....Love story from Cherating.
Selamat pagi chenta!
Alhamdulillah masih di beri nikmat menghirup udara segar dari bumi Cherating.
Sebelum tidoq semalam lagi dah habaq siap-siap dah kat Incik somi yang hari ni bangun tidoq awai nak tengok matahari terbit. Alhamdulillah lepas subuh lagi kami dah jejak kaki ke pantai.
Tu lah untungnya stay kat Pak Itam Inn Chalet ni...sebabnya dia dia apit antara Hotel Lagend Resort dan Hotel Holiday Villa yang berbintang-bintang tu. Makanya...view dari Pak Itam Inn Chalet juga haruslah bertaraf bintang juga la!
Hensome pula tengok Incik somi sendiri di pagi hari ni...jom balik bilik semula abaaannngggg! Hahahah...
Matahari baru nak muncul-muncul manja di balik awan tu.
Aku juga nak posing ala-ala manja juga la...bukan selalu dapat posing bersama view ciptaan Allah Yang Maha Agung yang tersangat cantik ni. Alhamdulillah...
Incik somi...walaupun kadang-kadang perilaku mu menyakitkan hatiku hingga aku selalu lupa kelembutan ku sebagai isterimu, namun ketahuilah oleh mu bahawa aku sentiasa sayang padamu.
Sumpah!
Dalam setiap senyuman yang ku ukir kan untukmu...hanya Allah ja yang tahu isi hatiku. Cewahhhh!
Subhanallah cantiknya...
Kau juga antara yang tercantik anugerah dalam hidupku...suamiku.
I love you...
.
.
.
hope you love me toooooo....
Walau dengan muka tak mandi pagi berbaju unggu bertudung marroon yang tak masuk konsep bercanda tepi pantai di pagi hari...
...aku tetap nak habaq gak cinta kami tetap terpahat di pasir pantai Cherating. Wuhuhhhh!
Berjanji denganku....susah dan senang mu sentiasa bersama ku hingga ke syurga. Amin...Cinta kita di suatu pagi itu....sungguh puitis gituuu!
view dengan teknik dagu 8 lapis..hahha
Setelah mentari menampakkan dirinya....maka perut pun mula berbunyi-bunyi minta di isi. Moh ler kite Incik somi mencari bersuap nasi di pagi hari.
Double AA Restoran, Cherating Kuantan.
4°06'19.7"N 103°22'52.5"E
Carian dengan keyword "tempat makan best di Cherating"...berakhir di blog milik Zalia yang suggest kedai makan ni. Tima kasih awak!
Kedai makan pun dekat sangat dengan jalan masuk chalet kami dok tu jadi memang pilihan sangat pantas la. Keluar dari jalan chalet sampai ke jalan besar tu, ambik jalan ke kanan sampai Petronas di sebelah kanan juga. Kedai ni sebelah je dengan Petronas Cherating tu.
Pilihan kami - Nasi kerabu ayam bakar + teh tarik aku punya & nasi dangang + teh o panas incik somi punya.
Dari review blogger, katanya ayam bakar kat sini sedap. Aku plak jenis pantang ni kalau orang habaq kata sedap...mula la meronta-meronta dalam hati nurani nak rasa kesedapan tu juga kan!
Redha je la incik somi bila aku ni tetap nak mik gambaq dalam berbagai arah dulu sebelum makan da selepas baca doa makan. Tapi dorongan dia juga kadang-kadang tu...bila belum posing gambar menu, tanya ja dia tu kat aku dah ambik gambar ka belum? Hihi...
Suka la part hangit sikit pada ayam bakar tu. Aroma dia pun dah menusuk kalbu dah.
Aku pun wajib dah nak jadi duta jalan-jalan cari makan juga kan! Jemput makan....
Ternyata nasi kerabu ayam bakar bila di gabungkan bersama teh tarik buih 2 inci ni sedap sekali hingga menjilat jari. Lapaq sama kot...hihi
♡♡ ItaIzuwan_Love Story ♡♡
Next entry....
