Kalendar Dcomey

Tuesday, September 8, 2015

Hati Pari

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat-sihat belaka ka? Alhamdulillah....aku pun baru ja baik dari demam pakej batuk + selesema. Ubat paling mujarab adalah balik kampung peluk cium mak ayah hilang segala kesakitan.


Kesayanganku dunia akhirat. Sakitnya mak ayah...sakit lagi aku si anak sulong ni. Sebelum aku demam, mak dengan ayah lebih dulu demam dan takda selera langsung nak makan. Allah....lagi la sayu hati ku ni.

Setelah 2 minggu kami tak balik kampung, ada kesempatan hujung minggu terus aku dan incik somi balik kampung. Kurus dah mak ayah...


Aktiviti wajib kami makan malam kat luar anak beranak bersama adik bongsu - Najihah yang cuti hujung minggu juga balik dari asrama. Kebetulan makan malam kat Taman Bujang jumpa Pak Lang (Pak menakan) boleh la join sekali.

Kesempatan balik kampung hari tu, mak teringin sangat nak makan hati pari..si anak ni plak jakun tak besa tau pun hati pari camna rupanya, jadi bawa mak mencari sampai ke market bedong mencari hati pari.


Ini lah rupa hati pari ya anak-anak! 1st time juga ni untuk aku kenal rupa si hati pari. Sebelum ni tau hati pari ni kek lapis jee! Paappp! Tepuk daiii!

Alhamdulillah jumpa juga hati pari yang mak idamkan. Si penjual ikan pun murah hati bagi free ja hati pari kat mak. Alhamdulillah... beli juga ikan bunga air yang sedap di bakar buat pais kesukaan mak ayah juga.

Resepi mak untuk pais ikan bunga air bakar di next entry ya!


Mak cakap hati pari ni dia suka kalau buat masak lada, jadi si anak yang nama pun 1st time tengok rupa hati pari wajib-wajib dah la tak tau camna nak masak. Maafkan anakanda wahai bonda.

Jadinya...Mak la yang masakkan hati pari masak lada untuk kami semua...Hati pari masak lada by chef ku yang paling superb!

HATI PARI MASAK LADA
Oleh : my bonda

Hati pari - buang hempedu dan bersihkan

Kisarkan :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam

Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi
Masak sampai pecah minyak kemudian masukkan hati pari
Masukkan sedikit garam dan gula
Masak hingga kuah memekat dan hati pari menjadi pejal. Siap!

Makan pula dengan nasi panas-panas + masak lemak pucuk paku + ikan pais bunga air bakar bersama mak ayah, perghhhh! Terbaik la! Seronok tengok mak ayah kembali berselera makan nasi. Alhamdulillah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...