Kalendar Dcomey

Monday, January 18, 2016

Cherating, Pahang - Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah.....masih diberi nafas untuk merasai nikmat di tahun 2016. Moga tahun 2016 ni juga aku lebih rajin untuk menulis blog yang selalu tak update ni...heheheh. Azam awal tahun di setiap tahun camtu la bunyinya...pastu kelauuuuttttt!

16 Januari 2016

Adik sepupu ku - Mohd Razif (Anak Mak Njang adik kepada my ayah - panjangnya salasilah keluarga 😆😆) terpilih untuk lapor diri di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep).


Chaq (panggilan sepupu sepipit padaku) + Abg Chaq tumpang gembira... sebabnya tau nak masuk Instep ni bukannya senang dik ooii! Antara berpuluh ribu orang terpilih juga Mat Ajis...alhamdulillah.

Sebagai adik-beradik terdekat yang dok bumi Terengganu ni, dapat la peluang hantar Mat Ajis masuk Instep. Tahun lepas hantar adik sepupu juga - Hamizah (Anak Mak Tam juga adik kepada my ayah) masuk UMT. Alhamdulillah... Pandai-pandai adik Chaq.


Wakil ibubapa pun kena dengar taklimat juga untuk anak-anak yang dapat peluang belajar dalam Instep ni.

Rindu zaman dok belajar Uitm dulu bila masuk bilik kuliah depa ni. Hehehe...


Selesai dah dengar taklimat, ikut bas rombongan melawat Instep. Besar nya dalam kawasan Instep ni. Dah settle semua lepas Mat Ajis kena rekrut rambut, baru boleh lepas dia untuk mulakan hidup baru kat dalam ni.

Belajar rajin-rajin tau Mat Ajis. Setahun ja nak pulun pun...pastu ada rezeki nanti boleh jadi orang minyak yang gaji besar. Harapan Mak Njang + Pak Njang ni..Inshaallah Amin.

Vroommmm! Vvrrooommm! Jom kita teruskan perjalanan...

Cherating, Pahang.

Pembukaan tahun 2016 dengan cuti pendek kami di destinasi pilihan Incik Somi yang memang dah ada dalam list impian aku dah...

Seminggu sebelum tu dah gigih dah aku study pasal Cherating ni. Ambik mood honeymoon lagi la katakan. Mula-mula Incik Somi suh booking The Legend Hotel Resort kat Cherating tu, tapi bila aku review dari blogger...ada yang info kata tak berapa best sangat. Yang info kata bilik kotor la, receptionist tak mesra alam la dan yang paling membatalkan niat aku untuk book situ...depa kata seraammmm! Gulpp!

Pak Itam Inn Chalet, Cherating Pahang.
4°06'03.6"N 103°23'03.3"E

Bincang punya bincang, kata sepakat laki bini pun dah dicapai setelah banyak review suci murni tentang Pak Itam Inn Chalet... maka di situ lah menjadi pilihan hunnymadu kami kali ni.

Perjalanan 2 jam 37 minit sejauh 234km dengan bantuan maps...walaupun maps tunjuk lokasi tersasar skit, tapi call tanya baru dapat lokasi betulnya.


Senang cari kalau set di maps Hotel Lagend Resort, Kuantan....dan akhirnya sampai juga kami.


Pakcik kat reception dia pun sangat friendly dengan gurau senda dia tu. Cepat ja proses check-in. Siap habaq bilik dia dah on aircond siap-siap dah supaya kami sampai sejuk dah. Hehhe...

Tima kasih pakcik!


Sebab utama yang menarik hati nurani adalah bentuk chaletnya yang kena dengan selera mata.

Chalet bertuah kami....chalet No.9 yang mengadap laut. Buka pintu boleh dengar dah ombak laut memanggil-manggil.

Ni rupa paras dalam bilik kami..
Tv walaupun bukan Lcd tetapi ada astro juga. Perabot semua old fesyen tapi tak mengganggu bulanmadu kami pun. Tilam empuk elok ja walau cadar kusam tapi wangi...hehe.

Ada ruang yang cukup besar untuk solat dan kat sini pun disediakan telekung serta sejadah juga. Alhamdulillah...
Bilik air pun ok dan agak bersih. Air hujan dia pun laju tak semput-semput pun.

Aircond berfungsi dengan baik dan kalau tak mau sejuk aircond tu...kipas pun ada. Ada ubat nyamuk juga tapi malam kami tak pasang pun ubat nyamuk sebab takdak pun nyamuk datang bertandang. Cerek air ja failed sikit sebab macam agak berkarat...