Showing posts with label Jalan2 Cari Makan. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016
Cherating, Pahang - Part 3
Monday, January 18, 2016
Cherating, Pahang - Part 2
....Love story from Cherating.
Urat saraf pun dah di regangkan...dan kawan kami pun dah sampai jadi jom la kita sembang-sembang ambil angin laut dulu.
Subhanallah....cantiknya ciptaanMu Ya Allah
Bunyi ombak sangat mendamaikan dan menenangkan hati dan perasaan. Alhamdulillah....masih lagi diberi nafas untuk menikmati nikmat dariMu ya Allah.
Isterinya si Faizal a.k.a Panjang dan anak depa Humairah yang mai sama-sama lepak dengan kami tepi laut ni. Depa dok dekat sini ja jadi dapat la jumpa lepas kerinduan sat.
Kenangan kita tercipta di sana....
Humairah pun dah cerdik dah, nak ayah dukung pi tepi laut ja...
Cik Puan pun nak juga selfie dengan Incik Tuan berdua-duaan feeling bercinta gitu. Memang dalam misi bercinta pun kannnn (Jangan muntah kelabu hokey!)
Jadikan malam ku lebih indah....jadikan siang ku lebih terang. Biarkan bunga mu mewangi....selamanya... (hentam saja la Akim!)
Tenangnya jiwa...
Humairah dah mula buat perangai dah, nangis ja dia masa di pantai. Moh la kita balik sambung rehatkan badan golek berjemaah.
Mengantuk rupanya dia...
Incik somi dengan sahabat yang kamcing sangat katanya keluar dengan urusan apa ntah depa sampai tinggai kami bertiga tergolek-golek sambil melayan tv ja di chalet.
Perut dah lapar tak terhingga dah ni!
Warung Awang Ikan Bakar, Cherating Pahang.
Aku seperti biasa la, bila pi bercuti atau jalan mana-mana je suka study tempat-tempat best sekitar tempat tu. Terutamanya sekali paling gigih study tempat makan la.
Dari review blogger-blogger yang baik hati, ramai yang cakap WAIB ni makan sedap dan harga berpatutan. Makanya...disini juga la pilihan kami untuk isi perut di malam itu.
Uncle Bok jadi babysitter Humairah dulu la ya...bagi chance mummy2 mamam dulu.
Tima kasih Uncle Bok....
Menu dinner pilihan aku dan somi untuk perut-perut kami malam tu... Ikan bakar (tak ingat dah ikan apa) + sotong celup tepung + kailan ikan masin + kupang masak pedas. Ikan bakar dia paling sedap di tekak aku.
Oren jus potong lemak kononnya...hihi
Mokcik harus lah pulun sesungguh hati meratah segala lauk-lauk sampai licin habis semua sekali.
Alhamdulillah....kenyang menyengkak perut kami. Agak-agak hangpa la, makan banyak tu berapa duit? Semua sekali termasuk air RM85 sahaja. Murah ka mahal?
Lepas Faizal & family dia balik, kami ronda-ronda sampai ke Kuantan plak. Incik somi kata nak bayar balik hutang dia kat aku tahun lepas yang kami mai Kuantan tak jalan-jalan mana pun tu.
Ya faham....kisah Kuantan kami dulu tu sebab masing-masing letih kan. Okey jom repeat!
Pusing-pusing tak kemana pun juga...heheh. Pi jumpa Kak Chik dgn somi dia ja kat Wan Satey. Tima kasih Kak Chik dgn somi belanja kami minum.
Depa nak bawak kami meronda Pantai Teluk Chempedak...tapi bila dah sampai dekat-dekat nak masuk parking dah, ngeri plak rasa tengok kereta berduyun-duyun. Tak jadi la kami nak teruskan misi...anyway tima kasih banyak-banyak buat Kak Chik dengan sominya yang melayan kami.
