Tambah hari lagi....hmmm
Info dari hubby smlm katanya terpaksa bertugas dalam pulau paling panjang pun tempohnya sampai hari sabtu ni jer. Tapi yang terbaru plak katanya sampai ahad pula...lama tu nak tunggu hari ahad. Makin kerinduan lah si isteri ini...
Esok baru hubby masuk Pulau Jogaton (Tak tahu lah ejaannya camne).
Sejak semalam dia masih lagi di Pulau Banggi.
Sepanjang dia kat Pulau Banggi tu...si isteri ni memang bermotif lah. Minta en somi mencari makanan yang best-best kat sana. Mana lah tahu kan...ada rezeki boleh lah nanti si isteri membodek laki sendiri pergi mancari angin ke pulau tu pula kan. Bagi mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri...
Petang tadi hubby col gitau dia makan sejenis kuih namanya PUTU. Bukan putu mayong...bukan putu piring dan bukan juga putu buluh. Katanya kuih ni di makan dengan ikan bakar. Kena setongkol pun dah kenyang. Hubby suruh lah ku tanya uncle google untuk tau camne rupa si putu ni...
Godek punya godek jumpa lah satu gambar putu ni kat SINI. Kata si pemilik website tersebut, putu ni makanan tradisional orang Bajau dari sebelah Pantai Timur.
Makanan ruji orang Bajau zaman dulu-dulu. Di makan secara combo dengan
kinilaw/hinava, kima atau yang sewaktu dengannya. Makan time
panas-panas, baru tau aroma sama taste kluar.
Tapi masih mencari lagi gambar kuih ni dan mendapat hasil carian di SINI pula. Info dari blog ni ku rasa lebih tepat kepada yang di gambar hubby sebab gambarnya menceritakan di makan bersama ikan bakar dan dari suku kaum Suluk.
Putu adalah makanan yang dibuat daripada ubi kayu. Sejarahnya, semasa
zaman Jepun, beras menjadi sukar diperolehi, maka ubi kayu telah
diproses menjadi makanan ruji dan dinamakan putu. ia disebut piutu.
Walaupun saya katakan ia makanan tradisi kaum Suluk, ia juga popular di
kalangan kaum Bajau, khususnya Bajau Semporna. Pada masakini, putu sudah
menjadi makanan tradisional yang dikaitkan dengan Sabah. Ia hanya ada
di Sabah.
Moga-moga dengan hasil carianku ini dah boleh agak dah camne rupa kuih ni. Hubby cakap ada rezeki nanti sebelum dia balik dari pulau dia akan belikan sedikit untuk si isteri. Dah tahu rasa camne si kuih putu ni nanti...aku story kan ok!
3 comments:
putu ni bukan la sejenis kuih kerana ianya bukan makanan ringan malahan ianya lebih berat dari nasi..ianya mmg makanan tradisi suku kaum bajau&suluk di sabah..mereka lebih memakannya dgn ikan bakar,hinava(isi ikan yg di perap dgn limau nipis)kima (sejenis oyster)dan berulamkan rumpai laut...sedap atau tidak putu tu bergantung qualiti ubi kayu parut itu sendiri...tapi kalaU kena cara masak dan penyediaannya memang terangkat BEBBB..mertua lalu tak perasan...huhuhu
putu ni bukan la sejenis kuih..ianya makanan berat seperti nasi malahan makan sikit jer dah kenyang.....wahhh sebut hinava & kima...tau apa tu kima??????...huhuuhu
To:Zarin Din
Thanks 4 d info. Saya pun tak berapa kenal sangat lagi dengan makanan org2 sabah ni. Maklum lah baru berhijrah ke tempat org. Masih dlm belajar mengenali lagi..nway thanks ya!
Post a Comment