Kalendar Dcomey

Thursday, August 23, 2012

Kunjungan raya...2012

Assalamualaikum dan salam syawal

Alhamdulillah di hari raya ke-3, kami suami isteri mendapat kunjungan raya dari pasangan jauh dari Tawau. Jauh diorang datang beraya ke rumah kami. 10 jam perjalanan dari Tawau ke Kudat ya! Tima kasi banyak-banyak buat Apex + Dyna.

Perjalanan jauh diorang yang mengambil masa tu, jadi plan saya dan suami hari ni nak masak nasi utk diorang. Tapi masak untuk makan malam...jadi siang hari kami laki bini nak hadap apa ni? Saya...ofcos lah laksa yang masih ada tapi dah buat kuah baru dah semalam.

Buat suami pula...


Sebelum dia bangun tido lagi si isteri ni dah sediakan pulut kukus + ikan kering + kelapa parut. 2-3 hari lepas katanya sebelum saya terbang balik kg tinggalkan dia sorang diri kat sini, dia nak makan pulut ikan kering dulu. Jadi untuk tidak menghampakan dia...saya buatkan ya! Opppsss!! Bukan utk dia sorang je hadap pulut ni...harus lah bersama isteri tercinta. Ahak! Ahak!

Okey juadah untuk tetamu jauh pula...


Nasi ayam + ayam wangge + ulam timun tomato + sup tulang ayam + cili kicap + air oren. Dah takde idea dah saya nak masak apa... Resepi nasi ayam tu saya cuba buat ikut resepi cuba-cuba sendiri pula. Tapi lebih kurang sama jer citenya...

Alhamdulillah, walaupun menu biasa-biasa jer, dapat juga kami mengenyangkan tetamu yang datang beraya dari jauh.


Ayam wangge kesukaan suami. Di buat dari resepi yang di beri fren dari Ipoh yg kenal masa di Kuching - Fiza dan masih akrab hingga kini...buat untuk tetamu dari Ipoh juga. Tapi...si Dyna cakap rasa ayam wangge cam ayam masala. Uihhh...terrornya saya buat wangge jadi masala. Apa pun yang penting diorang suka dan makan sampai kenyang. Resepi boleh tengok kat SINI ya.

Jauh-jauh diorang datang kami jemputlah bermalam kat teratak kami yang ala-ala jer.. Dapat lah kami berbual mesra lagi untuk eratkan silaturrahim.

Tapi kesian tau dekat diorang dan diri kami juga...sejak dari malam diorang bertandang kat umah, boleh pula takde air kat rumah kami ni! Aishhh...menyusahkan segala aktiviti betul la. Tak pernah tade air seteruk camtu, paling kuat bila awal malam tu takde air tapi tengah-tengah malam nnt ada la air. Memang geram betul dengan tekanan air kat Sabah ni.

Isu takde air ni membawa hingga ke siang hari. Masing-masing dapat mandi sekadar yang ada jer...Cam saya ni harap gosok gigi cuci muka jer lah. Maaf ya Apex + Dyna...di luar bidang kuasa kami dah bila keadaan takde air camtu.


Untuk breakfast, hanya kek cawan coklat + milo panas jer yang dapat di sediakan. Nak masak yang lain tak termampu dengan keadaan takde air tu

Dalam pukul 9 lebih diorang dah bergerak ke destinasi merayau seterusnya - Kota Kinabalu. Best tengok pasangan Apex + Dyna...sangat romantik diorang ni. Doa akak moga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat dan moga cepat-cepat lah kita timang cahayamata ya!

Lepas beberapa jam jer diorang bergerak keluar dari rumah...boleh pula ada air melimpah-limpah. Alahaii...nape la jadi camni? Sian tetamu saya...Jangan serik datang lagi ya!

Insyaallah panjang umr dan di murahkan rezeki, dapat lah kami bertandang ke Tawau pula...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...