Kalendar Dcomey

Thursday, September 3, 2015

Overnight Oat

Assalamualaikum

Semalam misi kami membeli buah-buahan yang agak banyak bikin stok. Macam dah lama ja tak makan buah-buahan yang banyak. Kulit pun dah naik kering dah kekdahnya..


Biasanya aku dengan incik somi kalau tak makan buah yang banyak, kami minum yogurt bliss ja. Tapi ni kerinduan pula pada kunyahan buah-buahan.

Maka malam hari yang makin menghampiri supermarket Pantai Timur tu tutup....membeli la kami buah-buahan yang di cari. Alhamdulillah boleh 3 pek buah anggur, epal dan oren. Cukup banyak dah tu untuk kami seminggu.

Bila dah beli buah banyak tu...timbul pula keinginan nak buat overnight oat yang dah lama di idamkan tu. Ya la...nak tau juga camna rasanya bila di overnightkan. Sebelum ni makan camtu ja cam bosan pula!

Pengambilan oat secara kerap akan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan kita serta mencegah penyakit jantung secara semulajadi.
Antara kebaikan khasiat oat kepada badan dan kesihatan kita:
  • Menjadikan jantung lebih sihat dengan mengurangkan pengerasan arteri darah
  • Mencegah asma
  • Menyerap dan menurunkan tahap kolestrol LDL
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Memberikan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian
  • Mengandungi fitokimia yang memberi keimuman kepada badan
  • Memberi rasa kenyang dan membantu diet kuruskan badan
  • Serat membantu mencegah masalah sembelit
Pengambilan oat sangat disarankan bermula sejak kecil lagi dan jika anda makan oat ketika sarapan, anda akan berasa kenyang untuk jangkamasa yang lama dan membolehkan anda fokus untuk melakukan kerja atau aktiviti anda.

Oat sememangnya terbukti sangat menyihatkan dan boleh menguruskan badan katanya. Cuma aku ja on off on off makan oat ni. Kalau tak...rasanya dah selim melim pa aku ni...hihi

Okey, balik ja sampai rumah terus gigih bikin overnight oat ni. Resepi dah lama dah simpan jadi buat ja dengan segala bahan yang dah di beli.

OVERNIGHT OAT

Oatmeal segera
Susu rendah lemak
Yogurt asli
Madu
Secubit garam
Buah-buahan


Madu lebah dan garam sedikit. Kalau takda madu boleh gantikan dengan sedikit gula.

Okey buat camni ya...


Sediakan balang atau bekas yang sesuai nak isi oat. Balang yang beli sos spagetthi atau jem tu jangan di buang. Cuci bersih-bersih dan simpan untuk saat-saat nak guna macam ni.


Mula-mula isikan suku balang tu dengan oat. Kemudian masukkan yogurt dalam 3 sudu dan tuangkan susu hingga hampir penuh. Lepas tu masukkan madu dan secubit garam, gaulkan hingga sebati semuanya kemudian tutup rapat-rapat dan simpan di dalam peti ais semalaman.

Buat sebelum masuk tidur...jadi baru lah namanya overnight. Esok pagi-pagi dah boleh makan dah!


Bangun pagi potong buah-buah ja. Ikut selera hati ja la nak buah apa tapi potong kecil-kecil senang nak makan dari dalam balang tu.


Tadaaaa! Agak sedap juga overnight oat ni tambah pula dengan masam manis dari buah oren, epal hijau dan anggur. Kena amalkan makan oat selalu la camni...mana la tau lepas ni boleh dapat balik berat 47kg tu! Omg!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...