Kalendar Dcomey

Friday, June 29, 2012

Dari Ketayap Polkadot Menjadi Conteng

Tajuk bersungguh-sungguh jer dengan polkadot..hahahah...Haruslah!
Ni kali pertama cik puan nak bikin ketayap ya...jangan gelak! jangan gelak! 

Dulu masa stay berbulan-bulan kat kg tercinta adalah nengok mak metua buat. Tapi harap tengok yang ujung-ujung jer sebab mukaddimahnya terlepas dek kerana sedapnya si menantu hantu ni tido di petang hari...
don't try this at your MIL house!
3 biji ketayap yang terakhir jer aku tolong buatkan...ya lahhh kang tak dapat makan plak ya!
(+_+)

Jangan tak tahu ya...mak metua ku memang orang yang rajin buat kuih-muih ni. Banyak juga lah yang dia ajarkan padaku. Tima kasih mak...muahh!!

Tapi kali ni aku nak buat ketayap versi moden-moden sikit. Resepi yang ada ni dah lama dah masam dalam simpanan...hasil selongkar kat dapur sis Ummi . Comel jer tengok ketayap polkadot yang dia buat tapi percubaanku untuk ketayap 1 hingga 3 buat dot-dot tak menarik cam ummi buat. Ubah buat conteng-conteng lah...
 Waaaa....berhati riang bila ketayap conteng kaler-maler ku ni jadi cam lukisan lilin masa zaman skolah dulu.
Rasa ketayap pula memang ku ubah sikit menjadi ketayap perasa oren.

Inti pun moden dan cepat juga ku buat. Buka tin kaya pastu paipkan ke dalam ketayap dan gulung. Senang jer kan?!

Okey tak nak cite panjang-panjang lagi...korang try lah buat ketayap ikut citarasa tekak ku ini ya...

KETAYAP POLKADOT VERSI CONTENG
Resepi asal : Kak Wan
Sumber :
CT Delima, Ummi @ Home Sweet Home  
Diolah semula : ItaComey @ dcomey.blogspot.com

Bahan-bahan KULIT / DADAR :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur - saya ikut Ummi letak 1 biji je
  • 2 helai daun pandan - saya tak guna
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan - saya guna susu cair
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau - saya guna pewarna kuning telur + merah + biru
  • 1 sudu besar majerin dicairkan
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
  • saya tambahkan 1 sudu besar jus pekat oren sunkist
Bahan-bahan INTI : Inti asal dari Kak Wan - Saya menggunakan inti kaya
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah 
  • sedikit air 
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung 
Cara-cara :
  1. Untuk INTI : Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk KULIT / DADAR : Satukan semua bahan kecuali pewarna dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (saya asingkan sedikit adunan dalam 2 bekas - lebih kurang 3 sudu setiap 1 bekas dan warnakan merah + biru. Adunan yang banyak saya warnakan dengan kuning telur)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. - saya layangkan sudu adunan merah + biru atas adunan dadar tadi hingga menjadi corak-corak
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. - angkat dan terbalikkan bahagian berconteng ke bawah
  6. Terus letakkan inti dan gulung. Cara gulung - lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
SELAMAT MENCUBA!!

4 comments:

mama aryan said...

salam..cumil2 je ketayapnyer

Unknown said...

wslm...malu trsipu-sipu dgn ketayap ntah apa2 jer rupanya...heheh

Unknown said...

uniknya ketayap ni,,

Unknown said...

TQ Nasuha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...