Kalendar Dcomey

Thursday, January 3, 2013

Puding Rumpai Laut (PMC) pelbagai rasa...

 Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan resepi puding PMC kat sini. Mungkin ada antara anda yang 'berpenyakit' cam saya..Sakit apa?? Hikhik...sakit MALAS nak bancuh PMC dengan air pagi-pagi (^_^)


PMC tetap juga saya ambil sebab nak sihat dan cantik. Jadi untuk memudahkan penyakit malas menjadi rajin di pagi hari...maka buat puding comel-comel dengan pelbagai rasa, bangun pagi buka peti sejuk dan buka mulut jer...hikhik


Sebelum ni saya dah cuba buat versi perisa oren jer...memang tidak menghampakan. Chenta hati saya yang memang tak boleh nak telan PMC ni pun dah jadi ketagihan dah.


Jadi kepada anda yang belum merasai kehebatan PMC ni boleh lah hubungi saya sekarang untuk beli dengan harga murah-murah jer saya jual...pastu boleh la buat puding yang sedap ni!

Ni resepi puding best ni ya..

PUDING RUMPAI LAUT
Oleh : ItaComey

2 gelas jeli rumpai laut (rumpai laut yg sudah dimasak menjadi jeli) @ 1/2 gelas rumpai laut kering yang belum di masak
6 sudu susu tepung (kalau tak nak guna susu tepung, gantikan dengan susu penuh krim 4 gelas & x perlu sukatan air kosong lagi)
4 gelas air kosong
1/2 gelas gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa (apa saja perisa KECUALI kopi/teh/berkarbonat)
Pewarna mengikut perisa
*Boleh juga letak buah-buahan kat dalam puding ni

Campurkan susu tepung dan air. Masak hingga berbuih dengan api sederhana
Masukkan jeli rumpai laut dan biarkan ia masak hingga menjadi pekat sedikit. Kalau guna rumpai laut kering, tempoh memasak agak panjang sedikit untuk hancur
Masukkan esen vanila, gula, perisa dan pewarna. Tapi kalau nak buat banyak perisa, campur perisa dan pewarna dalam bekas asing-asing setelah puding masak
Bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk
Simpan di dalam peti sejuk dan boleh di makan pagi malam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...