PENGUMUMAN

PERPINDAHAN LOKASI LAGI!


Atas URUSAN RASMI KERAJAAN, sekali lagi Dcomey berpindah lokasi dari Kuching, Sarawak ke Kudat, Sabah. Tempahan di lokasi baru akan dibuka sehingga di beritahu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian :

ITA : 017-4164 951

Harap Maaf!

FUNGKURFM best!

Kalendar BIZI Dcomey

Sunday, May 27, 2012

Jenis tepung

Petang-petang hari dalam cuaca panas-panas melekit ni...rajin plak aku berjalan sambil nyanyi-nyanyi jenguk blog kawan-kawan. Rajin kawan-kawan blogger aku ni hapdet blog. Tak macam aku ni ha..byk dh entry tertunggak bersusun jer menunggu giliran.

Ok hari ni jari jemariku berjalan ayu ke blog Kak Wan . Tokey besar ni! Jalan punya jalan terjumpa pula entry Kak Wan yang boleh menampah ilmu buat aku yang cetek ni..Ilmu mengenali tepung...hahaha

Ok jom kita tambah ilmu bersama-sama

Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya
*Semua gambar ku ambil dari google


Ada pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut atau roti.  Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak di gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.



Tepung High Protein (Tepung Roti)

Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut


Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)

Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.


Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)

Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)

Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut


Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap lili, cap kunci dan cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.


Tepung Hongkong (Waterlily Flour)


Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih


Tepung Hoen Kwee

Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding.


Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu.  Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.  


Sekian, Terima Kasih

My style KARI KEPALA IKAN

Alhamdulillah sejak tinggal kat bumi Kudat ni rezki makanan laut yang segar-bugar memang melimpah ruah.

 Alhamdulillah syukur atas rezeki yang KAU limpahkan pada kami.

Awal-awal hubby dah gitau kepala ikan ni nak di masak kari. Tahu dah...memang kari kepala ikan ni peberet kami pun. Kalau dok kat Kuching dulu ada juga si kaki kari kepala ikan ni - Cik Man + Fiza. Semuanya tinggal kenangan yang indah jer sbb masing-masing dh posting tempat jauh-jauh.
 
 Tapi tiap kali masak kari kepala ikan mesti tringat kat depa... 
:(

Jom buat kari caraku dengan tunjuk ajar ilmu dari ibuku + ibu mertua ku...
 
KARI KEPALA IKAN
Bahan-bahan :
Kepala ikan (potong ikut muat saiz periuk anda)

Bahan tumis :
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 Tangkai daun kari
1/2 camca kecil herba campur siap
1/2 camca kecil biji ketumbar
1/2 camca kecil jintan manis
1/2 camca kecil jintan puih

Bahan kisar :
1/2 camca kecil biji ketumbar (goreng kering)
1/2 camca kecil jintan manis (goreng kering)
1/2 camca kecil jintan putih (goreng kering)
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah

1 peket rempah kari ikan Baba's (Jenama ni je yang aku rasa best)
3 camca besar cili kisar
1 camca asam jawa
*Bahan kisar dicampur sekali dengan rempah, cili, asam jawa dengan sedikit santan - jadikan pes

1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 Biji tomato - potong 4
2 Biji cili hijau / merah
5 Biji bendi - aku x letak kali ni sebab xde stok
Sedikit garam
Sedikit perasa

Buat camni :
- Panaskan minyak
- Tumis bahan tumisan sampai naik bau
- Masukkan rempah yang siap dicampur. Perlahankan api dapur dan tudung periuk tu (Ni petua my mom untuk cepat proses pecah minyak)
- Masukkan kepala dan gaul sebati
-Tutup lagi tudung periuk dan biarkan sekejap (dalam 5 minit camtu)
- Masukkan santan cair dan biar mendidih dengan api yang kuat
- Masukkan tomato / bendi
- Masukkan garam, perasa, santan pekat dan cili hijau.
- Biar mendidih lagi kemudian boleh la hidang dengan nasi panas-panas
 
Memang terangkat la! Pastu bila buat kari ni x kira la ikan ke...ayam ke...daging ke...mesti aku akan buat kuah byk2 sebab sok 'peqangat' a.k.a panaskan balik lebih sedap. Nak plak cicah dengan roti...perghhh!

Saturday, May 26, 2012

Rumahku syurgaku

Alhamdulillah...cerah bumi ALLAH di Kudat ni. Gelora sekali-sekala tu biasa la. Hari ni dah hampir 2 bulan sudah aku menetap bersama suami di bumi Kudat ni. Pahit manis...susah senang...suka duka...alhamdulillah dapat kami harungi bersama.

