengkap.

Teringat lagi masa di Kuching dulu...kalau mengidam nasi ayam penyet ni tengah-tengah malam pun jadi kerja antara saya + somi + Fiza + Che Man. Selalu tempat yang menjadi sasaran adalah kat Cafe Bunda lah. Tapi kalau saya berdua dengan somi jer, kitorang selalu makan kat Sate Cako belakang dengan Cafe Bunda sebab kat situ sambal cilinya tak pedas sangat.

 Bila dah menetap kat Kudat ni memang banyak makanan yang suatu masa dulu menjadi kegilaan tekak ni...takde! Kalau dah teringin sangat-sangat kena lah gigih membuat sendiri.

Pagi-pagi lagi dah usulkan kepada somi menu nasi ayam penyet hari ni. Dia kasi green light...so apa lagi, cukup suka lah hati ni...

 Pagi-pagi dah selongkar dapur MYR tu cari resepi.
Reaksi en somi bila makan...SEDAP! Alhamdulillah...


NASI AYAM PENYET
Sumber : blogresipi@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang ) : *Saya sesuaikan bahan untuk hidangan 2 orang. 

Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup) *Air rebusan ni juga saya gunakan untuk memasak nasi
2 ketul jer untuk kami berdua 
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 
Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging*saya tak letak
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara :

Untuk Ayam Penyet


Ayam dah siap dipenyet oleh en somi
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. *Saya hanya perap selam 2 jam tapi ayam perlu dicucuk-cucuk sedikit dengan garfu supaya lebih cepat menyerap. 
 saya perap dalam peti ais
  • Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu. *tak buat
  • Setelah perap, golek-golekkan pada tepung beras.*saya tak cadangkan salut tepung beras sebelum goreng sebab rasanya macam pahit sedikit.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 
  • Saya ketuk sedikit ayam yang siap digoreng hingga terpenyet...baru lah jadi ayam penyet

Untuk Sambal

Membayangkan diri ini seorang chef dengan dekorasi di dalam tomato.

  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata. *saya guna gula putih jer
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 
 Untuk Sup

 Saya buat sup kaki ayam
  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. *saya tambahkan halia
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi




Memang lembut nasinya

  • Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging.*saya tak letak pun! Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

SELAMAT MENCUBA




Tuesday, June 12, 2012

Ayam Panggang Simple

Masak simple-simple jer hari ni....Walaupun dalam kesihatan low blood yg kejap ok kejap x ok ni sempat gak siapkn lunch sambal ikan bilis + ayam panggang simple ni...

 Seketul peha ayam jer tapi dah cukup banyak untuk kami berdua...alhamdulillah

Dari semalam lagi keadaan sakit camni. Beria-ria tunggu melepak depan tv sbb nak tengok Masterchef Celebriti tiba-tiba nak bangun dari tempat duduk jer dah jatuh balik nak pitam. En somi kat dapur...dia x sedar pun kegagalan aku untuk berdiri pada masa tu. Bila dah sedar je aku jatuh terus di suruh masuk bilik tido jer. Dah.. x yah nak degil nunggu Masterchef tu haa! 

Tatkala aku berkeadaan camtu semalam...dia nak ngadap tv sorang-sorang pun x senang. Kejap-kejap jenguk aku kat dalam bilik. Ya lahh...takut aku pengsan dalam tido plak (^_^). Tima kasih untuk jagaaan penuh kasih sayang kamu pada saya ya wahai en asben...muah!

Cinta hati dah pesan sebelum dia pegi keja tadi...x yah nak wat keja berat-berat dan kalau x sihat x yah masak pun xpe hari ni. Owhhh...x sampai hati pula kalau x jenguk dapur tu sehari. Tu yang masak simple-simple jer. Alaaaa...Panggang ayam dlm oven jer...pe de hal?!

Ni style simple aku perap ayam...

AYAM PANGGANG SIMPLE
Bahan - bahan :
Beberapa ketul ayam
Sos cili
Sos tomato
Susu pekat manis
Lada hitam kisar
Secubit garam

Buat camni :
- Cucuk ayam dengan garfu supaya bahan serapan cepat menyerap
- Gaulkan semua bahan dengan ayam tadi dan perapkan dalam 10 minit
- Bakar sampai masak

Senang jer kan...

