Kalendar Dcomey

Monday, July 23, 2012

Pasta Kari Rusa

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah dah 3 hari dah selesai menjalani ibadah puasa. Kesihatan pun dah makin baik dah. Dah kurang sikit dah rasa sakit-sakit kepala ni haa..Dah takde dah rasa-rasa nak pitam. Alhamdulillah...terima kasih Allah.

Hari ni awal-awal lagi tekak saya terasa nak makan mee kari. Teringat kesedapan mee kari yang makan kat Kota Kinabalu hari tu. Nak pegi merempit ke KK tu rasanya memang tak berdaya lah. Dekat 4 jam tu dari Kudat ke KK tu pun kalau nek keta, tapi kalau nek moto ntah berjam-jam mau putus pinggang ni haa! Tak kuasa mak! Hubby kata...sabarkan hati tu, nanti keta kita dah sampai dari Kuching kita pegi merayap ke seluruh pelusuk Sabah. Ya! Ya! Syg tengah sabarkan hati ni...

Kejadian 11 Ramadhan 1432H di Kuching, Sarawak - Keta hubby sondol lori tanah yg @S$%^& keluar simpang dengan tiba-tiba terus masuk lorong laju.

Jadi untuk menghilangkan rasa keinginan melampau pada mee kari KK tu, juadah berbuka hari ni buat mee kari lah. Tapi...mee takde kat rumah buat masa ni. Nak minta suami belikan kesian pula kat dia jadi saya mik keputusan buat pasta elbows kari tulang rusa je lah. Suami pun dah kasi green light dah untuk menu hari ni.

Ni percubaan pertama saya buat pasta kari okey!

 Nampak tak pasta elbows tu?

Kari tulang rusa

Awal-awal lagi saya dah roger mak a.k.a Chef Om kat kampung tanya camna nak wat mee kari. Tau mak cakap pe? ...Yang senang tu pun tak tahu ke? Yang masak susah2 reti plak..hahaha...Alaa mak, anak mak ni saja jer nak dengar suara mak sebenarnya..ngeee...ngeee

Pasta elbows kari tulang rusa + Ikan bilis goreng kicap + Nasi putih + Teh O Panas

Alhamdulillah...walaupun percubaan pertama buat pasta kari yang agak pedas bagi tekak saya ni tapi sejuk hati bila chenta hati cakap "sedap lah syg!"...owhhh rasa cam nk terbang jer..hehehe. Mestilah sedap cik abg, sebab saya buat dengan penuh kasih sayang hokey! Pastu siap tanya plak..bila masa saya keluar ke kedai beli bawang goreng?. Aishh...pernah ke cik abg tgk saya keluar rumah tanpa kamu? Bawang goreng pun saya buat sendiri ya...hahahah

Jom tengok resepi pasta kari yang tak cukup bahan-bahan dari saya ni

PASTA ELBOW KARI TULANG RUSA
Resepi : Chef Om a.k.a Mak saya

Bahan-bahan :
Pasta elbow - Di rebus dan di celur (Kalau tak nak pasta boleh jer gantikan dengan mee)


KUAH
Tulang rusa + sedikit daging rusa - rebus hingga empuk
Sotong - rebus sekejap

Bahan kisar :
5 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit halia
5-6 biji cili kering - di rebus sedikit
Segenggam udang kering - di rendam hingga kembang

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 peket rempah kari daging - tambah sedikit santan untuk jadikan pes
2 batang serai - di titik
1 cawan santan
2 keping asam gelugur
2 biji ubi kentang - potong dadu 
Sedikit daun kari
Sedikit garam
Sedikit perisa
Sedikit minyak 

HIASAN 
Bawang goreng
Cili merah
Limau nipis
Sotong rebus

Cara buat :
  • Tulang + daging + sotong rebus di toskan airnya. Simpan air rebusan untuk kuah
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bahan kisar + rempah kari + serai dan daun kari. Masak hingga pecah minyak dengan api perlahan
  • Masukkan tulang + daging + ubi kentang dan masak hingga ubi empuk
  • Masukkan air rebusan daging + sotong + asam gelugur dan masak hingga mendidih
  • Kemudian masukkan santan + garam + perisa dan biarkan mendidih lagi
  • Siap dihidangkan dengan pasta dan bahan hiasan

Ni nak kongsi resepi buat bawang goreng pula. Selalu bila beli bawang goreng, saya tengok kat plastik bahan-bahan nak buat dia. So hari ni saya cuba buat sendiri berdasarkan dari bahan-bahan yang pengeluar tempek kat plastik...


BAWANG GORENG
Sumber bahan : Plastik bawang

Bahan-bahan :
Bawang merah - di hiris nipis-nipis
Tepung jagung
Garam
Minyak

Cara Buat :
  • Bawang yang siap di hiris di gaulkan dengan tepung jagung dan garam. Gaul hingga tepung dan garam melekat di bawang sahaja. Tak perlu banyak-banyak!
  • Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang tadi
  • Goreng hingga bawang keperangan dan toskan
  • Biar hingga sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara
LEBIH SEDAP BUAT SENDIRI...SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...