Kalendar Dcomey

Thursday, October 8, 2015

Kek Marble Pandan

Assalamualaikum

Berhari-hari dah si tekak ni teringin nak makan. Hari-hari buka Facebook tengok gambar kek aje kekdahnya. Tak cukup di FB, rajin pula google gambar-gambar kek pandan yang tak kira dah dari versi camna pun janji ada pandannya.


Sampukkan dari pokok pandan yang merimbun bawa balik dari kampung hari tu la ni! Terendam dalam baldi ja 3 pokok pandan tu sebab nak biakkan akarnya dulu baru nak di tanam kat bawah pokok nangka belakang umah ni haa..

Macam-macam dah aku buat dengan daun pandan yang banyak tu...buat potpuri la, semburan dapur la, wangian halau tikus dan lipas la tapi masih banyak lagi.


Buat pati pandan juga...resepi pati pandan sila ambil di sini ya!


Bila sehari berkali-kali dok buka tutup peti ais tu dan dok nampak ja pati pandan tu maka lagi la keinginan tekak nak makan kek pandan memuncak-muncak tahap 'meqecik' ayaq lioq dah weh!

Kena kumpulkan kerajinan juga ni buat kek pandan untuk penuhi keinginan tekak ni. Dia punya tahap ngidam tu boleh kalah orang yang mengandung ooooo!


Godek-godek resepi kat Mr Google tu...terbekenan dengan hasil airtangan Cik Mat Gebu yang sangat femes itu. Sangat gebu dan mengiurkan tengok kek marble dia buat.

Terima kasih ya Cik Mat Gebu berkongsi resepi kek yang sedap, gebu dan lembut itu.

KEK MARBLE PANDAN
Sumber : Cik Mat Gebu

Bahan-bahannya:
4 biji telur (Gred A)
100 gm gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (aku ikut Cik Mat Gebu guna susu segar)
50 gm minyak jagung
1 camca teh pati pandan
1 camva teh serbuk koko
1/2 camca teh esen vanila
1 camca teh coklat emulco

Gaul sekali dan ayak:
100 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh baking powder

Cara membuatnya:

  1. Putar gula dan ovallet hingga rata. Masukkan telurdan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan bahulu) 
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuangkan minyak jagung dan pati santan / susu segar. Gaul hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (CMG buat 2 bahagian ja). Bahagian 1 - dicampurkan esen vanila dan di gaul rata. Bahagian 2 - dicampurkan serbuk koko dan coklat emulco dan gaul rata. Bahagian 3 - dicampurkan pati santan dan gaul rata.
  4. Sediakan loyang kek yang di sapu mentega dan di alaskan dengan kertas minyak di dasarnya. 
  5. Masukkan adunan dalam anggaran 3 camca besar ke dalam loyang di tengah-tengahnya  secara bertindih dan berselang seli warnanya. Buat sampai habis.
    Akhir sekali untuk menghasilkan corak, buat beberapa pusingan dengan menggunakan chop stick.
  6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180°c selama 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan kek sebelum di hidangkan.

Kek sangat lembut, moist dan sedap...alhamdulillah keinginan tekak dapat ditunaikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...