Mencari idea untuk kudapan di petang hari maka terlintas lah nak buat kuih siput. Dulu pernah buat sekali masa nak beraya kat Kuching tahun lepas. Masa tu kawan saya Nadia lah nak buat sangat untuk juadah raya dia so saya menolong jer.
Malas nak buka mana-mana resepi pastu mula lah mereka-reka sendiri. Agak-agak jadi lah kot..
Dapat lah sebekas sekali hadap!
Jom tengok resepi simple kuih siput saya
KUIH SIPUT
Bahan yang diperlukan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar marjerin - di cairkan
1 genggam udang kering - kisar
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Sedikit daun kari
Buat camni :
- Satukan semua bahan (kecuali minyak + daun kari)
- Gaul bahan tersebut dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kenyal dan tidak melekat di tangan
- Cubit sedikit doh dan gentel bulat-bulat kecil. Selepas tu lenyek atas acuan kuih siput hingga menjadi seakan-akan kulit siput. Ikut kepakaran masing-masing lah dalam menggentel ni. Boleh jadi yang di gentel tu menjadi siput bulan, siput sedut atau berjenis-jenis siput (+_+) *sorry to say lah...akak kalau bab gentel siput ni memang sambil mata layan tv jer tapi hasil siputnya....Ya Rabbi...pelbagai jenis la rupa x menjadinya! Hahaha -
- Panaskan minyak dan goreng lah kuih siput tadi dgn api sederhana. Jangan terlalu kuat api tu supaya kuih siput masak di dalamnya & ranggup.
- Bila dah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yg telah dilurut daunnya.
- Bila sudah garing dan masak, angkat dan tos kan.
- Dah boleh kunyah-kunyah depan tv sambil melayan CSI dengan en somi. (+_+)
No comments:
Post a Comment