Hari ni misi utama nak ke Pasir Mas dulu sebelum memanjangkan kaki ke mana-mana. Hajat utama harus di tunaikan dulu.
Sejak arwah Dik Wan tingglkan kami, hati kami memang membuak-buak nak kembali lagi ke pondok tempat Dik Wan dok mencari ilmu bekalan akhirat dulu. Nak jumpa keluarga angkat Dik Wan yang dok sana.
Membawa hajat juga nak bagi baju-baju melayu dan jubah arwah Dik Wan kat warga pondok. Moga beroleh bekalan untuk Dik Wan di 'sana'...
Alhamdulillah... sampai juga akhirnya kami ke sana.
Sayu ja bila sampai ke kawasan pondok. Terkenang saat hayat arwah Dik Wan di pondok. Arwah pernah dok beramai-ramai kat asrama yang di sediakan..tapi pernah terbakar dulu. Jadi tapak asrama di pindahkan ke depan sikit. Tinggal tapak je kat tempat terbakar tu.
Lepas tu, arwah tinggal kat pondok kecil ni....sambil menuntut ilmu sambil bekerja kat sana.
Ni lah pondok kecil yang pernah Dik Wan dok dulu. Masa hayat dia stay sini, buruk je rumah ni...tapi sekarang alhamdulillah dah elok dah depa baiki dan cat semuanya.
Kat sini kami jumpa dengan Mok Nik (isteri kepada arwah Tok Ketua). Menangis dia bila kami menziarah ke sana.
Arwah bagi cincin kat Mok Nik...tapi bila kami pi sana, dia nak bagi balik cincin tu kat mak sebabnya cincin tu dari peninggalan arwah tok kami. Tapi memang kami takkan ambil balik la sebab tu tanda kenangan dari arwah Dik Wan untuk Mok Nik. Mok Nik pakai la ya...tanda ingatan Dik Wan sentiasa di hati Mok Nik.
Pastu mak angkat Dik Wan pun sampai... jemput kami kat pondok tu sebabnya kami ni dah lupa jalan masuk ke rumah Mak Ma. Nampak sangat ketuaan aku di situ setelah 5 tahun tak jejak kaki ke sana.
Sangat gembira kami di sambut oleh keluarga Mak Ma. Alhamdulillah....
Sedara-mara Mak Ma pun ada yang mai umah Mak Ma meraikan kami. Terharu rasa dengan layanan yang depa bagi. Siap sediakan makan tengahari kami dah...sedapnya la!
Kami ni bila di jamu lauk-lauk sedap camni, takda rasa segan silu dah la. bertambah-tambah nasi masing-masing. Hehhehe...
Banyak cerita yang baik-baik belaka tentang arwah Dik Wan semasa hayatnya di sana. Rajin arwah menolong orang-orang kampung walau tanpa upahnya. Banyak jasa arwah tinggalkan di sana....Sebaknya
Mak Ma bersama my mak...
Dik Wan...
Walau Dik Wan dah takda lagi di dunia ni, inshaallah hubungan silaturrahim yang telah Dik Wan jalinkan antara keluarga kita dan keluarga Mak Ma akan kami jaga sebaik-baiknya...
Walau tiada pertalian darah antara kita...kita tetap saudara seIslam. Alhamdulillah... panjang umur kita berjumpa lagi. Terima kasih banyak-banyak.
Hajat seterusnya....
Masjid Beijing, Rantau Panjang Kelantan
Mak teringin sangat nak solat kat Masjid Beijing, Rantau Panjang ni...dulu masa pi Rantau Panjang pun tak berkesempatan singgah sini.
Aku pun sama la, 1st time jejak kaki ke masjid ni.
Alhamdulillah....Allah makbulkan hajat kami nak solat zohor kat Masjid Beijing, Rantau Panjang Kelantan. Syukur padaMu ya Allah memudahkan segala urusan kami.
Bergambar kenangan adalah satu keharusan. Tanda hajat sudah di makbulkan...alhamdulillah.
Baru hati ada ketenangan nak lajak kan kaki berhabis duit shopping kat Rantau Panjang kan. Hehehe....
Mak kesayangan yang sentiasa berhabis duit tapi tak pernah lupa untuk anak-anak yang dekat mahu pun nun jauh di sana. Kau tiada gantinya mak...muah! Ayat membodek nak baju selai...heheh
Incik Chenta Hati pun berhabis juga untuk ayah-ayah yang di tinggalkan di kg halaman.
Tengok tu dok intai-intai baju untuk ayah-ayah...
Puas berhabis separuh dari duit dah, maka bergerak balik la kami. Tapi tak terus balik lagi sebab nak penuhi undangan kenduri kat rumah bos Incik Somi kat Rantau Panjang tu.
Alhamdulillah kenyang... tima kasih atas jemputan ya C'su Rosni.
Cerita tak berkesudahan di situ saja...
Balik rumah rehat kejap, pas maghrib sambung berhabis duit lagi ke Wakaf Che Yeh plak.
Balik rumah tido diam-diam.
No comments:
Post a Comment