Tuesday, June 7, 2011

Ayam Kicap Pedas

Salah satu menu kegemaran en asben. Kebanyakkan menu nya mesti lah pedass-pedas sebab dia mmg suka sgt mkn pedas-pedas ni. Tapi saya pula la tak tahan sangat kalau makan pedas.


Jom cuba buat...

AYAM KICAP PEDAS

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - digoreng separuh masak
3 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 sudu jintan manis *
10 biji cili kering *
1/2 sudu serbuk lada hitam
5 sudu kicap pekat
sedikit gula
sedikit garam
sedikit air

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan yg bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar tadi hingga naik bau
  3. Masukkan kicap, lada hitam dan sedikit air. Kacau hingga sebati
  4. Masukkan ayam, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan siap dihidangkan.
  5. **Nak guna resepi ni utk hati ayam @ daging pun sedap!

Wednesday, May 25, 2011

Ayam Percik Berkuah

Menu ayam lagi...tp nk masak ayam apa ya?
jalan2 kt MYR lagi jumpa resepi sumbangan dari oshin ni...jom nengok!


AYAM PERCIK BERKUAH

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
  • Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
  •  
  • Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ****
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • asam keping (4-5 keping)
  • gula & garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

Ayam Goreng Cinta

Kejadian dh lama dh ni cuma malas nk brblog jer...
x nk nulis pnjang2..jom layan jer...

BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD

AYAM GORENG CINTA
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil madu
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk 
1/2 sudu jintan manis - ditumbuk
3 biji bawang putih - dicincang
 1 sudu minyak bijan
Sedikit garam
*Bahan2 kat atas tu perap dgn ayam selama 15 minit

3 Sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk lada hitam
*Masukkan bahan2 tu dalam plastik dan goncang2kan

 1 biji telur - dipukul dengan garfu

Buat camni ya :
  • Panaskan minyak dlm kuali
  • Ayam yang siap diperap tadi dimasukkan dalam plastik tepung yg siap dicampur tadi dan digoncang biar sekata.
  • Keluarkan ayam yang dah disalut tepung dan dicelup ke dalam telur.
  • kemudian celupkan ayam itu sekali lagi dalam tepung
  • Goreng sampai garing dan toskan minyak
  • Siap dimakan begitu saja
Buat la ya! X susah pun…
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, May 10, 2011

Gulai Ayam Kasih


Samekom semua…dh lama x hapdate blog ya! Almaklum la…pakai prepaid broadband je…so bila abis tempoh dok diam la kejap..hikhik.
Ok balik pd entry aku kali ni…this is my 1st time aku masak gulai ayam. Ya ALLAH! Teruknya aku kn? Serius mmg aku x reti langsung nk buat gulai ayam tp klau mkn pandai la..tu la dulu mak nk ajaq x mau sgt nk blajaq! Now mik kau mkcik! hikhikhik
Hubby dh beria2 beli ayam mentah sbb dia tringin sgt nk mkn kari ayam. Maka si isteri pun membelek la resepi di myresepi di pagi khamis…dlm dok sibuk2 siapkan bahan nk buat kari ayam style farihafaizal@myresipi.com
Tetiba my hubby balik umah awal ditengahari tu…alamak! Kari ayam baru dok nengok resepi nih…adehhh!

Hubby ckp pe tau?!
 “x yah ssh2 nk buka resepi nengok nk but gulai ayam..mai abg nk ajaq”

Alamak! Dlm hatiku malu pun ada bila x reti masak…hukhuk…ampun bang!
Sbb tu la aku namakan GULAI AYAM KASIH sbb hubby yg ajarkan cara nk buat…Alaaaa…senang jer rupanya…cam gulai ikan jer…
tq abg.Muahhh


Perrrhhh!! Sedap plak tu!!
Jom layan resepi…

BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD

Amalanku setiap kali memasak...INSYAALLAH menyedapkan masakan & beroleh keberkatan ALLAH SWT