♡♡ ItaIzuwan_Love Story ♡♡
Next entry....Cherating Part 3

Cite ni dalam...
Cherating,
HunnyMadu,
Isi Perut,
Jalan2 Cari Makan
Friday, August 14, 2015
Last day hunnymadu
Assalamualaikum
Hari last bercinta di Kuantan dan di hari terakhir trip hunnymadu kami ni sebelum balik nak singgah beraya umah sahabat kami dulu.
Alang-alang dah sampai Kuantan dan masih di bulan syawal kan, jadi kira pi beraya la juga kan. Hihi...
Sambutan mesra dari sahabat kami Kak Cik Siti Rasmah bersama suaminya.
Kak Cik kawan sekelas kami masa di sekolah menengah. Sekarang dia kahwin dan tinggal di Kuantan ni. Beli umah lot-lot orang kaya ooo kat Kotasas ni. Hihi...
Zaman sekolah dulu-dulu pemalu ja orang nya. Merajuk dia bila tau kami kat Kuantan kalau tak pi umah dia.
Sekut-sekut raya pun banyak lagi. Hadap sekut raya puas-puas dulu..sedap ooo!
Awal-awal lagi Kak Cik dah pesan dah, breakfast kat hotel jangan banyak-banyak sebab dia sediakan breakfast untuk kami kat umah dia.
Sedapnya Kak Cik masak bihun goreng, nasi himpit, rendang ayam, puding laici dan paling super sedap semestinya brownies dia. Nyum! Nyum!
Acara wajib sebelum balik, wajib lah posing dengan tuan umah dulu. Macam mak datin ja Kak Cik. Tima kasih banyak-banyak buat Kak Cik dan somi yang menjemput kami ke rumah.
Brownies super sedap siap Kak Cik tapaukan untuk bekalan perjalanan kami lagi. Sayang Kak Cik!
Keluar dari rumah Kak Cik, kami singgah kat umah sahabat kami lagi dekat-dekat situ - umah Lyn Chini. Lupa nak posing dengan Lyn sebab sat sangat kami singgah. Afif anak depa pun demam makan durian banyak.
Okey dah siap singgah sana sikit sini sikit...jom balik Jerteh. Awal-awal lagi aku dah tidoq bergolek dah dengan bantal peluk sakan dalam keta. Hihi...
Perjalanan ikut highway pantai timur yang sangat mengantuk. Incik somi pun sampai tukar driver 2 kali gara-gara cemuihh yang bikin ngantok.
Alhamdulillah..perjalanan lancar dengan pemandu yang comey itu. Hihi.... singgah Mydin Gong Badak la sat!
Restoran Ayam Penyet, Mydin Gong Badak
Hajat nak makan kat restoran ayam penyet ni sebab hari tu masa mai Mydin ni kami dah kenyang makan Mcdonalds dah. Jadi simpan hajat dulu... hari ni baru dapat merasa.
Sebelum menu sampai...posing la dulu kita ya!
Masing-masing muka penuh keterujaan tu nak makan ayam penyet sini.
Cemuih dah incik somi ku tunggu menu sampai ke meja
Akhirnya sampai juga walau agak lambat servisnya.
Nasi putih dah la jual asing sepinggan RM2.20 tapi alahai sikit betul la nasinya. Hadap ja la walau indah menu dari rupa.
Komen aku : ayam macam ayam goreng biasa ja. Biasa yang maksud aku tu goreng garam kunyit ja pun. Takdak rasa rempah-rempahnya. Sejuk pula tu ayam dia. Sambal pedas bedesinggg!
Macam agak mahal ja makan kat sini. Mahal kalau sedap takpa la juga, ni mahal tak sedap tu yang menyakitkan hati. Huawaaaa!
