Kalendar Dcomey

Wednesday, June 27, 2012

Rezeki lagi...

Syukur padamu ALLAH yang melimpahkan rezeki kepada hambaMU ini.
Sejak menetap kat Kudat ni memang rezeki hasil laut selalu ja ada buat kami.

Memang tak perlu bersusah-susah nak pegi laut tangkap dah. Ni rezeki kawan hubby kasi...stok 2 minggu untuk kami berdua ni! Alhamdulillah...

Seperti setiap minggu lah...hari selasa adalah hari yang ku tunggu untuk pegi pasar tamu. Ni lah masanya untuk ku beli sayur-sayur yang segar dan yang paling penting murah beb!
Agak-agak korang lah kan...untuk semua sayur ni berapa RM yang ku blanjakn??
Hmmm...x boleh nak teka ya? Hanya RM 14.00 saja...owhhh sungguh murah!

Alahhh!!! mesti ada hati-hati sumbang korang yang katakan "setakat sayur-sayur murah pun nk kepoh kn?"...xpa...biar sayur-sayur kampung yang murah jer asalkan dapat mengenyangkan perutku dan somi. Syukur alhamdulillah...

Selalunya aku akan menjadi pembeli bijak yang harus membeli sayuran pakej.

Pakej pertama dengan hanya RM 4.00 ku boleh dapat...
Se'jaras' tomato

1 pek cili merah

1 pek saiz 'L' sawi manis

Pakej kedua dengan hanya RM 3.00 ku boleh dapat...
Kacang buncis kesukaan somi

Seketul brokoli giant

Yang tak termasuk pakej pula...
Sekampit cili padi bleh bt stok 3 minggu ni - RM 2.00

Limau kasturi bleh wat mandi - RM 2.00

Kesukaanku...en karot - RM 3.00

Murah tak? Bagi aku memang berbaloi lah dengan harga camni dan penuh kesegaran.
Alhamdulillah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...