Kalendar Dcomey

Saturday, December 29, 2012

Cara sediakan PMC

Nak sediakan PMC ni xde susah mana pun... mari saya tunjukkan cara-cara sediakan PMC secara bergambar...

Mula-mula cara nk cuci dulu...

  1. Cuci kologen mentah, ramas-ramas seperti mencuci beras sebanyak 3-4 kali sehingga berpuas hati - Boleh juga di ramas-ramas dengan asam keping dan garam
  2. Rendam kologen PMC mentah yang telah siap di cuci semalaman
  3. Keesokkannya...ambil kologen PMC yang dah kembang dan cuci 3-4 kali lagi dan toskan **JANGAN DIBUANG terus air rendaman kologen PMC**
  4. Campur sekitar 100gm kologen PMC mentah dengan 2 liter air kosong dan daun pandan untuk di rebus
  5. Rebus dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala dan masak hingga kologen PMC hancur
  6. Sejukkan dan tapis kologen tadi. Anda akan dapat air dan serat kologen PMC (Kalau masak terlalu lama, kologen PMC akan hancur terus dan tiada serat...tapi takde masalah tu!)
  7. Simpan kedua-duanya dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk
  8. Sedia untuk di gunakan sebagai minuman, masker muka/kaki dan lulur mandi
Nota :
  • Asam keping dan garam - menghilangkan hablur garam dan hanyir pada rumpai laut
  • Daun pandan - menghilangkan bau hanyir rumpai laut semasa merebus dan menambahkan aroma pada rumpai laut
  • Kalau kologen PMC ni di gunakan hanya untuk makan / minum, semasa merebus tu boleh lah masukkan madu/gula/ginseng.
Lepas dah cuci bersih dan dah masak baru lah boleh proses...

Air rendaman kologen PMC :


Di gunakan untuk rendaman kaki dan kulit kepala serta rambut. Maklumat lanjut klik kat SINI atau terus link ke FB

Air tapisan kologen PMC (akan bertukar menjadi jeli) :


Boleh di minum atau di jadikan makanan..nanti saya kongsi beberapa resepi yang boleh di buat menggunakan jeli rumpai laut ni ya!

Di ambil 3 sudu makan setiap hari bersama-sama air suam atau jus buah-buahan. Kalau nak makan terus macam tu pun boleh jer...

Pagi - sebelum sarapan
Malam - sebelum tidur

Maklumat lanjut boleh klik di SINI...terus ke page FB Dcomey

Serat kologen PMC :


Di gunakan untuk buat masker muka, kaki, lulur badan dan boleh juga sapu di kepala. Tapi...kalau dah masak kologen PMC ni sampai hancur, memang bila tapis takde lah seratnya lagi. Maka ambil jer jeli kologen PMC dan gunakan untuk sebagainya.

Untuk di jadikan masker muka, anda boleh lah campur dengan bahan lain untuk masker mengikut kesesuaian muka anda. Nak tempek terus ke muka camtu pun boleh saja bah kalau kau... (^_^)

Maklumat lanjut boleh klik di SINI terus ke page FB Dcomey

In shaa Allah...jika di amalkan dengan yakin kepada kekuasaanNYA, maka dapat lah kita manfaat dari khazanah emas yang ALLAH beri untuk kita ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...