Belanja kami dari Kuantan ke Jerteh :
Tol karak - Rm 3
Tol Gombak ke Gambang - RM 16.90
Minyak myvi - RM 50
Tol Gambang ke Terengganu - RM 4.30
Ayam penyet - RM 36
Shoping Mydin - RM 33
Jumlah : RM 143.20
Tol di lebuhraya pantai timur tu sangat-sangat murah betul!
Sekian habis dah percutian hunnymadu 3 hari 2 malam kami pusing pantai timur. Inshaallah panjang umur murah rezeki incik somi, harap dapat la bercuti lagi. Alhamdulillah.....
Cite ni dalam...
HunnyMadu,
Isi Perut,
Jalan2 Cari Makan,
Kuantan,
Terengganu
Wednesday, August 12, 2015
Hunny Madu Cameron Highlands 2015
Assalamualaikum
Yuhuuuu! Mood masih berhunnyMadu selagi termampu. Biar sampai muntah kelabu pun wajib hunnymadu. Nikmat yang diberi Allah kepada kami yang masih berdua.
Nampak tak kemerapuan itu? Hihi...
Baru je kami balik dari kg halaman ke Jerteh hari rabu, khamis incik somi on duty then jumaat off..sabtu ahad dah memangnya cuti hujung minggu. Takkan nak balik kg juga ni?? Kalau tak ke mana-mana ni sahehnya mati kutu kejung kat umah berdua ni.
Incik somi cadang nak ke Kuantan tapi bila tanya Kuantan apa yang best... entah! Nak ke Gambang tak best la mandi-manda berdua ja.
2nd opinion malam sebelum dia pergi duty, nak ke Genting Highlands. Okey best ni....dalam kepala otak si isteri yang comel ni nak pi lagi ke Ripley's Belive It or Not kat sana sebab masa muda remaja dulu masuk sana tak dak gambar kenangan pun.
Maka segigihnya mencari hotel nak booking but so sad...on the spot hotel semua dah fully booked. Hari minggu kot! Kalau hotel-hotel kat bawah dari puncak genting tu ada la, tapi tak mau la....mana ada feel!
Jadinya....pilihan terakhir ke Cameron Highlands je la kita.
Best juga tu walau kali ke-10 dah untuk aku ni tapi keterujaan nak ke sana sentiasa berbunga-bunga ros. Tahun 2015 ni tak pergi melawat lagi kan...
Perjalanan pertama kali kami melalui pantai timur ikut Kuala Krai - Gua Musang - Cameron Highlands. GPS menunjukkan perjalanan selama 4 jam 44 minit je dari rumah kami Jerteh ke sana.
Perjalanan bermula pukul 11 pagi.
Sepanjang perjalanan melalui Kuala Krai dan Gua Musang, nampak la kesan-kesan peninggalan banjir besar hujung tahun 2014. Berat mata memandang berat lagi mereka yang melalui nya.
Kat pekan Kuala Krai ada eksiden bas ekspress terbabas ke laluan tangga bawah tanah. Ambil gambar tapi ntah terpadam dah.
Kat Gua Musang pun ada juga kemalangan yang baru ja lagi rasanya tu sebab nampak bomba pun masih berusaha keluarka mangsa. Allah...
Moga selamat la perjalanan kami
Alhamdulillah, pukul 2.48 petang sampai dah kami ke Brinchang Cameron Highlands.
Terus check-in Hotel Titiwangsa yang dah di booked dalam perjalanan tadi. Dapat je kunci...terus keluar mencari makan tengahari.
Lunch kami berkahir di Tanah Rata. Alhamdulillah kedai makan pilihan atas bukit dekat dengan Maybank tu tidak menghampakan. Makananan pun sedap dan murah la juga.
Siap isi perut baru patah balik ke Brinchang menuju ke Hotel Titiwangsa.
Hotel Titiwangsa, Cameron Highlands
Detail kat sini ya!
Katil okey but bantal je sorang sebiji. Takda extra bantal untuk peluk-peluk hokey! Peluk je la incik somi aku nanti...muahaahahah! Itu memang motif bulan madu kan...
