Aku pun kali terkakhir jejak kaki ke muzium ni masa rombongan sekolah di tahun 1998 kot. Lama tu...jadi keterujaan tu masih ada.
Muzium Negeri Terengganu.
Musim cuti sekolah ni memang ramai juga la anak-anak murid mai rombongan sekolah ke muzium ni. Macam kami dulu-dulu juga la.
Di perkarangan luar muzium ada pameran kenderaan dulu-dulu. Ada juga gerai jualan makanan kat situ. Musim cuti ja kot aktiviti camni ada.
Jom masuk tengok apa yang ada kat dalam muzium ni. Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan adik aku hari tu tak kena bayaran la pula. Hehe...
Langkah je masuk dalam muzium, dah nampak dah batu bersurat.
Okey, misi jelajah dalam muzium ni hanya aku, mak & jiah saja yang teruskan sebab mak mertua tak larat nak jalan dah. Jadi dia stay ja dengan en somi kat pintu masuk.
Rugi je bayar tiket!
Jom layan kan antara gambar-gambar posing kami kat dalam muzium tiga tingkat tu.
Tiba-tiba mak melepasi garisan larangan berposing bersama beca..hihihi
Kami anak-anak main kat luar garisan ja. Hahha...
Alhamdulillah, macam-macam boleh tengok seni peninggalan sejarah kat dalam muzium ni. Aku memang suka pun masuk tengok muzium maklum lah zaman sekolah dulu subjek sejarah la selalu tidoq!
Mak mertua ku posing kenangan di sini.
Alhamdulillah kami dah sampai ke sini!
Masa yang masih berbaki tu, en somi bawa kami ronda-ronda Kuala Terengganu sepuas-puasnya. Ronda dok dalam keta ja pun.
Kampung Cina, Kuala Terengganu
Mencari toilet pula kami ni sampai ke Kampung Cina..ehh alasan nak pegi situ kot! Kikiki....ok la tu kan, kalau tak mana nak sampai lagi ke Kampung Cina itu.
Kami bertiga ja yang turun keta, makanya....ambil gambar posing-posing ekspress je la mana yang sempat.
Kau kunci, cintaku....di dalam hati mu!
Hidup subur mengembang dengan jaya sekali hasil siraman kasih sayang...muahahaha
Sekali imbas adik ku ni macam aku ja di usia 20an..dah nama pun adik aku kan!
Penat sudah si penarik beca menarik ku yang super comel ini...oo yeahhh!
Habis dah pusing-pusing di Kuala Terengganu seberang jambatan sana, kami singgah ambil angin kat pantai la pula.
Pantai Batu Burok
Okey dah sampai sini boleh la kami feeling-feeling cinderella dengan kereta kudanya. Ehhh! Tetiba je...
Yaa! kami memang anak beranak yang seiras. Comey kan kami dua beranak ni kan?!
Yang bongsu masih single available yang nak mik PT3 tahun ni pun turun kecomelannya dari kami..
Sayangnya mak saya!
Harga tambang kereta kuda berhias ala cinderella ni RM5 untuk dewasa dengan 3 kali pusingan tembok.
Walau rasa tak berbaloi dia pusing situ ja tapi boleh la nak rasa pengalaman kan... apa lagi sangat seronok bila dapat bahagiakan orang yang aku sayang.
okey selesai pengalaman naik kereta kuda berhias. Dalam kereta nak balik dah tu, nampak van jual sotong bakar kat tepi Pantai Batu Burok tu.
Dah tu takkan la nak tengok saja kan, wajib lah singgah membeli sambil interview mamat si penjual sotong bakar sambil tengok dia membakar sotong itu.
Mula-mula dia ambil sotong sebanyak yang kami minta...
Then....bakar je la atas redai dapur arang. Balik-balikkan sotong tu sekejap atas api
Pastu gelek sotong yang siap di bakar dengan penggelek khas dia. Soalan cemas kepada si penjual...dok gelek sotong cepat-cepat camtu, pernah tergelek jari tu dak? Hihihi....jawab dia tak pernah lagi la kak.
Siap gelek....masuk plastik dan bungkus sekali sos nya. En somi la yang bayarkan ya!
Susah lah pada aku ni nak cakap kata tak sedap walau hanya sotong bakar yang di gelek semata-mata. Sedap wehhh!
Ok sekian sudah kisah satu hari kami meronda di Kuala Terengganu.
Dalam perjalanan balik, ambik gambar UMT dan whatapps kat adik sepupu ku - Mizah yang study kat dalam UMT tu dengan caption nak balik Jerteh dah! Hanginnn je dia sebab kami pi tak ajak dia join bersama...hehhe
No comments:
Post a Comment