Kediaman kami yang biasa-biasa jer tapi syukur alhamdulillah ada tempat berteduh dan berkasih sayang
 Yg atas tu ber'curtain' kuning tu umah kami...kat bawah tu org lain yg sewa ya! 
Kat sini banyak rumah yang cenggini. Atas atau bawah disewa oleh orang lain-lain sebab rumah sewa kat sini agak mahal klau nak di bandingkan dengan taraf hidupnya. Untuk sebuah rumah macam rumah teres kos rendah jer pun dah RM700 tu...So buat kami yang hidup sederhana ni dah cukup bersyukur dah rumah camni.

 1. Belakang rumah
2. Depan rumah - Yang besar tu lah rumah tuan umah sewa ni
3. Jiran dengan hal masing-masing
4. Jalan masuk ke rumah kami...Kat sini kena pasang ASTRO baru ada siaran nak tengok. Klau xde ASTRO ko tengok jer la TV1 & TV2 jer...

 Simple-simple jer bagi kami perantau yang baru mengenali alam rumahtangga

 Old-skull

 Rezeki makanan laut segar kat sini sentiasa ada x pernah putus-putus. Alhamdulillah syukur...

Cuaca sini klau panas memang panas sangat-sangat dah cam sauna tp xdenya aku nk kurus pun. Kalau sejuk...sampai ke tulang sum-sum sejuknya.Heheh...

Tuesday, May 22, 2012

Donut Mak Lang Som


Salah satu kuih kegemaran hubby adalah DONUT. 
Rasanya kali terakhir aku buat donut masa lepas abis SPM tahun 1998 dulu. Dah banyak tahun tu...Sebelum berhijrah ke Kudat ni, aku dah mik resepi dari mak sedaraku - Mak Lang Som. Dia ni dulu memang pakar la buat donut ni sbb dia buat meniaga. Tapi selepas pencen dari jadi tokey kuih ni dah x dapat makan lagi dah donut dia buat and now dia jadi tokey jahit plak.
Donut coklat  ni kesukaan hubby..mula2 dia ngap je dh ckp "syg, sedap! abg suka! suka!"...muah ku dapat ciuman trima kasih free-free jer.

Versi Old-skull...letak gula jer

Ni versi repeat donut semalam ke pagi ni...dah goreng siap-siap dah semalam so pagi ni bangun panaskan dan letak topping choc untuk breakfast hubby sebelum dia pegi keja.
Owhhh...bahagianya hubby dapat wife cam aku ni haaa!

Jom buat sendiri...
Dari resepi asal yg diberi agak byk kuantiti bahannya...sini aku ubah jadi separuh bahagian jer ok!

DONUT LANG SOM

Bahan-bahan :
500gm tepung gandum
1/2 peket yis segera
1 1/2 camca besar planta
1 camca besar gula / susu pekat (aku guna susu pekat)
Secubit garam
Sedikit air suam (dalam anggaran 1 cawan)

Buat camni :
- Larutkan garam dan gula/susu pekat dalam air suam dan ketepikan
- Campurkan tepung, planta dan yis. Gaul rata
- Tuang larutan tadi ke dalam adunan tepung sikit-sikit sambil di uli hingga menjadi doh dan x lekat di tangan
- Bulatkan doh dan rehatkan doh selama lebih kurang 15minit dengan ditutup bekas doh dgn cyling film

Nota conteng utk kamu :
Kalau korang pegi hotel mesti pihak hotel sediakan plastik penutup rambut kn?! so korang mik plastik tu guna untuk tutup doh TAPI pastikan plastik yg belum diguna laaa - aku buat camtu la! 

- Tumbuk-tumbuk doh yg dah naik tu untuk keluarkan angin
- Doh dicanai agak-agak 1/2 inci kemudian terapkan dengan acuan donut


Dapat la 14 biji yang comel-comel

- Biarkan donut yang siap diterap selama 1/2 jam kemudian goreng dengan api sederhana




Dalam proses pengembangan

- Dah siap goreng boleh lah digolek dalam gula halus atau celup coklat






Masih panas-panas lagi. Sedap wehh!



Monday, May 21, 2012

1 Malaysia dah...

Xde mood nak terus menulis entry2 yang tertunggak dan basi. Nanti-nanti ada kerajinan sikit aku teruskan usaha aku untuk abiskan entry2 yang terperap tu yea.

