Musim durian kembali lagi! Walau setiap kali balik kampung hari tu masih ada durian dari dusun ayah mertua, tapi keinginan nak makan durian Terengganu tetap ada.
8 biji durian RM 20. Agak murah la di semenanjung ni kan...kalau di Kudat dulu mencari durian nak buat crepe, sekilo pun dah RM15 -20. Tapi yang beli ni frust juga sebab dalam 3 biji mangkaq (belum masak)
Yang dah masak elok, asing-asingkan isi dari biji dan simpan elok-elok untuk buat Crepe nanti.
Yang dah malas nak asingkan isi dari biji tu, kita proses buat serawa durian ja. Ingat-ingat lupa dah nak buat serawa durian pun...
SERAWA DURIAN
10-15 ulas durian (kalau rajin boleh guna isinya sahaja....tapi aku boh seketoi2)
2 helai daun pandan (di simpul)
5 sudu besar gula pasir
2 cawan santan
Secubit garam
Campurkan kesemua bahan di dalam periuk
Masak di atas api yang sederhana dan di kacau-kacau tanpa henti sehingga pekat
Bila dah pekat, tutup api dan boleh la di makan bersama roti atau makan begitu saja.
Semangkuk serawa durian bersama roti...alhamdulillah kena dengan selera di petang hari.
Malam hari makan begitu saja pun sangat mengenyangkan dan tak perlu lagi semangkuk megi. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment