Kalendar Dcomey

Thursday, July 12, 2012

Spaghetti Chef Wan

Kelmarin adalah hari yang cukup berfaedah...hehehe. Faedah untuk sapa? Anak kecil mana lagi yang somi nak di layan manja selain si isteri yang comel ini. Saya lah tu...

Dengan hanya kuasa secawan milo yang di penuhi kasih sayang yang dihidangkan tatkala sedap-sedap si somi melepak depan tv selepas kekenyangan lunch sambal sotong dari air tangan isteri sendiri...


Maka petang hari si isteri di tawarkan keluar berbelanja sesuka hati...Terasa nikmat sekali! Namun hati isteri yang suci ini tetap berjimat untuk kesenangan bersama di kemudian hari. 

:: Jangan melampau-lampau di hari ini kerana kita belum tahu apa yang akan mendatang di kemudian hari ::

Penat sudah bershopping yang tiada bermotif. Bermalas-malasan melayan MY KITCHEN RULES kat tv...si somi mengOFFER pula diri sendiri nak masak spaggethi. Wahhh...ini sudah bonus ni! Kegembiraan petang di bawa ke malam hari...Bagaikan mengantuk di sorong bantal.

Dah lama ni tak makan spaggethi best yang somi buat ni.Sayang kamu chenta hati. Peluk kuat-kuat!


Walau sepinggan penuh...mampu ku hadap sendiri. Best! Best!
Seperti biasa lah...saya memang suka semuanya yang di masak laki sendiri. Betul kata orang...air tangan dari laki ni sedap. Terbukti pepatah tu pada laki ku sendiri. Kalau korang tak caya, boleh lah mula buat eksperimen pada somi korang sendiri biarpun hanya sebiji telur goreng...pasti akan menjilat jari.

Terpaut kasih sayang pada spaggethi hubby ni penah saya tempek kat SINI
Hari ni pun saya nak tempek lagi resepi ni...



SPAGGHETI MANJA



Bahan - bahan :

Spagetthi (Brand San Reimo) - Brand lain dah try tapi tak berapa nak menepati citarasa kami

Bahan Kuah:
2 keping daging burger - cincang halus
Bawang besar - dimayang halus
1 sudu kecil madu
1/2 sudu kecil seasoning sause - kicap yg boh dlm daging burger tu
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 botol sos spagetthi (brand Kimball lagi sedap)
sedikit minyak
Daun sup utk hiasan 

Buat camni :
1. Panaskan air sampai mendidih lepas tu masukkan Spagetthi smpai masak. *Spagetthi betul2 masak bila bila patahkan kt tgh dh x nmpak tepung & bila tos jgn siram air lagi. - ketepikan
2. Panaskan sikit minyak kemudian masukkan daging burger dan goreng sampai garing.
3. Bila daging dah garing, masukkan seasoning sos, madu dan bawang besar - kacau sebati.
4. Kemudian masukkan sos spagetthi dan serbuk lada hitam.
5. Masukkan sedikit gula & garam jika perlu
6. Sedia utk hidang 

RUGI KALAU TAK CUBA - SEDAP!

2 comments:

mama aryan said...

suami akak tak mau masak..tak pandai katanya,mengemas rumah rajin la dia

Unknown said...

kelebihan somi masing2 kak...somi saya plak bab mengemas ni mmg x lah tapi klau bab masak dia suka sgt..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...