Assalamualaikum
Hari ni nak mengukis pula. Cookies yang tak raya pun suka juga buatnya. Tapi bila musim raya lagi la suka mengkategorikannya sebagai senarai biskut raya wajib juga.
Biskut raya seterusnya dari saya yang sangat cepat je susut sebelum raya dah separuh balang dah kekdahnya...hihi. Petanda kesedapan yang menjadi kesukaan tu!
Tengkiu my friend Na Slam kongsi resepi cookies best ni yang dah berkali-kali di buat...
Simple dan sangat cepat juga nak buatnya...apa lagi nak menghabiskannya ternyata lagi cepat sekali.
CHOC ALMOND COOKIES
Resepi oleh : Inna Homemade
250gm mentega
200gm gula icing ( saya guna 170gm sahaja)
1 biji telur kuning
300gm tepung gandum
4 sudu besar serbuk koko (saya guna 3 sudu besar)
100gm badam cincang
60gm coklat chip
2 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila
1. Campurkan gula icing dan mentega di dalam bekas dan pukul hingga kembang
2. Kemudian masukkan telur dan kesemua bahan-bahan lain tadi. Gaulkan hingga sebati kesemuanya
3. Sudukan / jemput-jemputkan adunan ke dalam dulang pembakar yang sudah di sapukan mentega. Boleh hias dengan sedikit badam dan coklat chip kat atas biskut tu.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160c selama 20 minit atau sehingga masak
5. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara
Nota : sebelum masukkan cookies ke dalam balang simpanan, tabur sedikit gula di dalamnya - tujuannya adalah untuk menjaga kerangupan cookies tersebut.
Biar rupa hitam tak berapa nak bergaya, yang penting rasa famous amos tu ada! Sedapnya....
No comments:
Post a Comment