Chalet depan kami yang di sewa oleh sekeluarga dari Kelantan kot sebab dengar bunyi depa bercakap macam belah sana. Pagi dan petang anak-anak kecil 3 orang balik dari mandi laut bersama ibunya.

Syoknya kalau bercuti kat sini bersama anak-anak...
Beranda chalet kami yang mengadap ke laut. Buka pintu ja dah dengar bunyi laut. Yang ni beranda di tepi...

Yang ni posing-posing kami di beranda depan pula...


Masing-masing posing depan beranda pun dah mik masa dekat 15 minit dah. Heheh....janji dapat kepuasan tu kan.


Tima kasih Incik Chenta Hati ku bawa mai hunnymadu tang Cherating ni...muaahhh! Jom rest dulu sementara nak tunggu Faizal & family kecilnya mai jumpa kita.

♡♡ ItaIzuwan_Love Story ♡♡


Thursday, October 8, 2015

Kek Marble Pandan

Assalamualaikum

Berhari-hari dah si tekak ni teringin nak makan. Hari-hari buka Facebook tengok gambar kek aje kekdahnya. Tak cukup di FB, rajin pula google gambar-gambar kek pandan yang tak kira dah dari versi camna pun janji ada pandannya.


Sampukkan dari pokok pandan yang merimbun bawa balik dari kampung hari tu la ni! Terendam dalam baldi ja 3 pokok pandan tu sebab nak biakkan akarnya dulu baru nak di tanam kat bawah pokok nangka belakang umah ni haa..

Macam-macam dah aku buat dengan daun pandan yang banyak tu...buat potpuri la, semburan dapur la, wangian halau tikus dan lipas la tapi masih banyak lagi.


Buat pati pandan juga...resepi pati pandan sila ambil di sini ya!


Bila sehari berkali-kali dok buka tutup peti ais tu dan dok nampak ja pati pandan tu maka lagi la keinginan tekak nak makan kek pandan memuncak-muncak tahap 'meqecik' ayaq lioq dah weh!

Kena kumpulkan kerajinan juga ni buat kek pandan untuk penuhi keinginan tekak ni. Dia punya tahap ngidam tu boleh kalah orang yang mengandung ooooo!


Godek-godek resepi kat Mr Google tu...terbekenan dengan hasil airtangan Cik Mat Gebu yang sangat femes itu. Sangat gebu dan mengiurkan tengok kek marble dia buat.

Terima kasih ya Cik Mat Gebu berkongsi resepi kek yang sedap, gebu dan lembut itu.

KEK MARBLE PANDAN
Sumber : Cik Mat Gebu

Bahan-bahannya:
4 biji telur (Gred A)
100 gm gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (aku ikut Cik Mat Gebu guna susu segar)
50 gm minyak jagung
1 camca teh pati pandan
1 camva teh serbuk koko
1/2 camca teh esen vanila
1 camca teh coklat emulco

Gaul sekali dan ayak:
100 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh baking powder

Cara membuatnya:

  1. Putar gula dan ovallet hingga rata. Masukkan telurdan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan bahulu) 
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuangkan minyak jagung dan pati santan / susu segar. Gaul hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (CMG buat 2 bahagian ja). Bahagian 1 - dicampurkan esen vanila dan di gaul rata. Bahagian 2 - dicampurkan serbuk koko dan coklat emulco dan gaul rata. Bahagian 3 - dicampurkan pati santan dan gaul rata.
  4. Sediakan loyang kek yang di sapu mentega dan di alaskan dengan kertas minyak di dasarnya. 
  5. Masukkan adunan dalam anggaran 3 camca besar ke dalam loyang di tengah-tengahnya  secara bertindih dan berselang seli warnanya. Buat sampai habis.
    Akhir sekali untuk menghasilkan corak, buat beberapa pusingan dengan menggunakan chop stick.
  6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180°c selama 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan kek sebelum di hidangkan.

Kek sangat lembut, moist dan sedap...alhamdulillah keinginan tekak dapat ditunaikan.

Friday, October 2, 2015

Jus Pati Pandan

Assalamualaikum

Hari tu balik kampung ambil banyak pokok pandan bawa balik Jerteh ni. Hajat mula tu nak buat benih nak tanam belakang rumah kami ni...maka rendam dulu dalam baldi supaya keluar akar baru nak tanam.

