Pertama kali merasa masakan ni yang diberi oleh my jiran - Fiza ingatkan ayam masak kicap. Tapi ternyata tekaanku meleset bila ku rasa ayam ni.
Sedap rupanya masakan ni...Biasanya boleh rasa masakan ni di kedai nasi kandar je...tapi sekarang dah tahu dah camne nak buat ni. En somi macam biasa la...memang menjadi kesukaan dia la hidangan ni.
AYAM WANGGE
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - di goreng dengan garam + kunyit
5 ulas bawang merah - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
3 kuntum bunga lawang
2 camca cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
2 camca sos tomato
2 camca gula
4 camca kicap
2 camca serbuk kari
Cara-cara :
Bahan yang ditumbuk dibahagikan kepada 2 bahagian -1
bahagian dicampur dengan kulit kayu manis, daun kari dan bunga lawang.
Ditumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Campurkan cili boh, sos tomato, gula, kicap, serbuk kari dengan bahan tumbuk yang selebihnya tadi
Campuran rempah dimasukkan kedalam bahan tumisan tadi dan dikacau dengan api perlahan
Tambah sedikit air jika bahan yang ditumis terlalu pekat
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan
Siap!
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment