Strawberry jem bikin sendiri....alhamdulillah boleh sesuaikan kemanisan mengikut citarasa sendiri. Makan sepuas-puas hati lagi.
Kesnya beli strawberry banyak masa hunnymadu cameron highlands hari tu..
Beli sikit macam tak cukup maka beli la banyak kotak juga tu. Tapi perjalanan lepas Cameron Highlands tu ke Bukit Tinggi la....Kuantan la maka masak ranum dalam kereta ja la.
Dari membazir, baik buat jem. Boleh sapu-sapu atas roti...makan bersama aiskrim...Sedap lah!
Pencarian resepi google berakhir di blog Kak Azlita. Tima kasih banyak-banyak kak kongsi resepi sedap ni.
CLASSIC STRAWBERRY JAM - CANADIAN STYLE
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sumber : Azlita Masam Manis
250 gm strawberries - buang tampoknya dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon (saya xdak lemon jadi ganti dengan jus limau nipis)
12 gm butter tanpa garam
Potong-potongkan strawberry dan masukkan ke dalam periuk. Masak atas api perlahan sambil di lenyek-lenyekkan strawberry tu dengan menggunakan pelenyek pisang ja.
Masukkan gula dan jus limau. Kacau perlahan-lahan hingga jem menjadi pekat
Akhir sekali masukkan butter dan kacau lagi.
Masukkan jem yang dah siap tu ke dalam balang kaca dan tutupkan tudungnya.
Masak balang yang berisi jem tu dalam periuk selama 15 minit.
Angkat balang dan sejukkan dalam keadaan balang bertutup.
Simpan di dalam peti sejuk.
Nota :
Balang untuk simpan jem, masak dahulu supaya mati bakteria.
Hasilnya sebalang jem strawberry tanpa sebarang bahan pengawet dan ternyata kurabg manis menepati citarasa kami. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment