Kalendar Dcomey

Sunday, May 31, 2015

Taman Tamadun Islam

Assalamualaikum

Hari ni misi kami suami isteri membawa bonda-bonda dan adik ke Taman Tamadun Islam pula.


Pertama kali juga untuk kami nak jejak kaki ke TTI ni. Nasib baik mak dengan adik mai umah...maka ada juga alasan nak bawa depa jalan-jalan ke sana kan!

Jom pi Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

info terperinci lokasi dll...boleh rujuk kat sini ya!


Boleh simpan peta lokasi tu untuk rujukan perjalanan anda.


Ok sampai dah kami ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Hoyehhh!



Kewajipan mestilah bergambar kenangan di pintu masuk sebagai bukti kami dah sampai sini.


Harga tiket di tahun 2015 uOlss!

Harga tiket kami 4 dewasa + 1 warga emas (my mil) RM100.70 termasuk GST dah tu. Omakk-aii! Tergezut tenuk la juga dengan bayaran tiket harga cenggitu tapi takpa la...sekali sekala membawa keluarga kan.


Dengan setiap pembelian tiket dewasa, diorang kasi kupon diskaun RM2 x 4 untuk beli makanan kat cafe dan kupon diskaun RM2 x 4 untuk beli cenderamata.

Dah beli tiket dapat la pasport TTI sorang satu.



Pasport dah dapat...jom masuk tengok apa yang ada dalam TTI yang menjadi tempat yang ku hajati selama ni.

Nampak dari luar...dok agak macam kecil je dalamnya. Tapi rasanya kalau nak jalan kaki pusing 1 taman monumen ni berpeluh juga ni.

Maka nya.....


Incik chenta hati sewa kan kenderaan yang bernama 'buggy' untuk kami merehatkan otot kaki dari berjalan. Tima kasih buah hati...muahh!


Harga sewa buggy 5 tempat duduk beserta seorang kak long sebagai pemandu tour guide kami adalah sebanyak RM63.60 termasuk GST. Perjalanan selama 1 jam tapi kalau bijak skillnya macam kami ni dalam tempoh 1 jam tu dapat pusing 2 kali dalam taman monumen tu..hehe

Bagus bila ada tour guide ni...memori dia cukup kuat untuk ingat semua nama dan sejarah replika masjid-masjid dalam taman monumen ni. Hari-hari dok cerita hat tu ja kan...hihi.

Kat dalam ni ada 22 replika kesemuanya... Nak baca detail untuk setiap replika boleh tengok kat sini ya. Dalam pasport yang di beri pun ada keterangan untuk setiap replika

Masjid Negara, Malaysia


Ambil gambar dari atas buggy yang bergerak tu hanya nampak menara ja..jadi pinjam gambar dari web TTI untuk tatapan.

Masjid Al-manar Kudus, Indonesia


Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq)...tiba-tiba teringat pecal lele kat Restoran Sunan Darjat Bukit Mertajam plak. KikiKi....

Taj Mahal, Agra India


Dibina oleh maharaja Mughal kelima, Shah Jahan bagi mengenang kisah cinta abadinya dan simbol kasih sayang terhadap isterinya Mumtaz.



Tak dapat jejak kaki ke India lagi... TTI pun jadi lah. Kenangan kami bersama Taj Mahal.

Kat bawah replika tu ada bilik tayangan video dan muzium mini, jadi boleh la jenguk-jenguk masuk. Tapi kami skip dari tengok video...tu la skill nak cepat.



Indahnya Taj Mahal...

Pattani Central Mosque, Thailand


Comel masjid Pattani ni, macam dalam cerita alladdin ja.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei


Uniknya masjid ni...kubahnya di perbuat daripada emas tulen. Brunei memang terkenal negeri yang terkaya dan melaksanakan hukum hudud sekarang ni. Alhamdulillah...

Masjid Badshahi, Pakistan

Aku dan bonda kesayangan dunia akhirat...


Macam comel plak model masjid Pakistan ni kan...auwwww!

Kincir Air

Ini bukan replika masjid tapi ia juga ada di dalam Taman Tamadun Islam yang menjadi tarikan untuk anda bergambar juga seperti ku.



My mil dok buat gaya malu-malu plak dah...malu tapi mahu. Hihi!

Kincir air TTI dibina berdsarkan teori Al-Jazari iaitu pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam. Kincir air ini mengandungi empat elemen utama yang di labelkan menggunakan papan tanda putih hitam iaitu tempat menunggu, galeri, kincir dan jejambat.


Cik puan dengan chenta hati pun nak inteprem gak bergambar manja-manja kucing tang ni!