Semua hotel dan penginapan di Cameron Highlands ni sememangnya takde air-cond dan kipas ya. Sejuk kot!
Bilik air ok bersih dan heater pun berfungsi agak ok. Kira selagi boleh keluarkan air panas tu ok la...
TV biasa ja bukan LCD dengan remote control jepun but still ok la sebab ada juga FOX channel.
Ada kettle air panas + neskepe peket kecil + teh + gula + krimer. Nak lebih sila beli je sendiri.
Bilik 120 betul-betul sebelah lift je. Jadi senang la nak naik turun lift 10 kali pun. Ada aku kisah?
Rehat-rehat kan diri yang keletihan kejap sambil menikmati kedinginan petang yang dah mula memunculkan dirinya. Tips nak dingin lagi, buka la tingkap bilik seluas yang mampu.
View dari tingkap bilik kami. Besar-besar rumah tokey kat sini.
Mula la berangan kalau la dapat rumah kat Cameron Highlands ni....wahhhh!
Rehat pun sudah... Stokin adalah menjadi teman wajib di sana seawal jam 6 petang ya!
Dinner steamboat pun dah dibuka jam 6 petang sampai 10 malam. Tapi perut kami yang masih kekenyangan ni maka...jom la kita jalan-jalan ke Pasar Malam Brinchang dulu.
Round pertama di pasar malam membeli jeruk asam ja dulu. Habis pusing separuh pasar malam tu, baru balik semula ke hotel isi perut dengan steamboat plak.
Steamboat Halal, Hotel Titiwangsa
Free dinner untuk yang menginap kat hotel ni seperti kami. Bagi yang bukan penginap hotel ni, harga untuk steamboat RM 22 seorang
Incik somi yang sabar melayan karenah isterinya yang comel. Hihi..
Sayur-sayur segar, bihun, mee dan sambal tu kita ambil je sendiri kat atas meja depan yang di sediakan sebanyak mana yang nak telan sampai pengsan. Hihi... oh ya, kepada perut yang sentiasa ingin kan nasi jangan risau...nasi pun di sediakan.
Incik somi pun dah pandai dah menggunakan chopstik...wahhhh! Satu kejayaan di cameron highlands yang berjaya di capai.
Makan sikit je incik somi dah kenyang katanya. Jadi yang banyak-banyak ni sapa nak menghabiskan?
Jawabnya si isteri yang menghabiskan kesemuanya. Yehaaaa! Tak dak masalah pun nak habiskan sayur-sayuran sebab segar dari ladang. Bihun, mee kering dan sebiji telur tu ja tak mampu nak habiskan dah.
Bertuah punya somi, dia tinggalkan aku sendirian menghabiskan dinner kami...dia kat luar lobby dok berasap sakan.
Sambung ke pasar malam semula selepas perut dah kenyang terisi steamboat.
Rasa rugi kalau tak membeli strawberry segar kat sini. Kat Jerteh kalau teringin sangat strawberry dapat lah beli kat Pasaraya Pantai Timur RM13-15 untuk 1 pek ada la dalam 12-15 biji.
RM10 untuk 4 kotak + free lagi 1 kotak. RM 5 untuk coklat celup yang nak feeling ala-ala Dato Siti.
Pembelian lain dari pasar malam seperti biasa ja la...sayur goreng yang tak termakan pun, ubi keledek manis yang pahit sebiji, jagung bakar yang mampu incik somi habiskan setongkol ja dan air soya untuk ku.
Nampak tak pembaziran berlaku di situ? Ikut nafsu...
Hadiah dari incik somi untuk ku yang asyik dok tiup angin je masuk dalam bantal leher dalam keta tu. Maka lepas ni tak payah dah nak tiup bagai! Hoyehhh....dah da bantal peluk malam di hotel. Tengkiu my darling bucuk masyammm pujaan hati....
