Kalendar Dcomey

Thursday, July 12, 2012

Dumpling

Salah satu makanan orang cina yang saya juga suka makan.
  Kau yang comel tu memang semua kau hadap kn. 


Hari tu ternampak kenalan facebook saya - Koleksi Muslimah buatkan dumpling ni...lepas tu tengok rancangan Poh's Kitchen kat astro tu pun dia buatkan dumpling. Maka teringin nak buat tu membuak-buak lah jadi nya.

Percubaan pertama saya membuat dumpling versi citarasa tekak saya bermula...

Intinya saya buat inti daging cincang pedas bersama lobak merah. 

Jom tengok resepi saya.

DUMPLING
Oleh : ItaComey@http://dcomey.blogspot.com

Bahan-bahan KULIT :
Tepung pulut
Tepung gandum - Sikit jer
Air suam

Bahan-bahan ISI : *Boleh jer korang nak buat isi apa pun...
Daging
Bawang besar
Lobak merah
Cili padi
Tomato
Daun ketumbar
Lada hitam
Garam

Cara buat :
KULIT

  • Campurkan kedua-dua tepung dan di uli dengan air sedikit demi sedikit sehingga kental. Rehatkan doh sekejap - 10 minit
  • Ambil sedikit doh dan bulatkan kecil. Canai doh sehingga nipis sedikit dan letakkan isi ke dalam doh. Tutup / kelim doh rapat-rapat. Lebih senang terap je dalam acuan karipap.

ISI

  • Masak semua bahan hingga sebati dan lembut
  • Sejukkan sebelum di isi ke dalam kulit 


  • Sapukan sedikit minyak tumisan bawang putih ke atas dumpling yang dah siap. 
  • Susun dumpling dalam loyang kukusan yang juga di sapukan sedikit minyak
  • Kukus selama 10 minit ata sehingga masak
  • Siap di makan dengan kicap atau sos pilihan
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

Sash said...

Berapa peratus tahap kesenangan buat kulit dia itu? Hahahaha klu senang baru nak cuba buat :O

ItaComey said...

Uihhh...memang memerlukan kekuatan yg tinggi tuh nk menggentel kulit dia...ada la dlm 67% kesukaran..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...