Hari ni nak cite kisah 1 Malaysia..Kau macam dah xde cite nk buat ye??
Alaaa...sesaja je nk post sejauh mana dah ku jejak kaki ni...

Sedar x sedar dah abis 1 Malaysia dah ku jelajah...Haruslah!

Ok mai nak check-list secara ringkas :

Perlis
aku dok UITM dulu + p Wang Kelian + p Gua Kelam 
 Masih muda remaja masa kat UITM ni

 Kedah 
ofcos la tempat kelahiranku

 Lepak Pantai Murni dgn my lil sis pas buat i/c dia

Pulau Pinang 
9 tahun lebih aku keja kt sini

 
 Umah sewa ku 1 masa dulu sewaktu masih bergelar 'Cik'

Perak 
pi zoo Tepeng + p mlawat kastemer dulu2 + p kenduri + p Bukit Merah

 Masa pegi kenduri anak sedara Mak Tam kat Kuala Kangsar

Kelantan 
adik aku dok sana dulu

Terengganu
ikut rombongan skolah menengah dulu

Selangor
Melawat sedara mara 

Wilayah Persekutuan 
p abiskan duit banyak kt sini

Negeri Sembilan
p Nilai cari barang2 hantaran + p umah sedara hubby

Pahang
p Cameron Highlands + Genting Highlands + Fraser Hills
Time pegi bercuti Genting dgn mak & adik-adik

Melaka
adikku study nurse kat sana + adik iparku pun org sana

 Masa gi mik barang-barang my sis kt Kolej Jururawat Melaka

Johor
Melawat sedara mara

Sarawak
stay dengan somi tercinta 4 bulan kat Kuching


 simbol tengah-tengah bandar Kuching

Sabah
stay dengan somi tercinta sejak 29 Mac 2012 sampai skrg di Kudat

Hip! Hip! Horey kat Simpang Tg Mengayau

Kau ada??

Sunday, May 20, 2012

Puteri Ayu

Cerita dari Kuching ku bawa ke Kudat. Teringat kenangan bersama kawan-kawan kat Kuching dulu. Aku suka masak-memasak ni dan ada kawan-kawan yang rajin nolong.

Ok ni cite my 1st time buat puteri ayu. My fren Nadia la yang ajak buatkan..so godek-godek la kami ni buat.

Owhhh...ayunya puteri kami
 
Jom buat sendiri...

PUTERI AYU
Resepi asal diberi kepada ku oleh Nurul Nadia dan acuan tu ku pinjam dari Noor Hafizah Abd Jamil...tq ya uols!
 
Bahan-bahan :
5 biji telur (saiz kecil)
250 gm tepung gandum
300 gm gula
2 camca teh ovellete
1 camca teh baking powder
250 ml santan
2 camca teh paste pandan
Pewarna hijau
Kelapa parut putih - Gaul dengan sedikit garam dan tepung ubi

Buat camni ya :
- Panaskan air kukusan
- Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang
- Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau sebati
- Sapu minyak pada acuan
- Masukkan kelapa dalam acuan dan tekan-tekan bagi padat
- Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan
- Kukus selama 5 minit

 Adunan yang dah siap nak tuang dalam acuan

 Kelapa parut ambil yang putih je tau..Yang kami ni ada itam-itam sikit sbb xde stok yang putih.
Kelapa parut tu lenyek-lenyek dengan padat dalam acuan baru tuang adunan.

Memang lembut dan gebu!

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Setiap minggu ke-2 dalam bulan mesti ramai yang sambut hari ibu. Hari ini korang semua mesti sambut hari ibu kan??
Aku?? Okey sebelum-sebelum ni sejak aku mengenali sambutan hari ibu aku pun tiap-tiap tahun mesti sambt hari ibu. Kurang-kurang pun mesti ada juga sebijik kek untuk mak aku.

Tapi tahun ni xde sambutan atau ucapan hari ibu untuk my mom ya! 
What? Nape?

 Kek untuk my mom pada tahun 2010

Bukan aku tak ingat hari ni hari ibu tapi aku baru tersedar sejak 2-3 hari ni terbaca dari wall facebook dan blog si InaAchik tentang sambutan hari ibu ni sebenarnya x boleh. Ce baca ni hukum-sambut-mothers-day.

So lepas ni memang dah xde sambutan hari ibu lah sejak aku mengetahui semua ni. Bagi aku hari ibu buat my mom adalah pada hari pertama aku dilahirkan di muka bumi ni dan setiap hari adalah hari ibuku.

  Mak...engkaulah ratu hatiku

Sayang mak sampai akhir hayat. muahhh