Kalendar Dcomey

Monday, July 16, 2012

Payau??

Salam pagi buat semua kawan-kawan saya yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih banyak-banyak buat korang ya!
Hari ni nak cite pasal rezeki kami semalam. Rezeki payau...tau ke apa tu payau? 

Kalau di semenanjung payau ni membawa maksud kepada salah satu rasa.
Contoh ayat :
"Eeeiii...ayaq telaga ni rasa PAYAU lah!"

Tapi kalau di Sabah payau bermaksud pelanduk / rusa.
Contoh ayat : 
(Sumber dari SINI)
"Tumbin : Katung, apa sarita kemarin kamurang menimbak PAYAU di utan? Dapat la kunu?
Katung : Dapat apa, kana bubut babi utan adalah..jara sa ikut dadi sa suda..sial itu babi utan...punya laju.."


Waahh...dah belajar bahasa sabahan ba!

Ni kali pertama saya makan payau. Alhamdulillah...semalam kawan somi pegi memburu so dapat lah payau dan di sedekah-sedekah kan lah kepada kawan-kawan. Terima kasih kepada kawan somi tu...moga melimpah rezeki dia. Kalau dia tak kasi...rasanya ntah bila lah saya nak merasa daging payau ni. Pasni dah tak ngidam lagi dah...

Dapat sebelah rusuk payau

 Setelah di lapah-lapah maka dapat lah sebesen isi payau. Cukup banyak tu untuk beberapa hidangan kami berdua

Dari awal lagi memang dah nampak dah menu pertama yang nak di buat dengan tulang rusuk payau ni...

Buat sup lah!

Masa tengah siang isi-isi payau ni...ingatan terbang balik kampung kejap! Teringat pada ayah kat kampung. Dia suka makan sup rusa ni. Kalau dia keluar ke pekan..mesti dia akan pegi makan sup rusa ni tapi katanya sekarang kedai yang jual sup rusa ni dah tutup. 
Cepat-cepat mik enpon dan col dia kejap...Ilang rindu kat dia.

Jom try resepi saya yang tak seberapa ni..

SUP PAYAU / RUSA

Bahan-bahan:
Tulang dan isi daging rusa
Air
Sup bunjut ADABI
Lobak merah
Ubi kentang
Bawang besar
Kiub pati ayam
Garam
Daun sup


Bahan tumis :
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bawang merah - di tumbuk
Bawang putih - di tumbuk

Buat begini :
  • Masak air hingga mendidih. Masukkan tulang dan daging rusa. Masak hingga empuk
  • Tumiskan bahan-bahan tumisan dengan sedikit minyak di dalam kuali lain hingga naik bau. Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk daging rebus tadi
  • Masukkan sup bunjut Adabi dan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk.
  • Masukkan bawang besar, lobak merah, kiub pati ayam dan garam secukupnya
  • Biar hingga mendidih dan tabur daun sup semasa menghidang


SELAMAT MENCUBA! 


1 comment:

Insan Biasa said...

Sedap jugak buat masak kicap payau ni... miss really Sabah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...