Kalendar Dcomey

Sunday, May 10, 2015

Untuk mak.....

Assalamualaikum

10 Mei 2015


Mak...
Kau lah penawar segala duka
Kau lah sahabat yang paling setia
Kau lah teman bual bicara

Mak...
Kasih sayangmu tidak terkira
Kasih sayangmu tiada gantinya
Kasih sayangmu melebihi segalanya


Mak...
Kau satu dalam berjuta
Kau segalanya
Terima kasih mak....


Juga untuk mu mak mertua ku Pn. Azimah


Terima kasih kerana kau telah lahir dan besarkan dia...suami ku Terima kasih kerana kau selimutkan dia dengan segala kasih sayangmu
Terima kasih kerana menerima ku sebagai menantu mu walau aku sangat serba kekurangan
Terima kasih mak...

Kalian wanita terhebat!

SELAMAT HARI IBU buatmu mak....sayang sangat padamu. Muahhh!


Hanya dapat buatkan sebiji kek je. Lama sudah tak bermain dengan buttercream sejak seronok bermanja mesra dengan si fresh cream itu.

Cuba menghasilkan bunga-bunga cinta walau agak tak berapa nak terror...kikiki

With love
Anak menantu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...