Tuu diaaaa.....dengar nama pun dah ngeri kan so camne nak makan? Nama jer ngeri sebab ku ambil sempena rupa dia yang di gentel cam peluru tapi rasanya memang peluru meletup dalam mulut la beb!
(+_+)
Hidangan minum petang sebelum keluar dating dengan Chenta Hati ke Pantai Bak-Bak. Takde idea mau bikin apa petang-petang hari. Selesai jer solat asar terus timbul idea buat cucur peluru ni haa...
Chenta Hati dengan wajah peliknya menanyakan si isteri..."boleh makan ke cucuq ni?"...tahu lah pelik jer rupanya kan!
Apa punya soalan lah...kalau tak boleh makan awal-awal lagi dah frame kan dan gantung kat dinding..
Intinya isi ikan bilis kedekut sebab letak ikan bilis sikit-sikit jer..hahaha
Ok nak tau camne rasanya...jom buat sendiri!
CUCUR PELURU
Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
Secubit garam
1 sudu kecil yis kering
1/2 cawan air suam
Bahan Inti :
1 genggam ikan bilis - Goreng garing
2-3 batang sawi
2-3 biji cili padi - potong kecil
1 biji bawang besar - di mayang
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk lada hitam
Bahan untuk dikisar :
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang putih
Buat camni :
KULIT
- Larutkan yis dengan sedikit air suam hingga kembang
- Campurkan tepung + gula + garam + jintan manis + serbuk lada hitam + marjerin di dalam bekas dan di gaul sebati.
- Campurkan larutan yis kedalam adunan tepung dan uli hingga sebati
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di uli adunan hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
- Tutup doh dengan plastik. Biarkan doh selama 1/2 jam atau doh naik 2 kali ganda
- Selepas doh dah naik, tumbuk-tumbukan doh untuk keluarkan angin. Bulat doh menjadi kecil-kecil dan lenyekkan menjadi nipis.
- Masukkan inti ke dalam doh dan gentelkan menjadi bulat memanjang.
- Biarkan doh rehat sekejap kemudian boleh lah goreng dengan api sederhana.
- Tumis semua bahan yang dikisar
- Masukkan ikan bilis + garam + gula + bawang besar + sawi
- Siap!
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment