Hari last dah nak bawak bonda-bonda dan adik ronda Jerteh ni. Jadi misi hari khamis sehari sebelum balik kampung, kami pegi Pasar Tani Jerteh.
Pasar Tani, Jerteh Terengganu.
Setiap pagi khamis di kawasan pasar sayur Jerteh.
Dapat tangkap beg tangan RM19 sebiji, seluar pakai kat umah RM10 dan beli kuih-kuih ja sikit. Takdak idea pun nak membeli apa di pasar tani sebenarnya. Saja jalan-jalan je...
Jalan-jalan...nampak pak long jual akar kayu ubat ni! Kaki kami terhenti lama di situ sambil interview pak long ubat ni.
Sembang-sembang dengan dia, boleh la dia buat campuran akar kayu untuk ubat-ubat yang mak nak. Pesan dia....."mase ambo nok campur akar ubat ni, tokse kecek nge ambo deh! Takut ambo lupo doa pulok. Kito ikhtiar ja, hok nok wi jjdi tu DIA Allah s.w.t". Okey berehhh!
Mak beli ubat kencing manis mak, ubat kesihatan untuk ayah dan ubat kesihatan wanita untuk mak. Aku belikan ubat untuk kekuatan tenaga suami, hihi...
Ya Allah, kau sembuh kan lah segala penyakit di tubuh badan mak, ayah dan suami ku.
Habis pusing pasar tani, hajat mula-mula tu nak terus balik rumah dah. Tapi terlintas pula nak jejak kaki ke air panas.
Air Panas La, Kg La Hulu Besut Terengganu.
Pertama kali juga ni aku nak pi ke kolam air panas La ni, jadi dah alang-alang mak dengan adik ada boleh la kami terjah ke sana. Kalau tak sekarang....bila lagi kan?
Kira-kira 20 minit juga la perjalanan kami dari Jerteh ke tempat ni. Agak ke dalam sikit kedudukan nya....alhamdulillah sampai juga akhirnya kami walau dalam hati berdebar tawakal ja sebab dah separuh jalan baru tengok meter minyak keta kami tinggal 1 takak ja. Kat laluan ke sana tak jumpa stesen minyak pun...yang ada pun stesen minyak yang macam dah tak beroperasi ja!
Moral : selalu mata tu pandang ke meter sebelum nak ke sana ke mari.
Dah sampai masuk ke dalam kawasan air panas ni baru maaing-masing cakap rugi tak bawa baju salin. Hihi...dah nama pun perjalanan tak di rancang.
Syok tengok kanak-kanak bermandi manda kat sungai tu. Air sungai tu sejuk tau...
Mak dan ibu mertua pun aku paksa suruh berposing juga!
Kolam air panas kat atas sikit dari sungai ni...
Jernihnya air kolam nya...Menurut kata pakcik yang dok berendam kat kolam tu, sekarang dah bersih dah sebab kawadan ni di jaga oleh Majlis Daerah Besut dah. Dulu di usahakan oleh orang-orang kampung sekitar je...
Mula-mula masuk kaki....fuhhhhh panas berdengung beb! Hairan 3 saat camna la depa yang doo berendam sampai paras leher tu.
Merah ja kaki comel ku bila kena air panas ni. Tapi bila dah masuk rendam kat dalam kolam tu...terasa satu nikmat kelegaan.
Tak caya tengok tu....mil sampai selak seluar dah berendam. Adehhh! Geleng kepala pakcik sebelah tu dengar jerit-jerit manja menahan kepanasan.
Mula mai kegeraman dah pada mak... turun ke dalam kolam sikit-sikit.
Last-last pakat basah lencun dah. Hehe.. basah pun basah lah janji dapat berendam air panas.
Berjemur sat untuk keringkan baju dan seluar.
Aku ja tak basah lencun sebab satgi lambat kering susah nak drive keta plak.
Okey selesai sudah menjejak kaki ke kolam air panas la. Balik rehat dulu.
Pantai Air Tawar, Besut Terengganu
Pantai ni dekat la juga dengan Pantai Bukit Keluang tu, cantik juga kat pantai ni.
Mil kata tempat ni macam tempat Hang Tuah berlakon. Ya ke? Ya kot.... tinggi betul daya imaginasi.
Cantik pemandangan kat sini. Nanti ajak incik chenta hati mai dating tang ni petang-petang sambil makan aiskrim corneto sedap ni.
Posing-posing gaya mak dan mil ku di suatu senja itu. Feeling-feeling comey gitu. Last dah untuk trip mak-mak hirup udara laut terengganu kali ni.
Inshaallah murah rezeki dan panjang umur dapat bawa mak, adik dan keluarga ke sini lagi.
Dah sampai masa dah balik kampung bersama-sama suami, mak, mil dan adik.
Cepatnya masa berlalu....seminggu macam tak cukup ja nak bermanja dengan mak dan adik di rumah kami.
Mak, nanti mai lagi tau rumah kami yang tak seberapa ni ya!
No comments:
Post a Comment