Kalendar Dcomey

Wednesday, August 12, 2015

Hunny Madu Cameron Highlands 2015

Assalamualaikum

Yuhuuuu! Mood masih berhunnyMadu selagi termampu. Biar sampai muntah kelabu pun wajib hunnymadu. Nikmat yang diberi Allah kepada kami yang masih berdua.

Nampak tak kemerapuan itu? Hihi...

Baru je kami balik dari kg halaman ke Jerteh hari rabu, khamis incik somi on duty then jumaat off..sabtu ahad dah memangnya cuti hujung minggu. Takkan nak balik kg juga ni?? Kalau tak ke mana-mana ni sahehnya mati kutu kejung kat umah berdua ni.


Incik somi cadang nak ke Kuantan tapi bila tanya Kuantan apa yang best... entah! Nak ke Gambang tak best la mandi-manda berdua ja.

2nd opinion malam sebelum dia pergi duty, nak ke Genting Highlands. Okey best ni....dalam kepala otak si isteri yang comel ni nak pi lagi ke Ripley's Belive It or Not kat sana sebab masa muda remaja dulu masuk sana tak dak gambar kenangan pun.

Maka segigihnya mencari hotel nak booking but so sad...on the spot hotel semua dah fully booked. Hari minggu kot! Kalau hotel-hotel kat bawah dari puncak genting tu ada la, tapi tak mau la....mana ada feel!

Jadinya....pilihan terakhir ke Cameron Highlands je la kita.


Best juga tu walau kali ke-10 dah untuk aku ni tapi keterujaan nak ke sana sentiasa berbunga-bunga ros. Tahun 2015 ni tak pergi melawat lagi kan...

Perjalanan pertama kali kami melalui pantai timur ikut Kuala Krai - Gua Musang - Cameron Highlands. GPS menunjukkan perjalanan selama 4 jam 44 minit je dari rumah kami Jerteh ke sana.

Perjalanan bermula pukul 11 pagi.



Sepanjang perjalanan melalui Kuala Krai dan Gua Musang, nampak la kesan-kesan peninggalan banjir besar hujung tahun 2014. Berat mata memandang berat lagi mereka yang melalui nya.

Kat pekan Kuala Krai ada eksiden bas ekspress terbabas ke laluan tangga bawah tanah. Ambil gambar tapi ntah terpadam dah.

Kat Gua Musang pun ada juga kemalangan yang baru ja lagi rasanya tu sebab nampak bomba pun masih berusaha keluarka mangsa. Allah...

Moga selamat la perjalanan kami


Alhamdulillah, pukul 2.48 petang sampai dah kami ke Brinchang Cameron Highlands.

Terus check-in Hotel Titiwangsa yang dah di booked dalam perjalanan tadi. Dapat je kunci...terus keluar mencari makan tengahari.


Lunch kami berkahir di Tanah Rata. Alhamdulillah kedai makan pilihan atas bukit dekat dengan Maybank tu tidak menghampakan. Makananan pun sedap dan murah la juga.

Siap isi perut baru patah balik ke Brinchang menuju ke Hotel Titiwangsa.

Hotel Titiwangsa, Cameron Highlands
Detail kat sini ya!

Bilik kami : Standard double
Harga : RM 198 + breakfast + dinner steamboat for 2 pax



Hasil review dari blogger-blogger, diorang kata dok hotel ni best sebab bayar bilik sekali dapat sarapan pagi + makan malam steamboat. Berbaloi katanya... 1st time juga la hotel included dengan dinner.


Bilik kami hari itu...


Katil okey but bantal je sorang sebiji. Takda extra bantal untuk peluk-peluk hokey! Peluk je la incik somi aku nanti...muahaahahah! Itu memang motif bulan madu kan...

Semua hotel dan penginapan di Cameron Highlands ni sememangnya takde air-cond dan kipas ya. Sejuk kot!


Bilik air ok bersih dan heater pun berfungsi agak ok. Kira selagi boleh keluarkan air panas tu ok la...
TV biasa ja bukan LCD dengan remote control jepun but still ok la sebab ada juga FOX channel.
Ada kettle air panas + neskepe peket kecil + teh + gula + krimer. Nak lebih sila beli je sendiri.


Bilik 120 betul-betul sebelah lift je. Jadi senang la nak naik turun lift 10 kali pun. Ada aku kisah?

Rehat-rehat kan diri yang keletihan kejap sambil menikmati kedinginan petang yang dah mula memunculkan dirinya. Tips nak dingin lagi, buka la tingkap bilik seluas yang mampu.


View dari tingkap bilik kami. Besar-besar rumah tokey kat sini.


Mula la berangan kalau la dapat rumah kat Cameron Highlands ni....wahhhh!



Rehat pun sudah... Stokin adalah menjadi teman wajib di sana seawal jam 6 petang ya!

Dinner steamboat pun dah dibuka jam 6 petang sampai 10 malam. Tapi perut kami yang masih kekenyangan ni maka...jom la kita jalan-jalan ke Pasar Malam Brinchang dulu. 

