Kalendar Dcomey

Monday, May 28, 2012

Pasar Tamu Tomborungus

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal pasar tamu kat sini plak. Tapi gambar dari lensa sendiri belum ada kesemoatan nak ambil lagi...pinjam gambar en google la dulu ya.

Satu-satunya pasar tamu atau ku panggil pasar malam kat Kudat ni adalah kat Pekan Tomborungus. Kira pekan Kudat la. 

 Pasar ni di buka pada pagi setiap hari Selasa hingga ke malam di Dataran Tomborungus. Kalau korang datang hari dan waktu lain memang lengang je kawasan dataran ni.

 Satu-satunya replika buah kelapa kat tepi pentas dataran ni. Jangan tanya aku kenapa replika buah kelapa kat sini dan tidak buah kelubi ke..sengkuang ke...sebab jawapan yang korang dapat 'aku pun x tahu'!


 Kat pasar ni macam-macam ada...Bahan-bahan makanan seperti yang paling selalu aku nampak banyak di jual kat sini adalah kepak ayam. Baunya menusuk hidung tapi selama ni aku xde la pula teringin nak merasa pun. Macam-macam lagi lah di jual kat sini.


Bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur dan buah-buahan.Sayur memang murah sangat sebab aku beli singgit bleh makan seminggu tu. Ikan memang x yah cakap la...


Haaa....rumpai laut ni pun banyak dijual kat sini. Setakat hari ni aku x pernah lagi nak membeli dan merasa rumpai ni sebab x tahu camne nak masak dia. Insyaallah 1 hari nanti akan ku masak juga sebab rumpai ni banyak kasiatnya untuk kecantikan dan kesihatan.

Welcome to Kudat

5 comments:

Anonymous said...

salam....saya nak tanya berapa yer harga 1kg rumpai laut kering di kudat? yg dlm gambar tu gred maner satu.
harap akak dpt jawab soalan saya.

ItaComey said...

wslm..thanks kpd yg sudi tnya. stakat hari ni sya x jumpa lagi rumpai laut yg dijual kering kat kudat ni. kebanyakkan jumpa yg fresh jer...tp klau kt semporna byk sbb situ tmpat trnak dia. Bleh contact pemilik blog ni http://seaweed-grandline.blogspot.com

juli syazwani said...
This comment has been removed by a blog administrator.
juli syazwani said...

Sorry tumpang eh....
sesiapa yang berminat untuk membeli rumpai laut secara borong atau pun kuantiti yang sedikit boleh email saya wani_rethmarz@yahoo.com...or cal 010-2489850 (wani)....fb : wani rethmarz...tq

Ita Comey said...

To:Juli Syazwani
Boleh je tumpang iklan kat blig saya ni..at least dpt tau kt mn bleh dptkn stok rumpai laut ni..thanks jenguk blog saya ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...