Kalendar Dcomey

Monday, June 18, 2012

Dinner kasih sayang!

Opsss!!! Dengar tajuk cam melampau sudah..hehehe
Kasih sayang buat yang HALAL bagi saya dan en chenta hati adalah berkeWAJIBan ya! So buat korang-korang yang masih belum mendapat status halal tu elok-elok lah di halalkan dengan cara yang betul mengikut tuntutan ISLAM.

Pe cite yang cuba disampaikan malam-malam hari ni??

Owhhh...cite sup rupanya..
 Tapi ini sup bukan sebarang sup okey...ini sup bikin kegilaan ku sejak menetap kat Kudat ni. Asalnya berniat nak tempek gambar binatang ni tapi jadi kembang tekak la pula tengok rupa fizikal dia...yang ko hadap isi-isinya sampai menghirup mangkuk bleh plak!!

Sup BELUT
 Giler la aku bila dapat mkan ni. Bukannya apa...dulu sblm kawin mmg tekak ku x boleh terima la menatang alah ni. Harap ngadap kat sushi jer tu pun dia dh goreng dan xde rupa dh. Tapi ternyata bila lepas kawin ni hormon tekak pun bertukar menjadi makanan esotik dah si belut ni.

Hadapnya sedap tapi tekak yang berselera ini juga tahu memilih di dalam kenikmatan tu. Kalau kena belut yang masih fresh memang akan meloyakan tekak ku sebab terasa sangat kebelutannya itu so aku pasti akan minta sup belut yang dah x fresh lagi - maksudnya belut yang dah disejukbeku kn..tu lah rahsia untukku santap belut ni. Apalahhh...orang sibuk cari ikan fresh tapi ko nk yang dh mati sejuk!
Tapi kalau terkena juga yang fresh...merajuk lah tekak ni berminggu-minggu dari hadap juadah tu.

Makan-makan juga...kebaikan memakan belut ni nak kena kongsi dengan korang juga..Ni serba sedikit khasiatnya hasil dari selongkar kt almari en google tu! 

Kaya dengan fosfor - Fungsi utama fosfor adalah sebagai pemberi energi dan kekuatan pada metabolisme lemak dan karbohidrat, sebagai penunjang kesehatan gigi dan gusi, untuk sintesis DNA serta penyerapan dan pemakaian kalsium. Kebutuhan fosfor bagi ibu hamil tentu lebih banyak dibandingkan saat-saat tidak mengandung, terutama untuk pembentukan tulang janinnya. Jika asupan fosfor kurang, janin akan mengambilnya dari sang ibu. Ini salah satu penyebab penyakit tulang keropos pada ibu. Kebutuhan fosfor akan terpenuhi apabila konsumsi protein juga diperhatikan. 

Melicinkan kulit
 Makanan stamina lelaki yang mampu meningkatkan tahap seksual
 Mampu menjaga daya tahan tubuh terutamanya pada saat musim panas
 Meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh 
Mengurangi penyakit darah tinggi


Nak tahu banyak lagi sila tanya kepada en google dengan kata kuncinya - Khasiat belut!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...