Great Mosque of Samarra, Iraq


Dari jauh masjid ni kelihatan macam kek 5 tingkat je...hehhe. Paham....perasaan rindu nak bikin kek dalam hati ni sentiasa ada.


Muka keletihan di dalam kepanasan...nasib baik la incik somi sewakan buggy ni. Kalau tak....pingsann!

Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Balkh Afghanistan
Dibina pada abad ke-17 dalam cara Timurid. Replika ni bukan masjid ya...katanya ini makam. Makam yang dibina bagi mengabadikan jada ahli teolog terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran


Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendiakawandan tokoh agama terkenal.
Merupakan satu contoh senibina islam yang terbaik dan dahulunya di gunakan sebagai masjid diraja.

Masjidil Haram, Mecca, Saudi Arabia

Masjid ini menempatkan tempat yang paling suci bagi umat islam, iaitu Ka'abah yang bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat".


Melihat dan mendekati replika ja pun dah buat hati ni terasa sejuk...



Moga Allah memanjangkan usia mak juga ayah, usia adik2 dan usia kami suami isteri dan dilimpahkan rezeki kami untuk dapat menjejak kaki ke tanah suci suatu hari nanti. Amin...

Kat dalam replika Masjidil Haram ni ja kami masuk tengok tayangan video.

Perasan...mak mengesat airmatanya bila tengok video ni. Ya Allah murahkan rezeki kami untuk hantar mak ayah pergi menunaikan ibadah haji. Amin...

Melawat muzium kat dalam tu juga


Replika serban rasullullah s.a.w juga ada di pamerkan. Al-quran dengan tulisan lama-lama dulu pun ada.



Kat atas replika pulak...boleh tengok rupa Ka'abah dan sekitarnya. Moga dapat kami menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti.

Suleyman Mosque, Turkey


Dibina pada tahun 1557m dalam perintahan Sultan Suleyman.

Bila tengok masjid ni, dalam bayanganku macam masjid di tengah-tengah gurun sahara yang kekuningan tapi ada sebuat masjid putih kekelabuan yang sangat menenangkan jiwa. Jauh benar menerawang...heyyy!

The Aleppo Citadel, Syria


Di anggarkan dibina pada abad ke 10M diatas sebuah bukit di Syria. Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat islam pada masa itu.

Agadez Grand Mosque, Niger


Masjid ini diperbuat dari tanah yang dikeringkan dan di bina pada abad ke 16. Mempunyai menara yang berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya. 

Masjid yang di bina hanya menggunakan kayu dan tanah bagi menunjukkan semangat keislaman umat dahulu.

Kalyan Minaret, Bukhara, Uzbekistan


Nampak menara masjid ni dah macam meriam dah...tapi unik kan orang Uzbekistan dulu-dulu bina masjid.

Al-Hambra Citadel, Granada, Spain



Kawasan replika masjid ni di tutup untuk kerja-kerja pembaikan. Jadi kami tak singgah bergambar pun.

Minaret of Xian, China



Masjid ini di dirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Cheng Ho. Bentuk masjid ini menyerupai kuil buddha ja kan..tapi sebenarnya kedudukan masjid ni menghadap kiblat.

Kul Sharif Mosque, Kaza  City, Russia


Cantik menenangkan warna masjidnya. Aku seperti biasa la mula nampak masjid cantik-cantik cam ni terbayang alladdin la..hihi

Qubbah As-Sakhrah, Palestine


Dibina pada tahun 692M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan.

Cantik sangat kubahnya.


Cantik juga bonda kesayanganku ini. Seronok tengok mak enjoy masuk dalam TTI ni. Alhamdulillah...

Kat dalamnya ada mini muzium...



Mohammad Ali Mosque, Cairo, Egypt
Ambil gambar dari jauh dari sebalik pokok-pokok tatkala buggy kami melintasinya..hehhe

2 buah masjid yang terakhir dalam tu yang tak perasan pun gambar takde ambil pun. Maka nya...pinjam gambar dari TTI je la ya. Tengkiu TTI...

The Great Mosque of Qairawan, Tunisia


Sultan Mosque, Singapore


Lepas ronda-ronda naik buggy sampai 2 kali pusing, keluar kat depan pintu masuk tadi beli ole-ole dengan kupon diskaun skit then keluar ke cafe beli kuih pau isi perut. Dapat RM8 diskaun kan... Itu lah saja kisah kami satu hari kat dalam TTI tu. 

Jom melawat Masjid Kristal kat sebelah TTI ni pula....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...