Sementara nak tunggu akar dia bertunas, segala daun-daunnya yang banyak tu aku buat pati pandan.


Buat sendiri senang nak guna bila-bila nanti tak payah nak beli dah. Lagipun bagus juga produk homemade ni sebab takda bahan pengawet, pewarna dan bahan-bahan terlarang kan. 

Alaaa...kali ni ja la buat, habis stok nanti dan kemalasan melanda maka beli juga. Kikiki...

Jom tengok cara nak buat pati pandan hasil dari carian ku ke blog Makcik Manggis.

JUS & PATI PANDAN
Sumber : Makcik Manggis

30 helai daun pandan
Air secukupnya
  • Bersihkan daun pandan dan potong sederhana kecil (agak-agak senang muat dalam blender)
  • Kisar daun pandan dengan air secukupnya sehingga halus dan tapis. Kisar beberapa kali menggunakan air yang sama (yang sudah ditapis). Buat hingga habis daun pandan tu.
  • Masukkan air pandan yang di tapis tadi ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hari sehingga jus yang pekat itu mendap ke bawah
  • Tuangkan dan buang air yang jernih di atasnya perlahan-lahan hingga habis. Berhati-hati agar tidak terbuang bahagian yang pekat tu.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk. Siap untuk di gunakan
  • Jika ingin di jadikan pati pandan, simpan lagi jus ini dalam peti ais bahagian biasa selama 2 minggu. (Jangan letak di bahagian beku pula ya!)

Friday, September 18, 2015

Aising Buttercream

Assalamualaikum

Lamanya nak berkongsi khabar berita dengan kalian semua. Alhamdulillah masih diberikan waktu untukku mencoretkan sedikit catitan di warkah maya ini.

Wahh! Dah macam tulis cerpan la pula mukaddimah nya....

Okey, hari tu dah kongsi kan cerita harijadi Incik somi dan my kazen kan...


pastu bersambung pula pada cerita kek besday mereka dan berkongsi juga resepi buttercream bunga-bunga cinta yang berjaya juga aku hasilkan dengan sekembang hidong ni hahh!

Hari ni nak kongsi pula resepi buttercream yang aku guna untuk melepa kek pula. Temanya masih lagi dari sumber yang sama iaitu dari blogger terkenal dengan jemari magiknya - Kak Azlita.


Sebelum ni kalau melepa kek, buttercream yang aku gunakan banyak dari campuran shortening dan krimwell ja dan tak pernah lagi buat guna butter. Jadi kena juga mencuba pelbagai resepi yang ada kan!


Alhamdulillah...hasilnya tetap sedap dan lebih sedap dari biasa kot!

Resepinya aku kongsi kat sini ya...

AISING BUTTERCREAM
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan A :
120 gm butter - aku guna buttercup ketul tu
170 gm susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
330 gm gula icing
2 sudu teh esen vanila @ perasa yang tidak bewarna

Bahan B :
400 gm shortening
600 gm krimwell

Caranya :
  1. Masukkan kesemua bahan A dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna.
  2. Campurkan shortening dan krimwell dalam adunan butter (A) tadi dan pukul dengan speed sederhana sebentar sahaja. JANGAN pukul lama-lama nanti krim lembik.
  3. Sedia untuk di warna dan di lepa pada kek.


Nota :
  • Resepi ni dapat menghasilkan krim yang banyak - anggaran 2 @ 3 biji kek bergantung pada saiz kek. Kalau nak buat untuk sebiji kek saja, boleh buat setengah dari adunan.
  • Resepi ini hanya untuk melepa kek, membuat hiasan di tepi kek seperti corak cengkerang, tali dan juga untuk tulisan di atas kek.
  • Resepi ini bukan untuk membuat bunga.

Cara aku meletak buttercream dan inti coklat di dalam kek. Ikit cara macam Buddy Valastro dalam Cake Boss.


Geram pula tengok kek bogel-bogel camni. Macam minta di potong segera ja...hehehe

Maka setelah siap melepa...di mekap dengan bunga-bunga cinta, jadi lah sebegini rupa kek besday my kazen hari tu.


Alhamdulillah....

Sunday, September 13, 2015

Kek besday mereka...

Assalamualaikum...

Haaa...hari tu dok cerita pasal satu hari satu malam sambut harijadi my chenta hati dan my kazen yang panjang lebar tu kan. Sampai nak masuk mencelah gambar-gambar kek pun macam makin panjang berjela ja...heheh

Untuk keadilan pada kek-kek itu maka aku buatkan entry ni ya!


