Kalendar Dcomey

Saturday, May 16, 2015

Buttercream Bunga

Assalamualaikum

Banyak percubaan dah cuba hasilkan bunga rose buttercream dengan kelopak yang pecah-pecah. Akhirnya pencarian berakhir di FB sahabat bakers - Jue Nida.

Alhamdulillah...menjadi dengan jayanya bila guna resepi perkongsian dari Jue Nida yang di panjangkan dari blog Juicycafe.

Hasil jemari keras ku...alhamdulillah suka dengan kelopak pecahnya.


Tak jadi rose..jadi bunga apa ntah! Tapi still suka dengan kelopak- kelopaknya.

BUTTERCREAM BUNGA
Sumber : FB Jue Nida & blog Juicycafe

300 gm shortening
350 gm gula aising - di ayak
Perisa / esen vanila
Pewarna
  1. Satukan shortening, gula aising dan perisa dalam mangkuk, gaulkan dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
  2. Jangan gaul terlalu lama, cukup setakat adunan sebati. Kalau gaul lama nanti adunan jadi lembik.
  3. Warnakan adunan dan bentukkan bunga 

Rose merah hasil jemari magik kak Su juicycafe yang sangat-sangat gojes! Credit gambar dari blog beliau.



Ni pula rose putih kelopak pecah dari hasil kerja Jue Nida. Credit gambar dari FB Jue Nida.

Tima kasih kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu dalam bidang ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...