Ingatkan malam dah nak berakhir dah..sampai masa nak gosok gigi tidur baru sedar ubat gigi tak bawa sekali.
Nampak tak alasan untuk keluar lagi...bukan ubat gigi ja yang di cari, tapi....
Tima kasih incik somi ku sayang yang melayan saja kehendak si chenta hati mu ini. Sayang kamu.....muahhh! Jom balik tidoq!
Sarapan pagi kami di hotel hari tu...
Nasi lemak paling win! Sambal sotong bilis nya sedap....salad pula semestinya la segar cuma kalau ada banyak pilihan jenis salad tu lagi best kot. Yang lain-lain tu biasa ja la...
Incik somi makan sikit ja dia...seperti biasa aku juga yang hadap makan sorang diri. Hmmm....lepas ni cari hotel yang tak dak breakfast pun tak pa!

Bilik kami : Standard double
Harga : RM 198 + breakfast + dinner steamboat for 2 pax
Hasil review dari blogger-blogger, diorang kata dok hotel ni best sebab bayar bilik sekali dapat sarapan pagi + makan malam steamboat. Berbaloi katanya... 1st time juga la hotel included dengan dinner.
Bilik kami hari itu...
Katil okey but bantal je sorang sebiji. Takda extra bantal untuk peluk-peluk hokey! Peluk je la incik somi aku nanti...muahaahahah! Itu memang motif bulan madu kan...
Semua hotel dan penginapan di Cameron Highlands ni sememangnya takde air-cond dan kipas ya. Sejuk kot!
Bilik air ok bersih dan heater pun berfungsi agak ok. Kira selagi boleh keluarkan air panas tu ok la...
TV biasa ja bukan LCD dengan remote control jepun but still ok la sebab ada juga FOX channel.
Ada kettle air panas + neskepe peket kecil + teh + gula + krimer. Nak lebih sila beli je sendiri.
Bilik 120 betul-betul sebelah lift je. Jadi senang la nak naik turun lift 10 kali pun. Ada aku kisah?
Rehat-rehat kan diri yang keletihan kejap sambil menikmati kedinginan petang yang dah mula memunculkan dirinya. Tips nak dingin lagi, buka la tingkap bilik seluas yang mampu.
View dari tingkap bilik kami. Besar-besar rumah tokey kat sini.
Mula la berangan kalau la dapat rumah kat Cameron Highlands ni....wahhhh!
Rehat pun sudah... Stokin adalah menjadi teman wajib di sana seawal jam 6 petang ya!
Dinner steamboat pun dah dibuka jam 6 petang sampai 10 malam. Tapi perut kami yang masih kekenyangan ni maka...jom la kita jalan-jalan ke Pasar Malam Brinchang dulu.

Round pertama di pasar malam membeli jeruk asam ja dulu. Habis pusing separuh pasar malam tu, baru balik semula ke hotel isi perut dengan steamboat plak.
Steamboat Halal, Hotel Titiwangsa
Free dinner untuk yang menginap kat hotel ni seperti kami. Bagi yang bukan penginap hotel ni, harga untuk steamboat RM 22 seorang
Incik somi yang sabar melayan karenah isterinya yang comel. Hihi..
Sayur-sayur segar, bihun, mee dan sambal tu kita ambil je sendiri kat atas meja depan yang di sediakan sebanyak mana yang nak telan sampai pengsan. Hihi... oh ya, kepada perut yang sentiasa ingin kan nasi jangan risau...nasi pun di sediakan.
Menu-menu yang kat atas ni, abangLa hensem yang akan hidangkan kat meja kita bersama sup. Kalau tak mau steamboat sup, nak minta tomyam...boleh je tapi kena bayar RM3 kot.
Penuh meja kami dengan segalanya hanya untuk makan berdua ja ni. Agak sedap juga steamboat kat sini.
Incik somi pun dah pandai dah menggunakan chopstik...wahhhh! Satu kejayaan di cameron highlands yang berjaya di capai.
