Kalendar Dcomey

Wednesday, July 11, 2012

Mengapa Sepi Tanpa Berita

Bila ku "karat" di pagi hari...

STEPS (1987)


Memori teralih sedetik pada kisah lama bila dengar lagu ni. 


Cinta monyet yang kau putuskan waktu itu kerana tiadanya kematangan antara kita. 
Kau pergi hilang entah kemana.... Setelah bertahun-tahun hanya ku terima voice sms dengan lirik lagu ni...

"Hatiku tertanya-tanya apa khabar kau disana
mengapa sepi tanpa berita
kirimkan lah berita mu walau sebaris ayat
buat penawar rindu ku

Masih kah kau ingat diriku disini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
kerana ku masih menyintai mu"

 Meraung-raung aku tatkala kau tinggalkan ku dulu...namun sikit pun kau tidak berpaling padaku lagi. 
Kejam nya kamu!


Alasanmu bodoh mu...
ingin kembali kepada kekasih hatimu yang pernah menduakan mu dulu. Aku terima dengan pasrah setiap perbuatanmu yang menyakitkan hati ku tika itu.

Sudah cukup sudah! 
Dah takde maknanya kembali mu dalam hidup ku lagi. Hatiku sudah tertutup rapat buatmu. Akhirnya dengan kecewamu yang merayu-rayu menagih cintaku yang tidak berbalas pada mu..kau kahwin juga terlebih dahulu dariku. 


Poyo jer kamu menunjuk-nunjuk dia padaku sebelum kalian HALAL...konon-konon nya aku jeles la tu. Takde maknanya beb! Hati ku dah keras macam batu dah padamu...

Moga kalian bahagia bersama hingga ke akhir hayat. 


:: Jangan jadi monyet yang bercinta sebelum matang usia ::

Tamat sudah kisah monyet
(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...