Kalendar Dcomey

Wednesday, June 3, 2015

Aktiviti sekitar....

Assalamualaikum

Mood keletihan meronda di Kuala Terengganu masih bersaki baki lagi. Isnin pula incik somi dah mula bekerja, maka nya aktiviti kami banyak di rumah dan pi tempat dekat-dekat dengan rumah ja.

1 Jun 2015,
Pagi...mencari nasi kerabu sampai ke Kuala Besut, tapi jumpa nasi dagang je buat sarapan kami berempat

Tengahari...aktiviti habislan duit di kedai RM2 dan Happy Home pulak. Banyak aktiviti aku dengan my bonda ja. Adik tinggal kat rumah dengan mak mertua sebabnya depa berdua malas dah nak keluar berjimba-jimba bersama.

Bila malam dah tiba dan si incik chenta hati pun dah balik kerja...Misi isi perut bermula!

Nasi ayam hainan - Jerteh

Hajat di hati mula-mula nak bawak mak, mertua dan adik makan nasi beriyani kambing ja...tapi memandangkan mak mertua yang agak cerewet bab makan-makan ni jadinya ke kedai nasi ayam hainan je ceritanya.

Antara menu pilihan tekak kami....


Nasi ayam panggang + nasi ayam rose + koteow sup incik somi + my bubur ayam.

Comeynya bonda ku dengan aksi bergambar mata besar. Hihi...alhamdulillah dah terang dah mata mak lepas buat operation untuk sebelah lagi tu.  Mil biasa la, seharusnya nak nampak ayu je. 


Bubur ayam tu pilihan tekak ku dengan alasan dan harapan berdiet konon nya. Hahha...

Satu-satunya adik perempuan ku yang masih bujang. Tahun ni PT3....


Segak cam kak dia aihhh!

2 Jun 2015,
Aktiviti kami menghala ke lautan pula. Masa mak dengan Jiah mai umah kami sebelum ni, tak dan nak bawa pi piknik kat pantai....maka kali ni piknik-piknik manja ja gitu!

Pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu.

Mula-mula sampai Bukit Keluang, meronda ke sebelah atas nu dulu. Kawasan yang sedikit terpencil dan sunyi tapi cantik. Kaki pancing selalu pilih port ni.

Air laut tenang sikit kat sini, tapi tempat ni bukan pilihan kami untuk berkelah sebabnya tak berani aihh sunyi-sunyi sangat ni! Takut jadi apa-apa yanh tak diingini nanti susah pula kan. Jadi jangan lah di undang bahaya yang tak di sangka tu.

Sekali round kami bertiga ja untuk posing-posing. Masa ni mil dok dalam keta tak mau turun katanya....


Mak dok perati ja si pemancing dok mencuba nasib memancing kat situ.

Nuuu...jauh kat sana nampak dak si anak dara sorang nu!



Biar kan dia mencari sedikit ruang ketenangan sambil berselfie...hihi



Subhanallah...indahnya ciptaanMu yang Maha Esa. Aku bersyukur di beri ruang olehMu untukku membahagiakan bonda-bonda ku serta adik Jiah kali ni...alhamdulillah.

Okey, jom patah balik ke tempat yang selamat sikit di Pantai Bukit Keluang ni. Kat sini ramai la sikit orang bermandi-manda dan dekat dengan si penjual-penjual jajan.


Mak geram ja nak mandi laut, tapi tak dapat la sebab masih dalam berpantang operate mata dia. Dapat celup-celup kaki kat dalam air laut pun seronok dah.


Mil juga paling win main ayaq laut. Mula-mula rendam sikit ja pastu sampai ke paras pinggang dah. Hehhee....

Posing-posing lagi...




Mak kata nanti ada rezeki mai umah kami lagi, mak nak mandi ayaq laut ni...inshaallah mak.


Bawak bekalan piknik habuan 1 jam ja. Habis makan balik rumah tidoq!


Menu makan petang kami ringkas ja...lidah lembu cicah ayaq asam. Sedap ooooo!

3 Jun 2015,
Siang hari dok di rumah ja, malam baru incik somi bawa kami pi makan sate sedap yang sentiasa menjadi pilihan kami di Pasir Puteh, Kelantan.

Sate Hassin Pasir Puteh, Kelantan

Lokasi dekat perhentian bas ekspress Pasir Puteh. Banyak kedai sate bangunan tu tapi kedai sate yang sentiasa menjadi pilihan kami adalah kedai Pakcik Hassin yang paling hujung sekali sebelah dewan tu.





Sate kat kedai ni sentiasa sedap di mulut kami. Lupa dah nama kedai dia...hihi. Sedap oooo! Secucuk sate RM 0.70 tapi gemuk-gemuk isi nya. Bila dah cuba yang ni, tak mau dah kot sate kajang...

Okey selesai....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...