GULAI AYAM KASIH

Bahan yg diperlukan :
1/2 ekor  ayam – dipotong kecil
1 paket rempah kari – dibancuh dengan sedikit santan sampai jadi pes
2 biji ubi kentang – dipotong 6
2 biji tomato – di potong 4
4 biji bawang putih *
4 biji bawang merah *
2 cm halia *
1 helai daun kari
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 cawan santan pekat
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Buat camni :
·         Kisar bahan yg bertanda (*) dan 1 bahagian dicampur dengan rempah kari dan 1 bahagian lagi utk tumisan
·         Panaskan minyak. Tumis bawang yg dikisar,bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun kari sampai naik bau.
·         Masukkan rempah kari  dan biar sampai pecah minyak. Tutup periuk dan perlahankan api (tu petua my mom utk cepatkan proses pecah minyak)
·         Kemudian masukkan sedikit santan, ubi kentang dan ayam – biar sampai ubi empuk
·         Bila ubi & ayam dah masak masukkan lebihan santan tadi dan biar mendidih.
·         Bila dah mendidih, masukkan tomato dan padamkan api
·         Siap untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, May 5, 2011

Sup Ayam Lada

Semalam bersedap2 dh mkn spagetti best my hubby...hari ni tekak masih juga xde selera nk mkn. tp perut ni brdansa la plak minta diisi..huhu
okey...selera ku hari ni nk mkn sup...sup leher ayam...hikhik
my sup leher ayam...yummyy

Nak resepi x? ok klau nk mik kt bawah ni ya...


BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD

Amalanku setiap kali memasak...INSYAALLAH menyedapkan masakan & beroleh keberkatan ALLAH SWT

Sup Ayam Lada

Bahan yg korang perlukan :
½ ekor ayam
2 biji ubi kentang – potong 6
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk
4 biji bawang putih - dicincang
2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak

Hiasan :
Daun sup
Cili merah
Bawang goreng – aku x letak pun..

Buat camni :
*        Tumiskan bawang putih hingga naik bau
*        Masukkan air dan ayam
*        Bila ayam dah hampir masak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam dan ubi kentang dan masak hingga empuk
*        Bila sudah mendidih, masukkan garam dan cili merah
*        Taburkan dengan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang


Tuesday, April 26, 2011

Ayam Wangge

Pertama kali merasa masakan ni yang diberi oleh my jiran - Fiza ingatkan ayam masak kicap. Tapi ternyata tekaanku meleset bila ku rasa ayam ni.


 Sedap rupanya masakan ni...Biasanya boleh rasa masakan ni di kedai nasi kandar je...tapi sekarang dah tahu dah camne nak buat ni. En somi macam biasa la...memang menjadi kesukaan dia la hidangan ni.

AYAM WANGGE

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - di goreng dengan garam + kunyit
5 ulas bawang merah - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
3 kuntum bunga lawang
2 camca cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
2 camca sos tomato
2 camca gula
4 camca kicap
2 camca serbuk kari

Cara-cara :
Bahan yang ditumbuk dibahagikan kepada 2 bahagian -1 bahagian dicampur dengan kulit kayu manis, daun kari dan bunga lawang. 


 Ditumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  

Campurkan cili boh, sos tomato, gula, kicap, serbuk kari dengan bahan tumbuk yang selebihnya tadi
Campuran rempah dimasukkan kedalam bahan tumisan tadi dan dikacau dengan api perlahan 

 

Tambah sedikit air jika bahan yang ditumis terlalu pekat
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan


Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, April 23, 2011

Masa utk bertelur!

Eeeeeeegggggg time! Hikhik…sbnrnya xde idea nk masak apa hr tu…ni citenya siaran tertunda la nih! Sebabnya berokband abis cedit…hehehe. Bukak frezz tu nmpak cantik molek jer telur beratur..hmmmm…
idea…ideaaa….haaaaa…meh try buat nih

Mulakan dengan BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD

(Amalanku setiap kali memasak...INSYAALLAH menyedapkan masakan dan beroleh keberkatan)

Sup Telur Soo Hun


Yg korang perlukan : **Utk 2 org mkan
2 biji telur ayam
1 pek soo hun – direndam dalam air sampai lembut
1 biji bawang besar – dipotong 8
1 biji ubi kentang – di potong 8
3 biji bawang putih – di mayang
1 biji cili hidup – potong panjang
1 cawan air
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
1 sudu minyak untuk menumis

Buat camni :
·         Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga perang
·         Masukkan air dan diikuti dengan ubi kentang. Biarkan sampai ubi kentang agak empuk
·         Kemudian masukkan bawang besar dan cili hidup
·         Kemudian masukkan soo hun
·         Pecahkan telur didalam kuah sup tapi jangan sampai pecah telur merahnya
·         Masukkan serbuk lada hitam dan garam….Siap!

