Kalendar Dcomey

Thursday, September 1, 2011

Biskut Marble Susu

Biskut raya terakhir...Biskut Marble Susu

 boring tgk semua biskut raya kaler kuning ngn coklat jer...buat warna trafic light la plak..

Resepi ni mik dari Kak Fida @myresepi.com

BISKUT MARBLE SUSU
Bahan-bahan ( 60 keping - lebih kurang )
  • 125 g mentega lembut (1/2 buku)
  • 95g susu pekat manis (1/4 tin)
  • 1/2 sb gula halus/icing (opt)
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sb serbuk koko - ayak *MC x letak sbb nk wat kaler trafic light
Cara-cara 
  • Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)
  • Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.
  • Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.
  • Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.
  • Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
  • Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.
  • Bulatkan dan bakar hingga garing.  
warna pilihan MC
 setelah dibelit-belitkan

siap sedia utk bakar

 siap!

spread cheese..yg ni jer biskut beli sbb x tau cmne rupa dia..pasni insyaallah dh rasa bleh la buat sendiri plak

ok siap! 6 jenis biskut raya je utk tahun ni...
opsss!! yg biskut crakers tu jer kedai yg bikin...hikhik
bt kwn2 yg berdekatan...mai la beraya kt umah ya!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...