Kalendar Dcomey

Tuesday, July 17, 2012

Kari Daging Payau

Hari-hari menu payau ya! Maklum lah stok masih banyak jadi hari-hari susun menu ja nak masak apa dengan payau ni. Semalam dah buat sup so...hari ni sebelum en somi keluar rumah mencari rezeki awal-awal lagi dia dah kasi menu. Nak makan kari payau pula hari ni.

Okey...menurut perintah!

Kata somi, saya kena makan payau banyak-banyak sebab nak bagi darah naik. Ya lah...2-3 hari ni asyik nak pitam jer saya. Saya ni pesakit darah rendah yang melampau. Tapi somi tak boleh makan payau banyak-banayk pula sebab dia darah tinggi..heheh

Buat lebih-lebih sikit kari ni...petang boleh la cicah dengan roti plak

KARI DAGING PAYAU

Bahan - bahan : (Hidangan - 2 mangkuk)
1 Genggam daging payau - potong kecil-kecil
2 biji ubi kentang
1 pek serbuk kari daging ADABI
3 camca besar cili kisar
1 camca kecil asam jawa
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang cili hidup
Sedikit garam
Sedikit perisa

Bahan tumisan :
3 biji bawang putih - di tumbuk
3 biji bawang merah - di tumbuk
1 inci halia - di tumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang

Buat begini :
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis kulit kayu manis + buah pelaga + bunga lawang + bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
  • Campurkan serbuk kari + cili kisar + asam jawa + sedikit santan cair hingga menjadi pes
  • Masukkan pes rempah ke dalam bahan yang ditumis dan direnehkan sekejap dengan api perlahan hingga pecah minyak
  • Kemudian masukkan daging payau ke dalam rempah dan di tambah sedikit santan cair. Renehkan daging dalam rempah hingga daging empuk.
  • Masukkan ubi kentang dan lebihan santan cair. Masak hingga kentang empuk
  • Setelah kentang empuk, masukkan santan pekat + garam + perasa + cili hidup. Masak hingga mendidih dan sedia untuk di hidangkan
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...