Kek kedua - cheese cake untuk incik somi ku selepas brownies kedut yang tak berapa nak kedut tapi super sedap dan kek bunga-bunga cinta untuk my kazen ku Hamizah.

Cantik tak? Cantik tak?
Teringin nak makan cheese cake dan teringin nak bermain aising buttercream maka dapat lah di tunaikan dengan 2 biji kek mereka.

Cheese cake my incik somi...



Konon-konon nak surprise la buat kek ni kat dia..tapi mana mungkin sebab masa buat kek ni dia ada ja kat rumah. Hehehe...

Tapi takpa lah, walau takdak la kejutan lagi....dia tetap peluk cium aku juga. Hihi...Alhamdulillah perut aku pun kenyang juga kena cheese cake incik somi.

Kek bunga-bunga cinta my kazen Hamizah...


Percubaan pertama bermain aising buttercream selama berjam-jam demi sebuah keinginan nak mencuba buat kek bunga-bunga.


Kembang hidung-hidung bila dapat buat bunga yang sangat menjadi seperti yang di idamkan.


Bunga daisy ke apa ntah la tapi sangat-sangat suka dengan kejadian nya.

Selalu dok tengok ja kawan-kawan buat bunga k-pop dan macam-macam jenis bunga yang cantik-cantik. Aku pun nak mengasah juga jari jemari yang dah berkarat ni buat juga bunga-bunga walau tak secantik teman-teman lain.


Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Azlita Masam Manis yang tak jemu-jemu berkongsi resepi dan buat tutorial untuk banyak jenis bunga yang cantik-cantik.

Saya kongsikan resepinya di sini pula ya.

AISING BUTTERCREAM (BUNGA)
Sumber dan tutorial : Azlita Masam Manis

150gm shortening
200gm gula icing
Perasa nenas @ strawberry yang tiada warna
Pewarna

Ayak gula icing.
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental.
Jangan pukul lama sangat nanti lembik.
Lepas tu boleh la letak pewarna.

Nota :
Buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek saja dan bukan untuk melepa kek atau melapis kek ya...sebabnya ia agak kental.

Selamat mencuba!

Saturday, September 12, 2015

Brownies Kedut

Assalamualaikum

Sambung entry pasal kek besday my chenta hati kat sini la ya. Bukan pa...nak tempek kat entry besday depa kemaqin tu macam banyak pula gambar nak tempek. Heheh...


Kek pertama untuk besday incik somi yang di buat awal dari tarikh besdaynya, aku buatkan brownies sebab tahu sejak akhir-akhir ni dia teringin nak makan brownies.


Rasanya ni kali ke-5 dah kot cuba buat brownies sekedut yang boleh tapi tetap juga tak mau kedut sangat. Memang rasa brownies sedap sangat dah...tapi pelik tiap kali buat mesti tak kedut juga.


Tak kisah lah walau kedut sikit ja jadinya...asalkan ianya sedap. Brownies dah pakai dynars ni tu yang susah kedutnya. Hihi...

Kali ni try buat brownies resepi dari blog Kak Su Juicy Cafe yang baik hati selalu berkongsi resepi.

Tima kasih Kak Su...

COKLAT BROWNIES KEDUT
Sumber : Juicy Cafe

400 gm coklat compound - aku guna jenama beryl's yang coin tu
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko*


Tambahan ku :
100 gm badam biji - di bakar hingga perang dan cincang kasar
50 gm badam keping - di bakar hingga perang sedikit
Coklat compound yang di cairkan

Cara-caranya :
Satukan bahan bertanda (*) dan ayak
Satukan coklat compound dan mentega di dalam bekas stainless steel.Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Bila dah cair, tutup api dan angkat.



Dalam mangkuk lain...satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Tuang ke dalam adunan coklat yang di cairkan tadi dan gaul kesemua adunan rata dan sebati.

Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata. *Aku masukkan badam biji yang di cincang dan gaul sebati.

Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk di tarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.


Tuang dalam loyang dan ratakan. *Aku taburkan badam keping sebagai hiasan atas.

Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 160c selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka sedikit selama lebih kurang 15 minit.


Keluarkan dan potong. *Aku zig zag kan coklat cair atas nya.


Nota :
  • Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci
  • Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Gunakan mentega dan coklat compound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap
  • Boleh di tambahkan kekacang 100 gm jika suka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...