P/s : Lepas masak sup ni kena makan panas2 sbb nnt bila biar lama kuah sup akan kering diserap soo hun tu yer & enak dimakan begitu saja tanpa nasi – khas utk org2 yg berDIET!

Selamat Mencuba

Friday, April 15, 2011

Fillet Ayam Madu

Peneman kepada menu dinner tu...ayam masak merah bonda, so aku buatkan juga fillet ayam. Xtually xde idea nk temankn dgn apa...dh alang2 menu ayam so aku cipta la resepi ku sendiri...


Fillet Ayam Madu

Bahan - bahan : Untuk 2 org makan
Isi ayam @ Fillet ayam - Anggaran 8 keping kecil
1 biji bawang besar - dipotong bulat
5 biji bawang putih - dicincang
2 sudu kicap manis
1 sudu madu
1 sudu minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
1 biji telur
3 sudu tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Minyak untuk menggoreng

Buat camni :
  • Isi ayam dipotong nipis-nipis
 cmni la rupanya bila dh kena potong ya!
  • Perap fillet ayam dan bawang besar dengan bawang putih, madu, kicap manis, minyak bijan, serbuk lada hitam dan garam. Perap selama 15 - 20 minit (Lagi lama perap lagi sedap)
  • Panaskan minyak untuk menggoreng
  • Fillet ayam dan bawang di celup kedalam telur dan tepung kemudian goreng sampai kunig. Api jangan terlalu kuat sbb nak bagi masak kt dalam
  • Siap untuk dimakan
Senang je nak buatnya...
alhamdulillah hikmat dari air tangan isteri...hubby x penah lekang dari memuji masakan wifenya...


Ayam Masak Merah Bonda

Rindu itu adalah anugerah dari ALLAH....

Rindu pada ayahanda, bonda & family makin tebal...my hubby dr semalam lagi ckp nk mkn ayam masak merah ptg nnt. Alaaa...yg dia mkn masa kg hari tu...tunjuk ajar dr mak sedap katanya...hikhik...terperasan la plak!

Jenguk2 kat blakang umah ni ada pokok serai...pokok lengkuas....haaaa ok la tu!
Ketanggg! Ketttuunnngg!

AYAM MASAK MERAH


 Bahan-bahan yg korang perlukan :
1/2 ekor ayam
8 biji cili kering
3 batang serai
2 batang lengkuas
Halia - Sebesar ibu jari
1 biji bawang besar
2 keping asam 
3 biji bunga lawang
3 biji buah keras
2 biji bunga cengkih
1/2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit gula

Korang buat camni :
  • Cili kering digoreng dgn sedikit minyak - utk kurangkan rasa pedas...alaaa cam petua dapur tu!
  • Kisarkan cili yg siap digoreng dgn halia, lengkuas, bawang & serai

 Kecilkan2 cmni ye sblm korang kisar...

  • Ayam dipotong dan digoreng
Ayam ni sikit kn...sbb aku kurangkan sikit ayam tu sesuai utk 2 org jer


  • Bila dah siap goreng ayam td, buangkan sikit minyak gorengan tadi dan guna minyak tu utk memasak.
  • Bila minyak dh panas, tumiskan bunga cengkih, bunga lawang dan buah keras hingga naik bau. Kemudina masukkan semua bahan kisar tadi dan masukkan sedikit air. Kacau dengan api yg perlahan sampai kuah pekat.
  • Bila dah agak pekat barulah masukkan ayam yg digoreng tadi
  • Masukkan sedikit gula dan garam
  • Kemudian masukkan sedikit bawang besar sebagai hiasan
* Boleh juga dimasukkan kacang peas untuk menyedapkan lagi.  tapi aku x letak pun sbb xde stok kt umah..hikhik

Makan panas2 mmg...hmmmm...terangkat la!
hubby cakap....sedap la syg...tima kasih >> blushhhh pipi ku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...