Lamanya nak berkongsi khabar berita dengan kalian semua. Alhamdulillah masih diberikan waktu untukku mencoretkan sedikit catitan di warkah maya ini.
Wahh! Dah macam tulis cerpan la pula mukaddimah nya....
Okey, hari tu dah kongsi kan cerita harijadi Incik somi dan my kazen kan...
pastu bersambung pula pada cerita kek besday mereka dan berkongsi juga resepi buttercream bunga-bunga cinta yang berjaya juga aku hasilkan dengan sekembang hidong ni hahh!
Hari ni nak kongsi pula resepi buttercream yang aku guna untuk melepa kek pula. Temanya masih lagi dari sumber yang sama iaitu dari blogger terkenal dengan jemari magiknya - Kak Azlita.
Sebelum ni kalau melepa kek, buttercream yang aku gunakan banyak dari campuran shortening dan krimwell ja dan tak pernah lagi buat guna butter. Jadi kena juga mencuba pelbagai resepi yang ada kan!
Alhamdulillah...hasilnya tetap sedap dan lebih sedap dari biasa kot!
Resepinya aku kongsi kat sini ya...
AISING BUTTERCREAM
Sumber : Azlita Masam Manis
Bahan A :
120 gm butter - aku guna buttercup ketul tu
170 gm susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
330 gm gula icing
2 sudu teh esen vanila @ perasa yang tidak bewarna
Bahan B :
400 gm shortening
600 gm krimwell
Caranya :
- Masukkan kesemua bahan A dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna.
- Campurkan shortening dan krimwell dalam adunan butter (A) tadi dan pukul dengan speed sederhana sebentar sahaja. JANGAN pukul lama-lama nanti krim lembik.
- Sedia untuk di warna dan di lepa pada kek.
Nota :
- Resepi ni dapat menghasilkan krim yang banyak - anggaran 2 @ 3 biji kek bergantung pada saiz kek. Kalau nak buat untuk sebiji kek saja, boleh buat setengah dari adunan.
- Resepi ini hanya untuk melepa kek, membuat hiasan di tepi kek seperti corak cengkerang, tali dan juga untuk tulisan di atas kek.
- Resepi ini bukan untuk membuat bunga.
Cara aku meletak buttercream dan inti coklat di dalam kek. Ikit cara macam Buddy Valastro dalam Cake Boss.
Geram pula tengok kek bogel-bogel camni. Macam minta di potong segera ja...hehehe
Maka setelah siap melepa...di mekap dengan bunga-bunga cinta, jadi lah sebegini rupa kek besday my kazen hari tu.
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment