Lagi biskut raya MC untuk tahun ni..teringat lagi masa baru-baru menetap di Kuching ni biskut pertama yg MC buat lepas keluarkan oven dari kotak tu biskut ni la...sedap!
Agak kecil sikit saiznya..bersesuaian lah dengan raya kan!
Tapi buat last time (Klik sini) utk rasa-rasa hanya buat 1 adunan ja..x cukup pula nk mkn sampai puas. so...kali ni MC buat 2 adunan sekaligus!! Haaa...baru puas nak kunyah-kunyah raya nanti.
Jom tengok resepi dan buat sendiri...
BROWNIES CRUNCHY COOKIES
Resepi asal : kak fida@myresipi.com
By : Mdm Comey @dcomey.blogspot.com
Bahan-bahan ( 40-50 keping )
- 100 g mentega (10 sb rata)
- 75 g gula icing (1/2 cwn rata + 1 sb)- diayak
- 1 biji telur
- 1/4 sk esen vanilla
- 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn rata)
- 1 sk baking powder*
- 1 sk bicarbonate of soda*
- 25 g serbuk koko* (3 sb rata)
- 100 g choc chips (3/4 cwn penuh)
- 50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan - dipanggang dan cincang kasar *kali ni MC still lagi guna badam hancur
- secukup kertas minyak - untuk membungkus doh
Cara-cara
- Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.
- Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.
- Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.
- Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.
Adunan siap di gaul sebati
- Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.
Siap sedia di gulung...
- Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.
- Bakar pada suhu 160C hingga garing.
- Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment