Kalendar Dcomey

Saturday, July 7, 2012

Aiskrim Sunquick

Cuaca petang kat bumi Kudat hari ni agak panas-kering. Kiranya tahap dahaga saya hari ni meningkat la juga. Kejap-kejap ulang alik ke dapur minum air. Nak kata panas sangat xde lah juga...panas kerinduan pada en somi yang masuk pulau belum balik lagi tu ada lah...tu yang sebetulnya kan?!

Terasa nak buat aiskrim lah petang-petang sunyi camni. Sok lusa kalau somi tercinta balik boleh nyamankan tekak dia dengan aiskrim si isteri yang comel ni buat. Cuma berharap selera kerakusan si isteri pada aiskrim takkan melampau sangat lah yang boleh mengakibatkan somi gigit jari jer tengok gambar-gambar aiskrim yang dah habis.

Marblenya bagai...

Percubaan pertama buat asikrim ni masa dok kat Kuching dulu. So kali ni nak buat guna resepi yang sama juga cuma bezanya derhaka mengikut tekak sendiri. Kalau nak ikut resepi asal boleh tengok kat SINI ok.

Buat adunan sikit jer...boleh la 7 bekas comel-comel cenggini.

Kembali dalam sambungan keesokan....
Taraaaa!!! Selepas pembekuan semalaman maka siap lah my eskrim sunquick comel2 ni...kau ado?? Awal2 pagi lagi saya dh bfast 2 mangkuk eskrim ni..hahahah

Marble yang sungguh mengoda tekak

Dah hadap separuh jalan dah baru tringat nak mik gambar bagi korang terliur lagi...ngeh! ngeh! ngeh!

Tapi kalau nak try buat dengan resepi yang saya ubah sikit ni boleh ambil kat bawah ya!

AISKRIM SUNQUICK
Di olah Oleh : ItaComey@http://dcomey.blogspot.com
Bahan-bahan :
1/2 tin susu pekat
1 tin air sejuk dari peti ais (sukat guna tin susu tadi)
2 sudu makan ovallet
1 sudu teh pati oren sunquick
Pewarna pilihan

Cara buatnya :

  • Satukan semua bahan ke dalam pengisar (blender) KECUALI pewarna. Kisar sampai kembang - dalam 10 minit
  • Tuang adunan dalam beberapa biji mangkuk dan masukkan pewarna - sebatikan
  • Cedukkan adunan selang seli ke dalam bekas
  • Sejuk-bekukan di dalam peti ais sehingga beku (lebih kurang 3 jam)
  • Siap
Sedap sungguh dengan rasa oren sunquicknya!
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...