Makan sikit je incik somi dah kenyang katanya. Jadi yang banyak-banyak ni sapa nak menghabiskan?
Jawabnya si isteri yang menghabiskan kesemuanya. Yehaaaa! Tak dak masalah pun nak habiskan sayur-sayuran sebab segar dari ladang. Bihun, mee kering dan sebiji telur tu ja tak mampu nak habiskan dah.
Bertuah punya somi, dia tinggalkan aku sendirian menghabiskan dinner kami...dia kat luar lobby dok berasap sakan.
Sambung ke pasar malam semula selepas perut dah kenyang terisi steamboat.
Rasa rugi kalau tak membeli strawberry segar kat sini. Kat Jerteh kalau teringin sangat strawberry dapat lah beli kat Pasaraya Pantai Timur RM13-15 untuk 1 pek ada la dalam 12-15 biji.
RM10 untuk 4 kotak + free lagi 1 kotak. RM 5 untuk coklat celup yang nak feeling ala-ala Dato Siti.
Pembelian lain dari pasar malam seperti biasa ja la...sayur goreng yang tak termakan pun, ubi keledek manis yang pahit sebiji, jagung bakar yang mampu incik somi habiskan setongkol ja dan air soya untuk ku.
Nampak tak pembaziran berlaku di situ? Ikut nafsu...
Hadiah dari incik somi untuk ku yang asyik dok tiup angin je masuk dalam bantal leher dalam keta tu. Maka lepas ni tak payah dah nak tiup bagai! Hoyehhh....dah da bantal peluk malam di hotel. Tengkiu my darling bucuk masyammm pujaan hati....
Ingatkan malam dah nak berakhir dah..sampai masa nak gosok gigi tidur baru sedar ubat gigi tak bawa sekali.
Nampak tak alasan untuk keluar lagi...bukan ubat gigi ja yang di cari, tapi....
Buat taik gigi sekali di malam-malam hari. Dah pukul 1 pagi kot! Kena roti canai dengan teh tarik baru betoiii!
Tima kasih incik somi ku sayang yang melayan saja kehendak si chenta hati mu ini. Sayang kamu.....muahhh! Jom balik tidoq!
Sarapan pagi kami di hotel hari tu...
Nasi lemak paling win! Sambal sotong bilis nya sedap....salad pula semestinya la segar cuma kalau ada banyak pilihan jenis salad tu lagi best kot. Yang lain-lain tu biasa ja la...
Incik somi makan sikit ja dia...seperti biasa aku juga yang hadap makan sorang diri. Hmmm....lepas ni cari hotel yang tak dak breakfast pun tak pa!
Masuk keta baru perasan ada satu benda laginyang di beli di pasar malama semalam...madu lebah.
Jumlah perbelanjaan kami di Cameron Highlands :
Minyak myvi dari Jerteh - RM 50
Lunch kat Tanah Rata - RM 13.60
Hotel Titiwangsa - RM 198 (Sediakan deposit RM 230)
Strawberry - RM 10 (4 pek + free 1 pek)
Coklat celup strawberry - RM 5
Jagung bakar - RM 8 (2 tongkol)
Asam kering - RM 10
Sayur goreng + ubi - RM 8
Strawberry celup coklat - RM 1.50 (sebatang)
Air soya + Oren - RM 4
Madu - RM 10
Bantal - RM 25 (2 biji)
Roti canai + teh tarik + teh o panas - RM 5
Ubat gigi + ubat sakit perut + air - RM 8
Jumlah : RM 356.10
Jadi lain kali boleh bajet lagi untuk ke cameron highlands...
Jom teruskan destinasi ke Bukit Tinggi, Pahang pula!
Cite ni dalam...
Cameron Highlands,
Hotel,
HunnyMadu,
Isi Perut,
Jalan2 Cari Makan
Subscribe to:
Posts (Atom)