Salam syawal buat semua sahabat handai dan saudara mara saya walau di mana saja berada. Masih belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA walaupun hari ni dah hari ke-4 dah kita beraya. Alahh...raya kan sebulan!
Camne aidilfitri korang tahun ni? Tentu-tentulah meriah kan. Saya dan suami tahun ni beraya berdua jer di perantauan ni. Memang tak semeriah macam di kampung sendiri lah...
Suasana beraya di Kudat ni jauh sekali bezanya dengan kampung, sunyi sepi jer. Tak de riuh rendah jiran-jiran tetangga. Memang sunyi sekali...
Tahun lepas beraya di perantauan Kuching ada lah juga meriahnya dengan kawan-kawan dan yang paling penting dengar juga takbir raya di malam dan pagi hari masa kat kuartes Kuching dulu, kat Kudat ni harap dengar takbir di tv je la.
Walaupun hanya berdua dan lebih kepada beraya syok sendiri (^_^) namun ada juga lah kawan-kawan yang ku kira lebih kurang 7 orang (tidak termasuk anak beranak) yang datang beraya kat rumah kami.
Rasanya buat juadah raya sikit jer..tapi bila dah terhidang penuh semeja la pula. Sapalah yang nak habiskan semua juadah dan kuih-kuih raya ni...
Juadah utama sudah tentu-tentu lah laksa MERBOK yang penuh dengan isi ikan sardin segar beb! Tahun lepas beraya di Kuching habis 8 bungkus laksa tapi tahun ni hanya 3 1/2 bungkus jer. Jadi lah kan...
Biskut-biskut raya yang siap memperagakan diri di dalam balang dan bersedia menggoda tetamu untuk menjamah. Tapi masuk hari ni raya ke-4, yang di top-up hanya lah popia nestum jer. Alahai...bila nak habis ni?
Ketupat dan kari ayam harus lah ada untuk meriahkan diri di hari raya. Walaupun ketupat tak sehebat air tangan bonda, namun masih juga ada ketupat palas di hari raya.
Helllooooo....
Saya mampu buat ketupat palas okey! Walaupun hanya dengan merebus sahaja..hahaha
Mempersembahkan ketupat palas + lemang NONA. Kannn...dah kata saya pandai buat kan! Rasanya boleh la tahan dari takde langsung kan. Lemang tu jer tak dapat di hidangkan setelah terjadinya lemang hangus di rebus tatkala asyik bersyahdu airmata di pagi raya bersama ayahanda dan bonda.
Cucur peneram yang memang suka sangat saya kunyah-kunyah ni! Kuih raya dari ATB. Jadi lah...
Alhamdulillah...at least penat lelah menyediakan juadah raya di jamah tetamu juga walaupun yang banyak ulang alik makan tu adalah S-A-Y-A!
Tapi...awal-awal lagi saya dah cakap dengan chenta hati, tahun hadapan dah tak mampu dah saya nak beraya di Kudat ni. Mental!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
No comments:
Post a Comment