Salam hari jumaat semua!
Hari ni saya nak bawa mata dan tekak melawat dan mengimbau kenangan ke Kuching sekejap.
Nak bawa ke mana?
Bawa makan nasi ayam penyet.
Terliur tak?
Pertama kali makan nasi ayam penyet ni masa mula-mula pegi bercuti ke Kuching. Sedap sampai teringat-ingat bila balik bercuti tu. Masa tu belum jadi puan lagi. Lepas tu bila dah kahwin dan mengikut somi menetap di Kuching maka nasi ayam penyet ni lah selalu menjadi pilihan tekak bila makan kat luar.
Adik-beradik yang tak berapa lengkap.
Teringat lagi masa di Kuching dulu...kalau mengidam nasi ayam penyet ni tengah-tengah malam pun jadi kerja antara saya + somi + Fiza + Che Man. Selalu tempat yang menjadi sasaran adalah kat Cafe Bunda lah. Tapi kalau saya berdua dengan somi jer, kitorang selalu makan kat Sate Cako belakang dengan Cafe Bunda sebab kat situ sambal cilinya tak pedas sangat.
Bila dah menetap kat Kudat ni memang banyak makanan yang suatu masa dulu menjadi kegilaan tekak ni...takde! Kalau dah teringin sangat-sangat kena lah gigih membuat sendiri.
Pagi-pagi lagi dah usulkan kepada somi menu nasi ayam penyet hari ni. Dia kasi green light...so apa lagi, cukup suka lah hati ni...
Pagi-pagi dah selongkar dapur MYR tu cari resepi.
Reaksi en somi bila makan...SEDAP! Alhamdulillah...
NASI AYAM PENYET
Sumber : blogresipi@myresipi.com
Untuk Ayam
- 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup) *Air rebusan ni juga saya gunakan untuk memasak nasi
2 ketul jer untuk kami berdua
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang Putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Sedikit minyak masak
- 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih
- satu btg kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- sedikit butter
- garam
- kiub pati ayam/daging*saya tak letak
- 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara :
Untuk Ayam Penyet
Ayam dah siap dipenyet oleh en somi
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. *Saya hanya perap selam 2 jam tapi ayam perlu dicucuk-cucuk sedikit dengan garfu supaya lebih cepat menyerap.
saya perap dalam peti ais
- Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu. *tak buat
- Setelah perap, golek-golekkan pada tepung beras.*saya tak cadangkan salut tepung beras sebelum goreng sebab rasanya macam pahit sedikit.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
- Saya ketuk sedikit ayam yang siap digoreng hingga terpenyet...baru lah jadi ayam penyet
Membayangkan diri ini seorang chef dengan dekorasi di dalam tomato.
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata. *saya guna gula putih jer
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Saya buat sup kaki ayam
- Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. *saya tambahkan halia
- Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Memang lembut nasinya
- Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging.*saya tak letak pun! Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
- Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment