Kalendar Dcomey

Tuesday, April 26, 2011

Brownies Crunchy Cookies

Bila oven dh keluar kotak...bila oven dh mengaum...bila jari jemari ku dh menggatal x hingga dh nk membaking...
godek-godek nengok apa stok yg ada...maka menjadi la my cookies.

Nengok-nengok...

 Hitam itu menawan....terliur la tu!!

BROWNIES CRUNCHY COOKIES

Resepi asal : kak fida@myresipi.com 
By : Mdm Comey @dcomey.blogspot.com

Bahan-bahan ( 40-50 keping )

  • 100 g mentega (10 sb rata)
  • 75 g gula icing (1/2 cwn rata + 1 sb)- diayak
  • 1 biji telur
  • 1/4 sk esen vanilla
  • 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn rata)
  • 1 sk baking powder*
  • 1 sk bicarbonate of soda*
  • 25 g serbuk koko* (3 sb rata)
  • 100 g choc chips (3/4 cwn penuh)
  • 50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan - dipanggang dan cincang kasar
  • secukup kertas minyak - untuk membungkus doh

Cara-cara

  1. Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.
  2. Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.
  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.
  4. Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.
  5. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.
  6. Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.
  7. Bakar pada suhu 160C hingga garing.
  8. Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan. 
***

Adunan dah siap sedia nk gentel nih..

Tgh membakar diri di dlam oven...

see...kejap je abis...hahaha...i like
mmg mabeles la...
tp aku ni x kedekut tau. aku sedekah kn sikit utk si pembawa budak - Fiza & C'Man
Idongku mula mengembang la bila yg mkn semua ckp besttttt!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...