Ramadhan kian meninggalkan kita... sayu sangat terasa di jiwa. Mungkin ini ramadhan terakhir untuk ku? Allah....sayunya. Sat ja rasa....
Percubaan pertama ambil gambar perasan majalah..omg! Sila muntah hijau di bulan puasa ni...
Di tengah-tengah ramadhan ni, biskut-biskut raya pun dah mula tumbuh bercambah di mukabuku dah. Asal buka FB ja mesti nampak sekut-sekut raya sahabat- sahabat buat yang sangay gojes menggoda.
Okey, orang lain sibuk tayang gambar biskut raya...aku pun tak nak ketinggalan juga bikin biskut raya sendiri tahun ni. Rasanya dah takdak alasan kot kalau tak buat biskuT raya sendiri tahun ni.
Sebabnya....
- Kelengkapan oven, mixer, senduk bagai dah cukup lengkap dah di sediakan di sini...hatta dari saiz kecik sampai besar semua dok ada dah.
- Ambil alih segala urusan kuih raya dari mak sejak dah balik semenanjung ni...lagi plak mak masih dalam pantang operation mata hari tu dan dah sampai masa aku sebagai anak kena buat semua.
- Asah segala skill yang dah berkarat lama
- GST, minyak naik dan ekonomi yang gawat sekarang ni kena berjimat dari membeli kuih raya yang siap dah.
- Kepuasan aidilfitri....alhamdulillah
Almond london ni antara biskit terwajib setiap tahun sebab kesukaan incik somi dan family..selamat mencuba!
ALMOND LONDON
•••••••••••••••••••••••••
Sumber : Azlita Masam Manis
http://www.azlitamasammanis.com/2011/08/almond-london.html
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - di panggang
Cawan kertas
Coklat masakan
Badam cincang - di panggang
Badam cincang dan badam biji di panggang sedikit supaya badam kekal rangup. Badam biji tu panggang sampai nampak dia dah pecah terbelah sedikit tu masak lah.
Ayak tepung bersama emplex dan ketepikan.
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut. Saya guna senduk kayu je..
Masukkan telur kuning sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh dan letakkan sebiji badam di dalamnya dan bentukkan membujur.
Buat hingga habis adunan dan susun di dalam loyang.
Panaskan oven dengan suhu 150°c dan bakar biskut selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sejukkan biskut...
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.
Ambil biskut tadi dan celupkan dalam coklat. Saya guna chopstik untuk celup dan angkat biskut ke dalam cawan kertas.Taburkan badam cincang dan sejukkan hingga coklat mengeras.
Simpan di dalam bekas kedap udara.
Nota :
saya buat 2 adunan...yg pertama dapat 131 biji & yg ke-2 dapat hasilkan sebanyak 153 biji 😊😊
Coklat saya gunakan sebanyak 500gm
No comments:
Post a Comment