Round pertama di pasar malam membeli jeruk asam ja dulu. Habis pusing separuh pasar malam tu, baru balik semula ke hotel isi perut dengan steamboat plak.

Steamboat Halal, Hotel Titiwangsa
Free dinner untuk yang menginap kat hotel ni seperti kami. Bagi yang bukan penginap hotel ni, harga untuk steamboat RM 22 seorang


Incik somi yang sabar melayan karenah isterinya yang comel. Hihi..


Sayur-sayur segar, bihun, mee dan sambal tu kita ambil je sendiri kat atas meja depan yang di sediakan sebanyak mana yang nak telan sampai pengsan. Hihi... oh ya, kepada perut yang sentiasa ingin kan nasi jangan risau...nasi pun di sediakan.


Menu-menu yang kat atas ni, abangLa hensem yang akan hidangkan kat meja kita bersama sup. Kalau tak mau steamboat sup, nak minta tomyam...boleh je tapi kena bayar RM3 kot.


Penuh meja kami dengan segalanya hanya untuk makan berdua ja ni. Agak sedap juga steamboat kat sini.

Incik somi pun dah pandai dah menggunakan chopstik...wahhhh! Satu kejayaan di cameron highlands yang berjaya di capai.


Makan sikit je incik somi dah kenyang katanya. Jadi yang banyak-banyak ni sapa nak menghabiskan?


Jawabnya si isteri yang menghabiskan kesemuanya. Yehaaaa! Tak dak masalah pun nak habiskan sayur-sayuran sebab segar dari ladang. Bihun, mee kering dan sebiji telur tu ja tak mampu nak habiskan dah.


Bertuah punya somi, dia tinggalkan aku sendirian menghabiskan dinner kami...dia kat luar lobby dok berasap sakan.

Sambung ke pasar malam semula selepas perut dah kenyang terisi steamboat.


Rasa rugi kalau tak membeli strawberry segar kat sini. Kat Jerteh kalau teringin sangat strawberry dapat lah beli kat Pasaraya Pantai Timur RM13-15 untuk 1 pek ada la dalam 12-15 biji.


RM10 untuk 4 kotak + free lagi 1 kotak. RM 5 untuk coklat celup yang nak feeling ala-ala Dato Siti.


Pembelian lain dari pasar malam seperti biasa ja la...sayur goreng yang tak termakan pun, ubi keledek manis yang pahit sebiji, jagung bakar yang mampu incik somi habiskan setongkol ja dan air soya untuk ku.

Nampak tak pembaziran berlaku di situ? Ikut nafsu...


Hadiah dari incik somi untuk ku yang asyik dok tiup angin je masuk dalam bantal leher dalam keta tu. Maka lepas ni tak payah dah nak tiup bagai! Hoyehhh....dah da bantal peluk malam di hotel. Tengkiu my darling bucuk masyammm pujaan hati....

Ingatkan malam dah nak berakhir dah..sampai masa nak gosok gigi tidur baru sedar ubat gigi tak bawa sekali.


Nampak tak alasan untuk keluar lagi...bukan ubat gigi ja yang di cari, tapi....


Buat taik gigi sekali di malam-malam hari. Dah pukul 1 pagi kot! Kena roti canai dengan teh tarik baru betoiii!


Tima kasih incik somi ku sayang yang melayan saja kehendak si chenta hati mu ini. Sayang kamu.....muahhh! Jom balik tidoq!

Sarapan pagi kami di hotel hari tu...


Nasi lemak paling win! Sambal sotong bilis nya sedap....salad pula semestinya la segar cuma kalau ada banyak pilihan jenis salad tu lagi best kot. Yang lain-lain tu biasa ja la...

Incik somi makan sikit ja dia...seperti biasa aku juga yang hadap makan sorang diri. Hmmm....lepas ni cari hotel yang tak dak breakfast pun tak pa!


Masuk keta baru perasan ada satu benda laginyang di beli di pasar malama semalam...madu lebah.

Jumlah perbelanjaan kami di Cameron Highlands :

Minyak myvi dari Jerteh - RM 50
Lunch kat Tanah Rata - RM 13.60
Hotel Titiwangsa - RM 198 (Sediakan deposit RM 230)
Strawberry - RM 10 (4 pek + free 1 pek)
Coklat celup strawberry - RM 5
Jagung bakar - RM 8 (2 tongkol)
Asam kering - RM 10
Sayur goreng + ubi - RM 8
Strawberry celup coklat - RM 1.50 (sebatang)
Air soya + Oren - RM 4 
Madu - RM 10
Bantal - RM 25 (2 biji)
Roti canai + teh tarik + teh o panas - RM 5
Ubat gigi + ubat sakit perut + air - RM 8

Jumlah : RM 356.10

Jadi lain kali boleh bajet lagi untuk ke cameron highlands...

Jom teruskan destinasi ke Bukit Tinggi, Pahang pula!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...